ROTI TEMPAYAN PAKA DUNGUN

8/04/2018 09:04:00 AM

ROTI TEMPAYAN PAKA,DUNGUN | Kalau sebut roti tempayan ni, setahunya Sis roti nan, betul tak ? Sam ke tak sama ? Tapi betul, memang sama hehehe. Kesahnya macam ni, masa Sis di Paka ikut Suami ke sana, ada satu malam tu, Suami bawa keluar makan malam. Dan Sis tanya, nak makan apa, kemudian Suami kata kita makan Roti Tempayan. Sis tengok Suami, roti nan ke ? Suami gelak kecil terus kata iye. Okay kita pergi. 

Kedainya betul di Pekan Paka. Sis ingatkan kalau kata roti nan ni, mesti kedai mamak kan ? Rupanya bukan, kedai makan melayu yang meniaga dan buat sendiri roti tempayan ni. Memang orang melayu kita, biasa kita nampak india je kan, kat sini melayu. 

Roti tempayan ni makan dengan kuah kari kambing. Suami yang order dia yang pilih semua. Sis ikut dan makan aje. Suami memang tahu, Sis orangnya memang tak cerewet punya. Apa Suami makan, semua Sis makan, sebab tu kadang kalau makan tak habis, kita berdua boleh share sama-sama. hehehe. 
Minuman pun sama, Suami dah tau apa air minuman yang Sis akan order, sebab memang sama dengan dia hehehe. 
Dah kenal lebih 30 tahun uii, kahwin dah 25tahun, takkan masih tak kenal lagi apa pasangan suka dan tak sukakan ? hehehe. 


Tiberrr rindu plak tangan itu hehehe. Tangan yang ku cium setiap pagi nak pergi kerja dan setiap malam sebelum tidur huhuhu *Eh emo plak, sori hehehe.
Haa tu laa dia Roti Tempayan @ Roti Nan, air tangan orang melayu kita, bukan air tangan mamak berbulu hahahaha. Dia punya roti kemain besar, lembut dan memang sedap. Hantar panas-panas lagi. Jadi korang kena sabar masa order ya. Kalau orang ramai, makan sabar menunggu. Sebab roti tempayan ni, orang order baru dia masak, makan panas-panas, bukan macam roti canai ya. 

Makan cecah pulak dengan kuah kari kambing. Dagingnya pun ada. Lembut dagingnya. Sedap kuahnya. Memang seleralah kami berdua makan. Dua-dua memang suka makan kambing, so memang menjadi laa makan macam ni. Kuah tu korang bole pilih, ada macam-macam kuah. Ikutlah pilihan masing-masing ya.


Gambar ihsan google.
Masa makan tu, Sis lupa nak amik gambar depan kedai tu. Dah masuk kereta, barulah Suami kata 'tak amik gambar ke?' ermmm. Malas pulak nak turun balik sebab hujan renyai. Takpelah, lagipun tak susah v=cari kedainya, memang dia betul kat Pekan Paka tu. Kalau guna waze ke mesti jumpa.
So kalau korang ke Paka,Dungun sini, bolehlah singgah ye. 
Ada juga menu-menu lain. Bukan roti tempayan aje. 

Roti Tempayan @ Roti Nan
Terletak di Jalan Paka, 23000 Kuala Dungun, Terengganu .

Rasanya ada banyak kedai roti tempayan area Kerteh - Paka ni, yang Sis makan, di alamat di atas dan juga kedainya dalam gambar tu. Depan kedai ada signboard besar Roti Tempayan. 






P/S: Nanti ke sana lagi nak ajak Suami pergi makan lagi, kari kambing dia tu sedap sungguh! Licin Laki Bini makan hahahaha. 


You Might Also Like

8 Orang Komen

  1. suwit aje kan pasangan ni. macam lebih kurang sama la roti tempayan dengan roti nan. kari kambing sedapnya buat cicah.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe alhamdulilah @Mar..
      Ye Mar, roti tempayan tu roti nan hehehehe

      Delete
  2. Alah da lama xmakan roti tempayan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gi mama ada @Akahsh tapi mamak le buat, yang Sis makan ni, roti melayu hehehe

      Delete
  3. alahai, sedapnya roti. Suka apa2 jenis roti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa bagusnya dia, senang nak diet @Fadhilah, makan roti aja..

      Delete
  4. first time dengar roti tempayan..lepas ni tau dah la dia sejenis roti nan jugak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yee , sebab tu masa Suami sebut je, Sis terus cakap roti nan hahahaha..rupanya iyaa @Sunah..

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.