TAMAN TEMA AIR TERBESAR 'STAY COOL,GET WET' @ BUKIT GAMBANG WATER PARK (BGRC)

8/16/2018 09:04:00 AM


TAMAN TEMA AIR TERBESAR 'STAY COOL,GET WET' @ BUKIT GAMBANG WATER PARK (BGRC) | Percutian di Bukit Gambang Resort City (BGRC) seperti tidak lengkap jika tidak berkunjung ke taman tema air hanya terletak bersebelahan taman safari dan merupakan taman permainan air terbesar di Pantai Timur.

Pelbagai jenis permainan khas untuk kanak-kanak dan cukup ekstrem bagi golongan dewasa disediakan kepada pengunjung di kawasan seluas 16 hektar yang dikelilingi hutan rimba sekali gus meredupkan suasana persekitaran. Berada di taman tema itu, pengunjung boleh merasai sendiri keunikannya yang mempunyai empat segmen permainan. Setiapnya mempunyai kelainan tersendiri.


Tram 
Untuk ke tempat Bukit Gambang Water Park ni dari tempat penginapan korang, korang jangan risau dan susah-susah nak bawa kereta. Korang boleh naik tram yang memang akan bawa korang ke water park tu. Kalau korang nak jalan kaki pun boleh, tapi Sis takut sampai sana, terus kuak lentang pulak korang depan kaunter tiket tu hahaha. Jauh juga oii dari lobi hotel. 


Kaunter Tiket
Yang datang walk in, kalau nak beli tiket, boleh beli di sini atau beli dulu secara online. Bagi yang menginap dan amik pakej sekali, tak payahlah nak beratur sini. Cuma nanti masa balik, kalau nak refund e-value tu, kena ke kaunter 5 ya. 


Welcome in/out Entrance
Sebelum dapat masuk main air, korang kena lalu dulu bahagian pemeriksaan tiket dan juga barang yang korang bawa. Perlu di ingatkan TIDAK BOLEH bawa makanan dari luar dan juga korang tak payahlah bawa tuala bilik hotel korang. Kat sini ada sediakan tuala mandi. 
Cuma sila bawa baju persalinan selepas mandi ya, jangan kang ko balik naik tram dengan basah kuyup menjejes air, ada kang owang sebelah ko tengok menjuling jer, lain le kalau taknak bawa, korang kipas-kipas le sampai bagi kering ye. hehehe. 


Kaunter E-Value
Okay nak bagitau dulu, di sini tidak amalkan konsep bayar tunai ya, di sini semua gunakan E-Value, yaitu bayar melalui scan barcode tag pada tangan korang sebelum masuk tu. Jadi sebelum mandi tu, korang sila ke kaunter untuk topup berapa yang korang nak. E-Value ni untuk korang nak beli makanan atau minuman atau eskrem kat dalam ni. Ada gerai-gerai jual makanan, korang jangan takut lapar. 
Dan bila dah selesai mandi nak balik, jika ada baki duitnya, korang boleh refund/pemulangan semuala duitnya. dun wuri okay. 
Untuk keselamatn korang juga, supaya tak payah nak bawa cash bebanyak. 


Tube Rental 
Dan untuk tuala, locker, cabana dan juga boya atau pelampung, korang sewa dan ambil di kaunter sini. 
Dah amik jangan tak reti nak pulang balik ya, kang di biar pulak bersepah-sepah sana sini. Jangan buat lagu tu ya dik nun. Tuala mandi yang dah basah pun, korang pulang balik kat sini. 


Penguin Island 
Budak debab Mia tak sabar-sabar nak terjun mandi. Sampaikan nak amikkan gambar pun dia kata, 'cepatlah Ayyom, Mia dah tak sabar ni' hahahaha.
'Pulau Penguin" kat sini bahagian kanank-kanak. Ada bermacam jenis permainan air yang khas untuk kanak-kanak. Ermm Sis tengok, Mak Pak sakan juga hahahaha. 

Haa meh kita lihat apa yang ada kat dalam ni ya ..



Cabana 
Sebelum tu, ada nampak pondok-pondok tu?, ha tu korang boleh sewa ye di kaunter depan sana. Ada dua tempat cabana ni, satu lagi di Coco Beach. Senang korang nak lepak sambil menunggu/menyusu anak, nak letak barang, untuk berehat dan juga untuk makan. 



Aqua Play 
Yang ni seronok kanak-kanak kalau mandi. Ada air terjun besau dari atas hehehe. Dengan Sis sekali pun jakun menunggu air jatuh dari atas hahaha.


Kids Splash Pool 
Tempat yang ni paling anak-anak suka dan paling kira ramai yang mandi. Mia pun banyak habis masa mandi kat sini juga.


Kids Slide 
Mula tu Sis nak cuba gak yang ni, tapi kesahnya untuk anak-anak ye. Nasib baik kawan bagitau, kalau tak ada di tertawakan budak security guide tu hahahaha Ke korang ada cuba haa? :p


Glavier River - Journey  of Ice 
Yang ni pula dari dulu sampai yang Sis pergi baru ni, Sis tak berani nak naik. Tak taulah kenapa. Bila dengar kawan kata nanti ombak tsunami datang sampai tercungap-cungap, Duk bayangkan kalau Sis terlungkup dalam tu hahahaha dah le tak pandai berenang hahahaha. Mitos betul Sis ko ni hahaha. 


Coco Beach 
Korang boleh merasai sendiri ombak buatan terbesar di Malaysia di ‘Coco Beach’ ,pantai buatan manusia seluas satu kilometer persegi. Yerr betapa besarnya. Tu dalam gambo nampak kecik. 
Ping gambar kami bereempat di sini hehehe. 
Kat sini ombaknya mengikut jadual. Korang boleh nanti tengok kat kaunter ada jadual ombak air tu. Masa time kitaorang, dapatlah merasai ombak Tsunami (iii). Memang giler besar ombak dia. Tapi kalau terpelanting pun, korang kat situ-situ aje. Dan tiap kali ombak datang, siren akan di bunyikan, so korang boleh get ready! 


Tree Top Hill 
Pengunjung juga boleh merasai sendiri pengalaman gelongsor menyeronokkan di segmen Tree Top Hill yang mana terdapat lima jenis gelongsor berbeza dan boleh dipilih sendiri oleh pengunjung.
Terdapat 6 Lane Racer , Family Ride , Crystal Slide & Galaxy Slide .
Memang mencabar gile. Sis cuba gak naik semua kecuali yang 6 Lane Racer tu, uiii tak berani oii, nengok orang naik sampai terpelanting, aje pitamm Sis ko hahahaha.

Oh ya, kemudahan Surau juga di sediakan. Dan di sini adalah kawasan larangan NO SMOKING. Jadi kalau siapa yang nak merokok, sila ke tempat Smoking Zone tu ye. Duk la ko dalam hutan tu! 


Pizza Time 
Untuk makan dan minum, korang jangan risau, kat dalam ni banyak kedai jual makanan. Cafe pun ada untuk korang nak melepak. Pilih je la. Macam-macam pilihan ada. 
Tapi yang jadi tumpuannya dan yang paling dekat dengan kawasan Kids Play yang ini 'Pizza Time' .


Pizza Time 
Pizza dia ada macam-macam jenis.Ada pelbagai pilihan pizza seperti Magherita Supreme, Pepperoni Beef, Spicy Seafood, Chicken Satay King, Fruit Republic dan Village Delight. Pizza dia sedap, lembut dan panas-panas lagi masa sampai. 
Biasalah dah mandi, kelaparan le semua hehehe. Korang mesti cuba ya! 




Shower Room
Dah puas main air, kalau korang nak bilas dan salin pakaian,pergi ke shower room. Betul sebelah kaunter depan tu. Besar dan banyak biliknya. Jangan nak rebut-rebut. Tapi bawaklah sabun sendiri ya. Airnya pun laju dan besar. Puaslah mandi. 


Bukit Gambang Waterpark 
Jadi bagi korang yang belum lagi datang ke sini jommm!


TICKET PRICES

Adult: RM 33.00
13 years and above
Child / Senior Citizen / OKU: RM 23.00
Child above 90cm until 12 years old / Sr. Citizen 60 years above
Child below 90cm entrance is FREE.

Combo Tickets ( Safari Park + Water Park )
Adult: RM 88.00
Child / Senior Citizen / OKU: RM 58.00

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai waterpark di Bukit Gambang Resort City ini, korang boleh rujuk website dan media social Waterpark BGRC di bawah ini ya.

Website : 

Facebook

Instagram

Alamat
Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang, 
Kuantan Pahang Darul Makmur,
Malaysia

No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8400 
Fax : +609-548 6288

Email
bg_waterpark@bgcr.com.my

Hotline
016-9884768

Bukit Gambang Resort City - Water Park
Operation Hours: Monday, Wednesday & Thursday 11.00 am - 6.00 pm
Friday, Saturday, Sunday, Malaysia Public & School Holidays 9.30 am - 6.30 pm
Close on Tuesday except Malaysia Public & School Holidays


Juga baca  :

Dan juga 







P/S: Memang enjoy gile masa ni. Lagi-lagi masa naik slide tu semua, adoiii jerit macam nak tercabut anak tekak. Sis is penakut okay! :p 


You Might Also Like

14 Comments

  1. rugi la sis tak cuba 6 lane racer tu.. kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiii memang tak beranilah nak mencubanya @Dilah, tgk je dah serammm

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahaa mandi tengah basah tak bawak hp, so takde gambo basah Kak @Seri hehehe

      Delete
  3. hai..ada jugak cik yang pakai tudung depan cermin tandas tu interfrem entri ni ye..hahaha

    ReplyDelete
  4. Splashh!! Splashh!! Jom kitaa gi..ajak linda tu 🙈😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajommmm, naik slide tu oiiii @Retna, aje gileee serammmm

      Delete
  5. SA tak pernah sampai kat sini lagi..kena pergi jugak nanti ni..one fine day bawak mak abah dan anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah upgrade, banyak kemudahan kalau stay kat sana @Suria...

      Delete
  6. Antara taman tema yang tak pernah lagi pergi. Mungkin sbb jauh. In Sha Allah, nanti ada kesempatan nak singgah la ke sini. Tgh tunggu bajet ...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba pergi Tuan @Hasrul, walau jauh tapi dengan harga dan pakej yang di sediakan sangat berbaloi... anak-anak pasti suka..

      Delete
  7. tempat menyeronokkan buat anak-anak sebab budak-budak suka main air kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Mar, Mak-mak pun sama hahahaha enjoy semua..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com