Monday, September 03, 2018

JOM KE SEEngapore DENGAN TRAVELOKA PROMO CODE

JOM KE SEEgapore DENGAN TRAVELOKA PROMO CODE | Korang ada rancangan nak ke Singapore ke? Atau plan nak bercuti atau berjalan bersama kawan-kawan dalam masa terdekat ? SEBUT sahaja Singapore, pasti ramai yang beranggapan ia destinasi pelancongan yang sesuai buat golongan berada memandangkan ia menawarkan pusat beli-belah serta hotel mewah. Tambahan pula dengan mata wang dolar yang digunakan, buat ramai yang berfikir dua kali untuk bercuti ke sini.

Singapore merupakan salah satu lokasi percutian yang sangat sesuai dan ideal kepada korang yang suka melancong dan meneroka seluruh kawasan yang ada di Singapore. Singapore merupakan negara pulau yang kecil hanya memiliki luas wilayah 697 KM2, berhampiran dengan Malaysia dan bersempadan dengan negeri Johor, Malaysia. Singapore merupakan sebuah negara maju yang terletak di Asia Tenggara dan mempunyai peranan penting dalam perdagangan.


Banyak tempat menarik di Singapore yang boleh dikunjungi, mungkin ada beberapa destinasi yang mungkin korang boleh cari di Malaysia, namun ada juga destinasi pelancongan di sini yang tidak ada di Malaysia, jadi bila datang ke Singapore wajib kunjungi tempat tersebut. Walaupun Negara Singapore ini kecil namun mempunyai banyak destinasi yang sangat unik dan moden untuk dikunjungi. Namun, tahukah korang Singapore sebenarnya ada menawarkan pelbagai lokasi serta aktiviti menarik yang boleh anda lakukan tanpa perlu berbelanja besar?

Jadi inilah masanya untuk korang tempah bercuti/berjalan dengan Traveloka. Traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan/percutian ke Singapore. Maksudnya di sini, korang tak payah susah-susah nak walk in ke atau call ke, cuma hanya duduk dan buka laman web  atau aplikasi di telefon bimbit traveloka dan terus menempah.

Sis pun lama juga tak ke Singapore, last pergi rasanya 3tahun lepas, masa tu ikut kawan ke sana, dan selepas tu lama tak pergi. Dengarnya sekarang Singapore dah ada macam-macam tempat menarik untuk di lawati. Anak Sis pun baru juga ke Singapore dengan kawan-kawannya, tengok gambarnya, amboii kemain cantik dia bergambar. Dah macam di negara orang putih gitu, padahal seberang laut je dengan Johor hehehe.

Kadang teringin nak pergi sebab tengok kawan-kawan dan juga anak pergi, semua tempatnya cantik-cantik, teruja nak pergi juga. Walaupun seberang laut aje dengan Sis (Johor) tapi sebelum ni agak susah juga nak ke sana tapi sekarang dengarnya dah banyak kemudahan di sediakan, termasuk juga pakej tempahan macam Traveloka ni, jadi mudah kita nak kesana dengan hanya di hujung jari anda sahaja. Betul tak?

Dan kebiasaannya pun, kalau Sis ke Singapore, Sis akan pandu kereta sendiri atau naik bas. Tapi nak mudah naik bas aje. Senang tak payah nak fikir-fikir nak park kereta kan. Tapi sekarang lagi bertambah senang dengan adanya Traveloka, naik flight aje dah senang, penerbangannya pula untuk semua syarikat penerbangan dengan mengikut masa penerbangan yang kita mahu, Dan paling mudah kalau nak menempah, korang tempah aje di Traveloka.
Traveloka kini memperkenalkan dan mempromosikan kempen baru 'SEEngapore - For a Roaring Good Time'.



Bercuti bersama Traveloka jadi mudah, semua di sediakan, dari tiket kapal terbang hingga ke tempahan hotel, jadi korang dah tak payah susah-susah nak tercari-cari tempat penginapan. Kalau biasanya harga untuk penerbangan sahaja dah mahal, lagi tambah dengan penginapan hotel lagi, kalau kena harga yang normal, makanya tiadalah diskaun pada harga.

Jadi kalau korang nak harga yang murah dan potongan harga yang rendah, mana lagi kalau bukan diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG. Juga tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore (tiada kupon diperlukan).

Tengok tu, rm50 tu diskaun, bukan senang-senang nak dapat, bagi Sis rm50 tu besar nilainya, kalau beli banyak-banyak, tak ke banyak jadi potongannya. Juga hotel 20% diskaun, murah kan. semuanya di tangan korang, buat pilihan yang bijak.
Dan nak menempahnya pun mudah dengan hanya guna aplikasi web atau aplikasi di telefon bimbit.
Jadi apa tunggu lagi? tempah dengan Traveloka untuk perjalanan/percutian ke Singapore.



Syarat-syarat dan cara membuat tempahan

Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
Tempoh Perjalanan: Anytime

Yang di atas adalah antara syarat untuk korang guna dan dapatkan kopun tersebut.  Jadi korang jangan tunggu lagi , cepat tempah sekarang ! 
Jangan lepaskan peluang ke SEEngapore dengan menggunakan Traveloka Promo Code!






P/S: Tiba rasa nak ke Singapore plak, Jommm Retna !!! ..


18 comments:

  1. dah boleh ronda SG dengan khidmat traveloka hehehe

    ReplyDelete
  2. Syok ada Seengapore Traveloka Promotion ni .. leh jimat.

    ReplyDelete
  3. hebat tawaran ni. pelagi sis..pergilah ronda2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajoomm laaaa @Mar, sebelum beranakk hehehe

      Delete
  4. Jom sis! Hahahaha macam jauhh nau laaaa Seengapore tuhhhhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ko ni ajoommm ajeee @Uyul ..hehehe

      Delete
  5. wowwww.....macammm jauh sgt kann sg dengan kite geng jdt blogger ni.hahahhahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn @Farahain, macam jauh beno, padahal seberang aje hehehe

      Delete
  6. Ehhh bole ajak hosmet jumpa ex hosmet kat sana niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ingat nak jumpa ex boifren laaa tadi @Sunah hahahaha

      Delete
  7. Replies
    1. Jommm @Rohaida, sila buat pasport hehehe

      Delete
  8. Sampai juga nanti ke Singapore ni
    taringin nak bawak family jalan-jalan sambil shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Wan, jommlaaa, ada Traveloka, jimatt..

      Delete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com