KEDAI MAKAN AS IKAN BAKAR PASIR GUDANG, MURAH DAN SEDAP!

9/12/2018 03:07:00 PM

KEDAI MAKAN AS IKAN BAKAR PASIR GUDANG, MURAH DAN SEDAP! | Hai korang, salam petang Selasa buat semua. Rindu kat Sis tak? Hehehehe. Alhamdulilah Sis selamat sampai ke Malaysia kelmarin malam. Syukur semua urusan Sis bercuti di Hong Kong di permudahkan. Nanti dah free Sis akan ceritakan pengalaman manis Sis bercuti di sana ya. Sabar ya. 
Terima kasih buat semua yang mendoakan Sis berdua. 

Untuk harini Sis nak kongsikan satu tempat makan yang Sis dan Suami suka pergi makan. Dan kebetulan kawan Sis, Retna ikut bercuti balik ke Johor, jadi semalam tengah hari, Sis bawa Retna makan di sini. 
Kena pula, masa kami pergi hari hujan, perut memang lee lapar. Makanya makan sampai licin pinggan hehehe.

Korang pernah sampai ke sini tak? 
As Ikan Bakar nama kedainya. Terkenal dengan pelbagai jenis ikan bakar juga ayam bakar. Juga terdapat menu lauk pauk makan tengah hari. Tapi kebanyakkannya pengunjung akan makan menu ikan bakar atau ayam bakar. Tu menu paling femes. 


Kedainya senang nak cari, masuk je Kampung Pasir Putih tu, korang cari je Mesjid kat dalam tu. Kalau bagi sesiapa yang pernah datang makan di Kampung Rahmat tu, mesti tau nak tuju. 
Kedainya betul-betul depan Mesjid. 


Ada pelbagai jenis ikan bakar dan juga ayam bakar. Kalau Sis dan Suami, memang akan order ikan susu tu. Ikannya banyak tulang, tapi rasa isinya sangat sedap!. Dan harga pula lain-lain mengikut harga jenis ikan dan juga saiz. Selain ikan susu, ada ikan kembong, ikan pari, ikan siakap, ikan caru dan ada masa juga ada sotong bakar , tapi ada masanya je. 
Oh ya, tiap kali korang order, mereka akan bakar dan panaskan lagi ya. Bukan makan sejuk-sejuk macamtu.


Paling femes kalau menu lauk berpauk, siput sedut tu. Dan juga kupang sambal. Kalau Suami Sis memang semua dia amiknya. 
Makan berdua pun kadang meja penuh macam makan berlima hehehe.


Menu ikan bakar atau ayam bakar tu, di sediakan satu set bersama nasi + Sambal & ulam . Sis suka sambalnya, kadang minta tambah satu lagi sambalnya hehehe. 
Korang kena cuba. Harga pun berbaloi. Sis makan semua tu termasuk satu bungkus nasi ayam bakar, cuma rm57 sahaja. Murah ke mahal? Bagi Sis berbaloi laa. 

Korang kena cuba. Buka SETIAP HARI.

Ini alamat tempatnya. 
Jalan Masjid and Jalan Muafakat, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor Bahru (Berdepan betul dengan Mesjid). 
GPS: 1°26'15.9"N 103°55'51.8"E | 1.437753, 103.931061
WAZE: "Masjid Jalil Hassan"
Tel: 017 758 5639
Buka: 11:00am - 11:00pm setiap hari .







P/S: Nak asam pedas! Jomm kita masak asam pedas ayam..hohohoh


You Might Also Like

16 Comments

  1. berbaloi sgt2 Lin, dia buka tak hari Sabtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak @Seri, rm57 siap air dan sebungkus lagi nasi ayam bakar. Murah kannn...
      Hari-hari bukak Kak..

      Delete
  2. memang sedap ikan bakar tempat ni..dulu tak banyak pilihan lauk dia..tak ngajak pun..dah takde geng ler nak makan sini..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sebulan mesti dua tiga kali aku pergi makan sini @Rohaida, lagi kalau time Suami balik..nanti kita pergi yer...

      Delete
  3. asben suka siput sedut tapi saya tak pandai makan. ikan bakar nampak menarik sangat tu. sambal dia lagi.. wallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Suami Sis @Mar, siput dan kupang mesti dia amik, walaupun dah amik ikan bakar ..

      Delete
  4. aduiii menggoda betul ikan2 dalam bekas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jommm @Sunah, nanti kita pergi yaa reramai ..

      Delete
  5. Replies
    1. Kannn @Retna, semalam nak tambah tapi dah amik sambal budu hahahaha

      Delete
  6. uitsssss berbaloi betulll haarganyaaaa dengan makann banyakk gituu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, penuh satu meja dengan bungkus lagi @Farahain...puashati..

      Delete
  7. Selalu juga makan dekat sini kalau kerja dekat kawasan tanjung langsat.
    Cuma harganya kok makin meningkat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami pun cakap juga, harga ada naik sikit Tuan @Yazid, ye laa, mana nak sama dengan tahun dulu, semua benda naik harga hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com