AL-FATIHAH BUAT ENAM ANGGOTA BOMBA LEMAS DI LOMBONG

10/04/2018 01:48:00 PM


AL-FATIHAH BUAT ENAM ANGGOTA BOMBA LEMAS DI LOMBONG | PUCHONG - Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana.

Anggota terbabit, Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.
Dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Jurucakap Bomba Selangor berkata, kejadian dipercayai ketika mereka terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja berusia 17 tahun yang terjatuh di lombong berkenaan.
Mangsa berusia 17 tahun belum dijumpai dan 6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa.
ENAM anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang maut ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja di lombong Taman Putra Perdana, Puchong, terbelit tali yang dipakai antara satu sama akibat arus deras, yang datang tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, keenam-enam anggota berkenaan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang berada di lokasi ketika operasi menyelamat diadakan.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman juga mengesahkan, ketika kejadian keenam-enam anggota berkenaan berjaya dinaikkan ke darat namun disahkan meninggal dunia.



Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.

Aamiinn..

Salam Takziah dari AKU Sis Lin .





P/S: Minggu ini terlalu banyak berita kesedihan dan kematian yang Sis baca dan dengar. Semoga kita di lindungi dan di rahmati Allah dan semoga semua ahli keluarga yang terlibat sabar,tabah dan kuat menghadapai ujian dari Allah .


You Might Also Like

2 Orang Komen

  1. Al-Fatihah kuhadiahkan.. semoga keluarga yg ditinggalkan sentiasa dalam peliharaan Allah swt

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.