KONSERT MESTIKA D'KLASIK 2 DEKAD DI TEMASYA SEHATI@RTM JOHOR BAHRU

10/14/2018 04:15:00 PM

KONSERT MESTIKA D'KLASIK 2 DEKAD DI TEMASYA SEHATI@RTM JOHOR BAHRU | Johor Bahru, 13 Oktober 2018 - Radio Televisyen Malaysia (RTM) kali ini menjelajah ke Johor Bahru bagi menjayakan Temasya Sehati @RTM 'Menggamit Kenangan' anjuran stesen Radio Klasik dengan kerjasama johorfm, menghangatkan suasana Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru dengan pelbagai aktiviti menarik bermula 11 hingga 13 Oktober 2018 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sebagai menghargai peminat dan para pendengar Radio Klasik 'Menggamit Kenangan' bersempena meraikan 20 tahun siarannya, stesen paling digemari rakyat Malaysia itu menerbitkan 'Konsert Mestika D'Klasik 2 Dekad' yang dipersembahkan secara langsung pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) jam 8.30 malam menerusi saluran TV2, FBLive dan Radio Klasik.

Buat julung kalinya, pentas konsert terbesar pernah dianjurkan oleh stesen radio berkenaan dihiburkan oleh barisan artis popular tanahair dengan menggabungkan artis baharu dan veteran dari Malaysia dan Singapura iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rahim Maarof, Herman Tino, Mas Idayu, Dato Nash, Man Bai, Noraniza Idris, Raja Azura, Hael Husaini, Dato Jeffrydeen, Rahimah Rahim, Wany Hasrita, Junainah M Amin, Jay Jay, Nona Ushera, Abon dan Radhi P. Ramlee.

Pelbagai himpunan lagu-lagu popular dan malar segar yang merentas zaman dari era 50-an hingga awal tahun 2000 dipersembahkan dalam bentuk orkestra dengan iringan Orkestra RTM dan Orkestra Tradisional Malaysia.

Sementara itu, antara aktiviti yang telah pun berlangsung sepanjang Temasya Sehati @RTM Menggamit Kenangan ialah Pameran dan Pertandingan Vespa & Lambretta D'Klasik dengan kerjasama Kelab VespaLambretta Johor, Showcase Suara 90-an D'Klasik, Ceramah Agama Mustaqeem bersama YBhg Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias, Kejohanan Bola Jaring D'Klasik, Pertandingan Busana & Mekap Tradisional, D'Klasik Fun Run 2018 dengan tema pakaian batik dan pelikat, Pertandingan Memasak Asam Pedas dan Mee Bandung, Pertandingan Gubahan Sireh serta banyak lagi aktiviti, pameran dan jualan yang menarik di Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru.

Barisan tetamu kehormat yang hadir adalah YBhg. Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian (Menteri Besar Johor) dan Tuan Haji Abdul Muis bin Shefii Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia.

Disiarkan SECARA LANGSUNG di TV2 / Radio Klasik / myklik.rtm.gov.my / RTM Mobile


FB Live: TV2 dan Radio Klasik



Untuk gambar-gambar artis yang membuat persembahan, korang boleh tengok klik AKU Sis Lin 




P/S: Konsert yang sangat hebat! Persembahan artis yang sangat mantap! Penonton termasuk Sis sendiri berpuashati menyaksikannya.. Terima kasih RTM .. :) 


You Might Also Like

4 Comments

  1. best sangat bila dengar otai² nyanyi lagu² mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Sis dengan Ain dah macam karaoke, ikut sama menyanyi @Rohaida ...

      Delete
  2. konsert ni sangat berbaloi untuk ditonton! memang terbaikkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat kannn @Farahain..kami semua enjoy!!

      Delete

Penafian .
Semua penulisan dalam blog AKU Sis Lin ini TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau teks Sis di salah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com