ANCHOR FOOD PROFESSIONALS LAUNCHES ICY-COOL BEVERAGES TO BOOST YOUR MOOD

11/27/2018 08:16:00 AM

ANCHOR FOOD PROFESSIONALS LAUNCHES ICY-COOL BEVERAGES TO BOOST YOUR MOOD | Alih bahasa tajuknya 'Anchor Food Professionals Lancarkan Minuman Sejuk Sebagai Mood Booster'. Haa gitu, sambil minum, naikkan mood korang gitu. Eh tak percaya pulak, try laa minum, sebelum dan selepas, kompom mood korang bertukar. 

Melalui kempen Moodmojee, Anchor Food Professional bekerjasama dengan 15 pembekal makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Barat, di mana ciptaan berkrim ini akan diperkenalkan secara berperingkat di seluruh negara bermula bulan November 2018 sehingga Januari 2019.

Yang menariknya minuman terbaru ni di satukan rasanya dengan cheese, korang boleh imagine tak rasanya? Masa mula-mula Sis baca pun, Sis duk bayangkan macam manalah rasanya yer. Dan ada satu minuman tu, ada perasa kopi, yaaa Sis is coffee lover tapi sebab di campurkan dengan cheese, ko agak apalah rasanya ek ermmm..


Menurut kata - Mr Jack Tan, Associate Food Service Director -

"Kami memahami tenusu memainkan peranan yang serba boleh dalam memberikan rasa, tekstur dan penampilan yang hebat dalam apa jua bentuk sama ada dalam minuman atau kek. Tenusu secara tradisinya sangat popular dengan pasaran Barat tetapi kali ini, kami ingin bermain dengan bahan-bahan tempatan untuk memberikannya rasa dan rasa Asia keseluruhan. Kami sentiasa melihat apa yang sedang hangat di seluruh dunia dan berusaha untuk diperkenalkan bagi merangsang rakan kongsi perniagaan kami khususnya bagi memenuhi citarasa Malaysia. Kami telah belajar bahawa kreativiti dan inovasi adalah sama pentingnya dengan rasa pada pengguna hari ini"


Direka sebagai mood booster, pelbagai minuman ini dihasilkan dengan padanan rasa yang korang tak jangkakan, bertujuan untuk meningkatkan selera. Tahun ni menyaksikan padanan rasa mengujakan, manis, sihat dan masin dengan tekstur smooth dan creamy. 
Korang bayangkan macam mana yuzu, delima, pudina dan coklat, lemon juga kopi dipadankan dan direalisasikan menggunakan bahan tenusu terbaik daripada Anchor.


Anatara minuman yang di perkenalkan . 

Pom & Grey Twist : Menggunakan teh keju, Pom & Gray Twist adalah sejenis ramuan menyegarkan. Early Grey Tea dicampur dengan sirap delima dan dilapisi di atas adalah krim coklat dan ditabur dengan serbuk koko.

Yuzu Chocolate Surprise : Gabungan lemak dan manis coklat dan yuzu citrusy menawarkan rasa yang menarik. Yuzu Chocolate Surprise adalah campuran coklat ais dengan Yuzu puree dan di bibir gelas diletakkan dengan salt lemon cooling candy.

Tangy Brew : Rasa yang mengejutkan dari Tangy Brew, sejenis minuman kopi yang pekat dan sejuk dan dihiasi dengan lapisan krim cair dan busa keju krim.

Semua minuman di atas korang boleh nikmatinya dengan harga rm9.90 . Kalau di Johor korang boleh ke Livng Room,JB atau F&B Love Tea di Kulai. 


Kalau korang nak cuba menikmatinya, boleh ke Living Room Cafe, JB .

Alamat: 
Plaza Menteri (Sun City), G-03, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru . 
NO pork NO Lard .

Atau

Layari Website untuk lebih lanjut: 






P/S: Ada gambar bermisai Sis ko masa minum minuman ni, rasanya Sis ko aje yang menjadi misainya, hahahaha...tapi tak payah upload laa, anak-anak katak tu dah upload hahahahaa.. 


9 Comments

  1. hahahha. akak teringat misai kau Lin, dah macam Santa Clous cuma kena tambah janggut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ingat nak masukkan sini tapi malas laa pulak Kak @Seri hahahaha

      Delete
  2. boleh boost mood eh..wah..ni kena cuba nampaknya ni..Misai tu simpan sampai sekarang tak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee @Rohaida, ko datang sebelum , dan selepasnya mood ko akan bertukar hahahaha try laaaa

      Delete
  3. minuman dia semua nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  4. tengok je pun dah sedap.. belum rasa lagi.. gulpp

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Maisarah, minum aje terus jadimood tu bertukar dari sebelumnya ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com