BIRTHDAY HI-TEA TREAT UNTUK ANAK DI GRUMPY GOAT AND FRIENDS

11/03/2018 08:51:00 PM

BIRTHDAY HI-TEA TREAT UNTUK ANAK DI GRUMPY GOAT AND FRIENDS | Hai korang, dah makan? Ke tengah jalan-jalan cari makan tu? Makan di mana? Nanti share le sikit hehehe. Maafin Sis ya, ada yang siap PM bertanya, kenapa takde update post semalam, huhuhu. Yaa masa terlalu padat semalam, hari-hari sebelumnya pun sama, sampai tak dapat nak curi masa untuk buat draft. Kebetulan anak Sis yang sulung balik, then hantar kereta pergi servis, penuhi jemputan event pulak, dan semalam bizi melayankan permintaan anak yang nak hi-tea sempena besday dia, makanya memang tak dan nak duduk depan laptop taip entri. 
Now masa menaip ni pun, kepala ada 'bigor' sikit, so kalau ada typo, harap maaf ya. 

Semalam 2/11 adalah hari jadi anak Sis yang sulung yang ke 24tahun. Sekejap dah besar anak omak. Yup, anak Sis masih lagi belajar, now tengah intern degree di Shah Alam, jadi memang jarang jumpa spend time dengan dia. Makanya semalamlah kami berdua isi masa berdua pergi hi-tea bersama sempena besdaynya. Kebetulan Ayahnya pun tak balik JB, dan anak-anak yang lain pun bizi hal memasing. 
Jadinya berdua lebih baik . 
Tempat pilihan anak Sis adalah di Grumpy Goat and Friends di Bandar Sri Alam. 


Kalau korang tau di mana Moonlight Cake Bandar Sri Alam, so korang mesti jumpa Cafenya, betul-betul deret dengan MoonLight tu. Tak susah cari, dekat area Today's Market juga bersebelah dengan Banafe Cafe tu. Alaa ataupun waze aje lor, lagi senang hahaha.


Posing depan pintu masuk ke cafe. Di dinding putih sebelah kiri tu, penuh dengan lukisan kambing-kambing gemok hahahaha. Cute gile deko , kreatif sungguh. 
Happerrr.. Siap belon? Tak padan dengan dah besar tetap nak belon tau! Tiap-tiap tahun minta belon hahahaha. 



Melangkah masuk ke dalam cafe ni, Sis agak terpegun kejap, sebab sangat tenang, fresh dan privacy gitu. 
Sis suka kalau tempat-tempat macam ni. Selesa nak makan minum dan borak-borak. Nak OOTD pun lawa. 


Bahagian-bahagian tempat duduk pun ada banyak tempat dan berlainan konsep. Korang pilih aje la nak duduk deko macam mana. Boleh duduk luar atau pun duduk di dalam. Anak Sis pilih nak duduk santai di luar, katanya pencahayaan terang, senang nak amik gambar. Ermmm layannn..


Kalau duduk di luar, tempatnya macam dalam gambar tu. Tapi hanya kipas ya, kalau duduk dalam ya ekon. So korang pilih laa. Tapi memang betul, duduk luar amik gambar cantik sangat! Sebab terang dan sharp. Itu idea anak Sis hohoho.


Sebagai permulaan, Sis order dulu air dalam gambar tu (lupa dah namanya), dengan secomel cake tu hehehe. Yang air tu, memang dah ada dalam set hi-tea, korang pilih je nak air apa. Anak Sis pilih yang ni, rasa macam teh stoberi, haa macamtu laaa. Kek tu pulak sedap ya ampun! Tak padan kecik. Jadilah untuk kami berdua. (kek tu kira lain, tidak termasuk dalam pakej hi-tea).


Yaa inilah dia set hi-teanya. Makan untuk dua orang. Tu pun banyak, sampai terpaksa kami berdua habiskan, ye laaa kalau tak sayangkan. huhuhuhu. rm49.90 one set (tidak termasuk kek). Okay ke tak okay? Tak kisahlah, janji anak hepi dan enjoy!


Alhamdulilah. Masih berkesempatan Sis raikan harijadi untuk anak Sis. Moga Sis dapat melihat perjalanan anak-anak sehinggalah anak berjaya satu hari nanti dengan izinNya.
Syukur Kakak sukakan 'hadiah' yang kecil ini dari Emak. :)


Selamat hari lahir Kakak (Nurul Nastasea). Emak doakan moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Kakak, moga Kakak berjaya, kuat dan tabah menghadapi segala ujian dugaan hidup sepanjang Kakak mengejar cita-cita Kakak. Ingat Allah selalu, InsyaAllah, Allah sentiasa bersama Kakak. 
Aamiinn. 







P/S: Semalam nyanyi lagi birthday, menahan gak mata, janganlah nangis. Tau je le, Sis ko ni kan emo, hati tisu hahaha. Kalau ada Ayahnya sekali, dengan Ayahnya pun nangis hahahaa :p 


You Might Also Like

14 Comments

  1. anak sis sebijik muka siss..... sis lin junior..hahahhhaa... cantikkk betulll konsep kedainyaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke sana @Farahain? Ramai kata si Yana yang muka sama Sis hehehe...cantikk Ain, jom nanti kita gi samaa..

      Delete
  2. dah kenapa aku yang bergenang air mata ni..

    hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu awak memang hati tisu sama dengan Mummy laaa @Sunah ...

      Delete
  3. happy birthday to your daughter.❤️ kedai ni cantik konsep and dekorasi dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Farah..yup sangat cantik...lovely sangat tempat dia ...

      Delete
  4. Happy birthday, Nurul Nastasea. Semoga sinar terus bercahaya mengiringi perjalanan hidupmu sayang.

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday Nurul Nastasea semoga sentiasa sihat ceria dan sayang emak selalu. Cantik sangat dekorasi Restoran ni insyallah berkesempatan nak jugak ke situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn, makaseh @SitiZibaidah..Yaa cantik sangat, tenang dan sangat romantis gituu...

      Delete
  6. cantik jugak kan hiasan dalaman cafe ni..Sangat cosy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Rohaida, jom nanti kita lepak sini heheheh...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com