TEMPAT MAKAN BEST JOHOR - CHABA THAIFOOD

12/04/2018 08:33:00 AM

TEMPAT MAKAN BEST JOHOR - CHABA THAIFOOD | Kalau cakap makanan Thai ni, Sis satu family memang suka makan kedai Thai (kedai tomyam kami panggil). Dan kebiasaannya kedai tomyam macam ni, tentunyalah chef dan ownernya juga dari Kelantan kan atau Thailand. Tapi tak semua kedai makan tomyam menepati rasa dan menu asli dari tempat asalnya. Lain tempat lain rasa, lain tempat lajn menunya, begitu juga di Chaba ThaiFood ni. 

Sis dan Geng JDT Blogger yang lain berpeluang untuk merasai dan membuat review di kedai makan Chaba ThaiFood ni. Restoran milik anak Melayu tempatan,Wan (bukan nama sebenar) yang berasal dari Kelantan ini baru beroperasi dalam 4 bulan, tapi sudah ada pelanggan tetap yang selalu datang makan di sini. Mesti ada keistimewaannya kan yang membuat pelanggan datang berulang-ulang. Sama juga Sis dan Suami, kalau pergi satu tempat, menu semua sedap, harga pun tak mahal, servis cepat, memanglah Sis dan Suami akan ulang-ulang datang makan di tempat tu. Janji puashati. 


Kedainya terletak di Taman Impian Emas, bukak waze mesti sampai. Konsep kedainya sama je macam kedai-kedai tomyam lain, korang boleh makan di dalam ataupun di luar. Keadaan kedai pun bersih, teratur, dan yang penting servis cepat. 

Jom kita tengok menu-menu 'killer' mereka yang selalu pelanggan order. Kitaorang makan pun memang 'killer' habis rasa dia. Sangat super sedap! Bukan bodek tapi jujur sebab dah merasainya. Lain dari yang lain. Puashati!


Tomyam Seafood
Rasanya inilah tomyam yang sebenar-benarnya tomyam. Kuahnya pekat, pedas, isinya padat, dan rasanya sangat mabeles. Ini kalau ada anak sulung Sis tu, memang licinlah di hirupnya. Dia peminat tomyam tegar hehehehe. 


Tomyam Poktek
Yang ini pula tomyam putih, rasa dia lagi pedas dari tomyam seafood, so bagi yang tidak suka pedas, hati-hati ya, kang kepedasan luar biasa kang hehehe. Rasa dia memang berbaloi sedap walau pedas. Ada daun selasih, seafood dia pun padat dan fresh! Sis sukakannya ..


Siakap dua musim
Kenapa nama dua musim? Alaaa Sis dah lupalah hahaha cuma yang Sis ingat, rencah yang di letak atas ikan tu ha, sebelah musim lain, sebelah musim lain, haa gitulah. Maafkan Sis, memang sudah kelupaan hahahaha. Rasa dia sedap, korang kena cuba, lain dari yang lain. 


Siakap 3 Rasa
Menu ni menu biasa memang ada jual di mana-mana kedai seafood, tapi yang bezanya di Chaba ni, sos dia tu, tak masam, tak manis, sesedang rasa tapi still ada rasa masam manis. Haaa menarikkan, sebab tulah licin, dengan kepalanya terus hilang hahahaha. 


Udang Goreng Tepung
Gebukan? Memang gebu, bolat, montok gitu hahahaha. Memang menarik perhatian, Ala-ala western sikit, cecah dengan sos thai, ermm sedap! Sis makan 2 ketui je hehehe. Pejam-pejam mata, hilang dah 2 pinggan mereka kerjakn hahaha. 


Kerabu Chaba
Biasa kerabu kedai tomyam ni, kerabu mangga, kerabu sayur kan, yang ni kerabu seafood. Ada isi udang dan sotong yang di rebus. Rasa kerabu dia sangat istimewa. Mungkin dari rencah asli Thai. 


Siakap Stim Limau.
Haa ni nak bagitau, korang kalau ke sini, mesti order menu ni tau, rasa stim limau dia sangat berbeza dengan kedai-kedai tomyam yang lain, sebabnya dia gunakan perahan air limau secara manual untuk kuah stim limau ni. Hasilnya sangat mabelesss, tidak berapa masam, tidak terlalu manis, tapi sangat unik rasanya. Korang cubalah!!


Hoormook Seafood Chaba
Pelikkan? Apa tu? Ini menu kalau di hidangkan, ianya terbakar-bakar berapi gitu. Sangat special dan istimewa. Isi dalamnya ada seafood yang di masak bersama rempah kari ala-ala thai mungkin. Rasa dia okay cuma tak berapa kena dengan tekak Sis. Mungkin tekak orang lain suka laa. *kena jujur okay. 


Kangkung Goreng Belacan.
Ini menu sayur yang ada dan korang boleh cuba. Sama tapi rasa kuah belacan dia sangat terasa. 


Kailan Ikan Masin
Ini pun antara menu sayur yang korang boleh cuba. Cuma kuahnya rasa Sis dia ada letak tepung jagung barangkali untuk memekatkan, jadi tak berapa Sis suka, lebih suka goreng biasa begitu aje, sebab kalau ada tepung jagung, bila dah sejuk, dia agak pekat dan hilang rasa asin ikan tu. *komen jujur

Itulah antara menu 'killer' yang korang boleh cuba di sini. Ada banyak lagi menu yang ada, ikutlah citarasa masing-masing. Harga berbaloi, puashati, servis tip top! 
Terima kasih Chaba ThaiFood .



Chaba ThaiFood


Lokasi: No. 17, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari 5 petang - 12 tengah malam



Untuk Tempahan: +601 11 307 7600







P/S: Nanti nak singgah lagi makan di sini, tomyam seafood tu macam memanggil gituu hahahaha. 


12 Comments

  1. tomyam seafood dan poktek tu memang sedap sgt.. kerabu chaba & siakap stim limau tu pun buat meleleh ailio bila diingat balik.. dilah pun akan repeat semula, nak try siakap 2 musim tu sbb aritu lupa nak rasa.. kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Dilah, semua sedap..makan puashati kat sini kan..

      Delete
  2. banyaknya menu yang ada kat sini...ada yang i tak pernah lagi try...tomyam dah ler my pebret...kang ajak laki datang sini la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi @Rohaida, memang semua menu dia puashati makan, sedap dan harga tidak terlalu mahal..

      Delete
  3. Replies
    1. Tu sedap Kak @Seri, sebelah rasa lain, sebelahnya rasa lain..

      Delete
  4. ain sangat berpuas hati betullll dapat makan dekat sini......wahai orang jb,,, ajomm lerrrr datang singgah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @farahain, puashati berbaloi..hirup kuah pun boleh habis kalau datang time lapar hahahaha..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com