Mayat melambung atas pokok.

Sis Lin
0
Salam semua..

Ha baca itu tajuk je dah menakutkan, ntah apalagi klu dpt melihat dan mendengar kejadian tersebut, ishhh tak serik2 lagi mereka2 ni yek, ye la dh berapa banyak kempen dan nasihat serta pesan dr kerajaan, jangan main mercun, jangan main mercun, tp owang kita ni tak reti2 bahasa dan tak reti2 nak serik, klu setakat kena denda dan tangkap tu xpe, ni haa mengorbankan nyawa dan keluarga sendiri, haa nak kata apa lagi, lu fikir le sendiri...huhuhuhu 
Kita ni nak main bunga api utk anak2 pun was2 gak, ni kan pulak mercun, yg ada tu wahh pandai sehh buat mercun, budak2 skrg pun dah canggih, siap boleh cipta reka lagi mercun sendiri..nak salah siapa ek? huhuhu lu fikir le sendiri lagik....:(
Smlm kat berita dan surat khabar ada kes terbaru..ngeri bila mendengar dan membaca..jom kita kongsi artikel ni buat tauladan semua...info dipetik dr Kosmo Online.


KUALA TERENGGANU – Hujan tiada, ribut pun tiada, namun sebuah rumah usang di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga dekat sini semalam tiba-tiba meletup dan menghasilkan gegaran yang boleh dirasai oleh beberapa buah rumah lain di kampung tersebut. Dalam kejadian yang menakutkan pada pukul 12.30 tengah hari itu, mayat seorang kanak-kanak ditemui tersangkut pada dahan sebatang pokok di hadapan rumah itu manakala dua lagi lelaki cedera parah.
Ketiga-tiga mangsa itu berada di dalam rumah kayu yang agak tersorok di kampung itu ketika tragedi berlaku. Mangsa yang terbunuh ialah Khairul Ariff Ayub, 6. Kanak-kanak itu melambung setinggi 15 meter sebelum badannya yang hampir berkecai tersangkut pada dahan pokok. Bahagian depan rumah termasuk tangga konkrit rumah itu berkecai akibat letupan yang dipercayai berpunca daripada sejumlah mercun yang disimpan di dalam rumah itu. Turut rosak dua buah motosikal.
Difahamkan, rumah yang dihuni oleh seorang daripada mangsa yang cedera itu dijadikan stor menyimpan pelbagai jenis mercun yang dibekalkan pada musim raya nanti. Orang pertama yang tiba di lokasi kejadian, Norshefli Azhar, 36, berkata, ketika kejadian dia ada di rumahnya yang terletak 100 meter dari rumah yang meletup itu.
 “Saya ingatkan bunyi itu dari luar rumah saya menyebabkan saya keluar untuk melihat. “Di luar rumah, saya nampak asap keluar dari rumah yang usang itu. “Saya bergegas ke situ dan nampak seorang lelaki yang cedera parah di muka dan kaki berada di celah-celah runtuhan rumah,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini



P/S: Moga2 menjadi keinsafan buat kita semua, nyawa lebih penting dr keuntungan yg belum tentu dapatnya..huhuhuhu


With Love
Tags

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!