Monday, November 28, 2011

Fadhilat Bercium Bagi Pasangan Suami Isteri

BY Sis Lin IN 35 comments

Assalamualaikum wbt


“Fadhilat Bercium”
Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit…
Mari kita baca apa keuntungan bercium..

image search 'bercium' dari en.google.


1. Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

2. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

3. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

4. Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

5. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

6. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

7. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolisme. Ada yang mengatakan, bahawa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

8. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi tenaga negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

9. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

10. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

11. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

12. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

*bukan aku yang tulis tapi DIA ni yang tulis..hehehe






P/S: Yanggg ooo Yanggg, nak cium gak laaa...:p halal OK! :p


Wanita dan Syurga

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala...
"Ertinya : Dan bergaullah dengan mereka (para isteri) secara patut. Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kalian tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" [An-Nisaa : 19]




1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
-Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
-Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
-Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
-Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
-Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
-Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda. "Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir."
Wallahualam ...





P/S: Hati ku hati mu menjadi satu dunia dan akhirat.. A-Minnn


Sunday, November 27, 2011

Kenapa Lelaki Melayu Suka Sangat Pakai Seluar Pendek ?

BY Sis Lin IN 11 comments

Assalamualaikum wbt..

Lelaki Melayu selamba pakai seluar pendek depan orang ramai...
Tahu apa Islam kata pasal aurat lelaki Muslim ?

Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya.”.

Tetapi, kenapa ramai lelaki Melayu kita pakai seluar pendek atas paras lutut? Contohnya bila main bola sepak dan futsal ? Takkan mereka tidak tahu langsung bab aurat lelaki di dalam Islam ? Sebenarnya mereka tahu, tetapi mereka sengaja buat pekak telinga.

Kalau perempuan wajib memelihara aurat mereka, maka kaum lelaki pun sama. Tiada alasan.

Di tempat-tempat awam pula, ramai lelaki Melayu yang suka berfesyen memakai seluar shorts bila keluar sendirian atau bersama pasangan. Jika hendak dikatakan mereka terang-terangan mendedahkan aurat, belum boleh dituduh lagi. Tetapi, tahap kependekan seluar shorts tersebut sudah berada di tahap 'shubhah' atau 'grey area' yang bermaksud sangat hampir untuk menampakkan kedua-dua lutut yang menjadi aurat mereka.


Oleh hal yang demikian, bolehkah seluar shorts yang gemar dipakai oleh jantan-jantan Melayu stylo sekarang ini dibawa terus untuk solat di surau dan masjid ? Sudah tentu tidak boleh, kerana sudah pasti ketika ruku' dan sujud, seluar shorts mereka akan tersingkap lalu menampakkan lutut mereka. Maka, solat mereka akan batal sama sekali.

Kadang-kadang kelakar bila melihat sepasang suami isteri di mana, si isterinya lengkap bertudung dan berpakaian tutup aurat, tetapi di sebelahnya, si suami pula memakai seluar shorts tanggung serta memakai rantai leher dan gelang tangan. Padanan yang macam tidak kena, lalu membuat sesiapa yang memandang terfikir "Siapa yang patut membimbing siapa sebenarnya..?".

Lelaki Melayu dewasa yang memakai seluar shorts bukan sahaja merisikokan diri menampakkan aurat lutut mereka, malah mereka turut mempamerkan imej seperti lelaki tidak matang yang terhegeh-hegeh berlagak remaja sedangkan umur sudah semakin tua.
Oleh itu renung-renungkan dan selamat beramal...


Kredit info & image dari : Tok Wan.





P/S: Perempuan lelaki kalau diambil kira, sama dan lebih kurang saja batas auratnya cuma lebih menonjol dan tertonjol aurat wanita.. 


Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1433m.

BY Sis Lin IN 6 comments

Assalamualaikum wbt..

Muharram (bahasa Arab: محرّم) adalah bulan pertama dalam penanggalan Hijriyah. Muharram berasal dari kata yang artinya 'diharamkan' atau 'dipantang', yaitu dilarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Tanggal 1 Muharram adalah hari Tahun Baru dalam agama Islam.


image search dari en.google.


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman





P/S: Oh! cuti eh? ermmmm cuti tak cuti sama ajeeeeeee :(


Saturday, November 26, 2011

20112011-Tahniah adikku Lyea & Zaidy.

BY Sis Lin IN , , 4 comments

Assalamualaikum wbt..

Tarikh: 20.11.2011
Tempat: Kampung Melayu Majidee.
Majlis: Perkahwinan adik bongsu Lin,Marlia & Zaidy.
Jurugambar: 'AA Photografer' Azman Ahmad aka Kasawari.

-Suasana dari tapak khemah di luar rumah, tema 'harimau malaya' kuning + hitam menjadi tumpuan..

-Sah! mas kahwin & hadiah membatalkan air sembahyang setelah bergelar dan menjadi isteri orang..

-di meja makan beradap..senyuman terukir tanda gembira..

-sama cantik sama padan..(macam kakak dia) hahahahaha..

-Geng Kamie datang dari jauh dan dekat memeriahkan mjlis adik Lin..

-Lin dan 2 orang puteri kesayangan hamba..Naz & Yana,,

-Along sekeluarga mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru, moga kekal hingga ke syurga dan berbahgia sepanjang hayat'..A-Minnnn

Alhamdulilah segala tanggungjawab telah dilaksanakan...kalaulah 'abah' ada..Al-Fatihah buat arwah abah...




P/S: Terima kasih buat semua 'krew', saudara mara, rakan taulan yang susah payah melaksanakan/memeriahkan majlis perkahwinan adik Lin..Jasamu dikenang..


Muharram datang lagi.

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt..

Muharram begins at sunset on Saturday, 26 November 2011, and ends at sunset on Monday, 26 December 2011.(Dates may vary.)


image search dari en.google.



Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

Berpuasa:  Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

Berdoa: Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


Antara amalan sunat dan Fadhilat di bulan Muharram. 

Melapangkan masa/belanja anak isteri
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin. 
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah. 
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah. 
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat. 
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak. 
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. 
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat. 
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.





P/S: Sama2 kita renungkan..Anda buat anda dapat..sekian..


Friday, November 25, 2011

Menangi Hadiah Lumayan Dalam Cabaran Online MasterChef Malaysia

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt...

Cabaran sedang bermula..ayuh kita cuba..! Just allow :p




Hadiah Menarik Di Cabaran Online MasterChef Malaysia

Rancangan realiti masakan terkenal, MasterChef sudah berada di Malaysia. Kini peluang penonton di rumah memenangi hadiah menarik dan lumayan melalui Cabaran Online MasterChef Malaysia menerusi laman sosial Facebook. Penonton hanya perlu masuk ke Laman Facebook MasterChef Malaysia dan bermain permainan yang disediakan.

Hadiah-hadiah mingguan berupa wang tunai RM500 dan Pendrive MasterChef Malaysia sedia untuk dimenangi. Manakala hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM1000, barangan eletrik Panasonic serta barangan Apple seperti iPad dan iPod Nano Touch menjadi rebutan.

Dalam permainan ini, peserta perlu mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan suatu hidangan dalam masa yang diberikan. Setiap bahan yang betul akan diberikan markah manakala yang salah akan ditolak markah. Mereka juga berpeluang mendapatkan masa tambahan dengan “menangkap” gambar jam loceng. Dengan masa tambahan ini, peserta berpeluang mengumpul lebih banyak bahan.

Setiap minggu, satu Kod Rahsia akan diberikan melalui rancangan MasterChef Malaysia. Kod Rahsia ini akan muncul di awal dan akhir rancangan. Sekiranya peserta menggunakan Kod Rahsia ini, markah bonus akan diberikan dan peluang untuk mendapatkan hadiah amat cerah.

Layari www.facebook.com/MasterChefMalaysia sekarang untuk menyertai permainan ini sekaligus memenangi hadiah-hadiah menarik dan lumayan. Saksikan MasterChef Malaysia setiap Sabtu hingga Rabu, 9 malam di Astro Ria (104).


IHSAN DARI : www.mohdzaid.com




P/S: Tak cuba mana tauuu kan...rezki memasing.. :p


19.11.11 Hepi Belated Besday to Me.

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt...

Dah seminggu berlalu tapi kenangannya masih tetap segar dalam ingatan..
Thankx buat semua kengkawan yang buat 'surprise party buat aku *surprise le sangat ye! dan juga semua rakan2 yang beri ucapan melalui sms, wall FB dan juga update entry buat Lin, sangat2 terharu dan terasa diri ini tua dah ye.. :p..
Apa2 pun sekali lagi  TERIMA KASIH dan SELAMAT HARI JADI BUAT AKU... :p


Tahun ini mereka2 ini telah mengembirakan hari lahir ku...Thankx all..muahhhhh...
BFF selamanya...Aminnnn *kredit jurugambar Kasawari..





P/S: 2 paper lagi (SPM) .....huhuhuhu


Monday, November 14, 2011

Gud Luck my Girl (SPM)

BY Sis Lin IN , 16 comments

Assalamualaikum wbt..

Do your best Kakak! If you can dream it, you can do it..
Gud luck and all the best! A-Minnnn..



'Ya ALLAH...terimalah amalan2 kami..perkenankanlah doa2 kami...bukakanlah pintu kebaikan untuk kami...seperti mana engkau berikan kepada para Anbiya' dan Auliya' mu dan hamba2 mu yang soleh juga solehah'..A-Minnnn





P/S: Anak yang amik periksa, Mak nya pulak dah demam..uhuk uhuk uhuk.. :(



Friday, November 11, 2011

Tahniah 'Selamat Pengantin Baru' S & N

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga


......11.11.11....
"Shai & NazuhaLin dan family mengucapkan selamat pengantin baru buat kalian berdua, moga jodoh kalian berpanjangan dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat" A-Minnn




P/S: Mengalir airmata bila mengenangkan kenangan bersama... :((


Hepi Besday S.H.A.I.Z.H.A.R

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt..

Selamat hari jadi
Ku ucapkan kepada mu
Semoga yang Esa panjangkan umurmu selalu
Betapa riangnya menanti di saat ini
Ku harap kita dapat meraikan bersama-sama
Di sisi teman-teman

Selamat hari lahir
Sekali lagi ku ucapkan
Kini usia telah
Mendewasakan dirimu
Kini kau menanti pelangi kehidupan
Secerah mentari memancar buni ini
Tak dapat melupakan kenangan manis

Sambut-menyambut mesra penuh keriangan
Berdendanglah iramaku dengan mesranya
Harijadimu yang paling bahagia
Tak dapat kulupakan buat selamanya

Tiap detik beredar silih berganti
Hanya setahun sekali kau menanti
Bagaikan sejarah tersemat di sanubari





Gambar kenangan tahun lepas sewaktu menyambut harijadinya dirumah Lin bersama2 Geng Kamie..huhuhuhu *mungkinkah kenangan itu akan kembali lagi.. :(
"Hepi besday Shai..aku dan family semua mengucapkan selamat hari jadi, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, dilindungi dan diberkati dunia akhirat" A-Minnnn




P/S: Dug dag dug dag menunggu hari bahagianyaaa....yeahhh nak tawin! nak tawin! :p




Thursday, November 10, 2011

Doa untuk bakal pengantin

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Hurmm bulan 11 & bulan 12 ni banyak sungguh jemputan kahwin, ditambah pulak musim sejuk hujan macam ni, makin syokk la kalau kahwin...kan kan kan? :p
Kawan kawin, sepupu kawin, adik pun nak kawin..adeii mana 1 mau pegi ni, nampak gaya tahun depan aje le azam nak kurus tu yek..miahahahaha :p
Ok2..jom kita kongsi bersama doa yang boleh dijadikan manfaat buat bakal2 pengantin.. :)



doa pertama: doa menolak bencana
"Laa ilaaha illalaahul kariimul 'azhhiimu. subhaanahu tabaarakalaahu rabbul 'arsyil 'azhiimi. Alhamdulillaahi rabbanaa aatinaa fid dun-yaa hasanatan wa fil aakhirati hasanatan wa qinaa 'adzaaban naari."

maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Maha suci Dia, Maha Berkat Allah Tuhannya 'arasy yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.( Riwayat Nasa'i)



doa kedua: doa memelihara kesihatan diri
" Allahumma 'aafinii fii badanii. Allaahuma 'aafinii sam'ii. Allaahumma 'aafinii fii basharii. Allahumma inni a'uudzu bika minal kufri wal faqri. Allahumma innii a'uudzu bika min 'adzaabil qabri laa illaaha illaa anta.

maksudnya: Ya Allah, sembuhkanlah badanku. YA Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksaan kubur, Tiada Tuhan selain-Mu.( Riwayat Abu Daud)



doa ketiga: doa menghadapi kesedihan, kelemahan, kemalasan, takut, banyak hutang dan penindasan.
" Allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazani wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasali wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhli wa a'uudzu bika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali."

maksudnya: Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung pada-mu dari kemalasan dan aku berlindung pada-Mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung pada-Mu dari tekanan hutang dan paksaan orang lain.



doa keempat: doa ketenangan jiwa
" Rabbanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina. Rabbanaa la tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu. Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdini an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi. Allaahumma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika qa taqna'u bi'athaa'ika.

maksunya: Ya Tuhan Kami, curahkanlah kesabaran keatas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir. ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjukkan dan berilah kami rahmat-Mu kerana Engkau adalah yang Maha pemberi. Ya Allah kukuhkanlah imanku, dan berilah aku petunjukk dari kemungkinan sesat. Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan syaitan serta perbuatannya. Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan reda atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.



doa kelima: doa mohon ketenangan dalam menghadapi musibah
"Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardha biqadhaa 'ika.

maksudnya: Ya Allah, berilah kami hati yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan denganMu dan reda menerima segala ketetapan-Mu.



doa keenam: doa ketika menghadapi kesulitan
"Allahumma Laa shla illaa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'ualul hazna idzaa syi'ta sahlan.

maksudnya: Ya Allah, tiada yang mudah selain yang Engkau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau mengkehendakinya jadi mudah.(Riwayat Ibnu Hibban)



doa ketujuh: doa dimudahkan segala urusan
" Allaahumma innii as-aluka tamaaman ni'mati asy-yaa'l kullihaa wasy syukra laka 'alayhaa hattaa tardhaa wa ba'dar ridhaa, wal khirayata fii jamii'l maa yakuunu fiihil khiyaratu wa bijamii'l masyuuril umuuri kulliha laa bima'suuriha yaa kariimu.

maksudnya: Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu kesempurnaan nikmat pada segala perkara dan mensyukuri-Mu atasnya, sehingga Engkau reda dan sesudah reda itu lalu aku mohonkan pula kepada-MU.

*tak kawin pun boleh juga diamalkan..sekian.





P/S: Time aku kawin belum ada 'blog dan FB' kalau tak..perghh berterabur aku update cite sebelum/sesudah kawin aku..hahahaa.. :p


Spontaneous Thursday #12: LGBTIQs

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt...



" Let us not hate, but extend our hands to help the LGBTIQs (Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual, Intersexual and Queer). They might refuse to take our hands, but we shall keep on trying.They're our brothers & sisters." via Prof DrHarlina Halizah Siraj






Apa itu Spontaneous Thursday? 





P/S: Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah berpasang-pasangan (lelaki & perempuan)..


Wednesday, November 09, 2011

Bless me with a new heart..

BY Sis Lin IN 27 comments

Assalamualaikum wbt...

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)


..dan bila HATI mula cedera...

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..






P/S: Masak hati berempah sedapkan....? ermmmm yumyumyummy


Program Columbia Asia Hospital,Nusajaya.

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Ini bukan nak 'kipas' ye, ini sekadar perkongsian maklumat dan promosi 'free' je dari Lin untuk Columbia Asia tu, sebabnya ye la hospital tu pun dekat je dengan area rumah Lin, so rasanya kalau tak bagitau, ada jugak yang tak tau kan tentang pogram yang akan/tengah dijalankan..kan kan kan? *angguk je le* :p
So sapa2 yang nak join dan turut serta, jom kita semak program apa yang akan dilangsungkan dan bakal dilangsungkan..


-Sajian Mari Memasak: Sajian Diabetes..
-20hb Nov'11 (Ahad).
-8.30am - 12.30pm.

*Ini program masak memasak cuma tema program dia khas untuk sajian diabetes (kencing manis), so mesti le menu2 nya khas untuk pemakanan orang diabetes..apa ek menunya? 
Sesiapa yang nak cuba, sila sila.. :)


-Majlis berkhatan beramai-ramai...

Bila tiba cuti sekolah mulalah musim 'potong' atau berkhatan pulak, hehehehe, ada sesiapa yang belum potong? uishh awak kafir takpe.. :p maksud Lin anak yang beragama Islam yang belum potong leeee, hahahaaaa...anak Lin alhamdulilah, genap setahun la dia 'teruna', tapi buat kat Klinik berdekatan saja, maklum le anak jantan sorang, jadi buat kenduri agak terbesar sikit tahun lepas..hehehe
Jadi bagi ibubapa yang nak anak mereka berkhatan beramai-ramai, bolehlah join dan daftar nama untuk mendaftar di Columbia Asia ni ye, memang bayarannya agak mahal, tapi maybe juga layanan dan servis dia ada klassss kan..*tapi hilang bius sakitnya sama ajeeeeee :p ...

*Sebarang pertanyaan kowang boleh klik SINI ok..




P/S: 20hb tu saya tak dapat nak join, ada majlis bersejarah berlangsung.. :(


Wordless Wednesday #18: Obesiti

BY Sis Lin IN 5 comments

Assalamualaikum wbt..

OBESITI! Rakyat Malaysia Terancam! Cegah sebelum terlambat!




Apa itu Wordless Wednesday?
atau






P/S: ...dan akulah salah seorang dari rakyat Malaysia itu...'ada aku kesah' :p


Tuesday, November 08, 2011

Disebalik 'Korban'..

BY Sis Lin IN , 4 comments

Assalamualaikum wbt..

Moooooo....embekkkkk kowang tau bunyi suara apa tu? *walaupun tulisan je ni* hehehehe
Pheww buat pertama kalinya tahun ni Lin tolong rewang memotong/melapah daging korban untuk diagihkan, sebenarnya time Lin datang tu ingat nak tunggu aje la amik bahagian Lin, sekali kawan pi hulurnya apron, hahaha nak tak nak Lin join le sekali, lagipun meramai2kan, kerja pun lancar, bukannya apa, takut dengan bau darah tu, ada kang aku mabuk termuntah kat situ, buat malu kompeni je kang..kekekeke
Tapi alhamdulilah, maybe agaknya daging baru kan, so daging panas dan bau tu kurang sikit menusuk hidung ni, hehehe *ngada-ngada kan* :p
Ok le jom layan gambar yang mana dapat je ni Lin amik dari rakan ahli Masjid, kita takkan anak amik gambo sendiri, tak fikir langsung..hahaaaaaa

*Kerja-kerja memotong bahagian daging..

*Eee sapa aje le nak makan kepala lembu tu bang oiii... 

*Senyummmm...hahaha tengok pisau aku tu, jangan main2 haaaaa :p

*Potong dan timbang..erkk tak cukup ye kak Ana.. :p

*Proses terakhir..timbang dan agihkan...

Alhamdulilah dengan izinNya semuanya berjalan lancar dan cuaca amat baik sekali pada hari itu, dan syukur alhamdulilah tertunai sudah niat korban Lin & mr.hubby untuk anak Lin yang no-2,Yana, tahun depan insya'allah ada rezki untuk Amat pulak..
Terima kasih Ya Allah atas nikmat mu...A-Minnnn





P/S: Lepas ni hari-hari respi masak daging...kekekekeke..


11.11.11 jadi pilihan ibu bapa

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt..

KUALA LUMPUR - Gara-gara angkanya yang menarik, tarikh 11.11.11 menjadi pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka dilahirkan pada tarikh tersebut.

Bahagian Perhubungan Media dan Penulis, Pusat Perubatan Prince Court, Annie Freeda Cruez berkata, setakat ini seramai 17 ibu bapa dari pelbagai bangsa sudah mendaftar di hospital itu untuk melahirkan bayi mereka pada tarikh istimewa tersebut.

"Daripada 17 ibu bapa yang mendaftar, 11 daripadanya akan melahirkan bayi secara pembedahan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Annie berkata, kelahiran bayi 11.11.11 tersebut akan disambut meriah oleh pihak hospital.

Malah tambahnya, bayi yang lahir pada tarikh tersebut akan diserahkan buku akaun simpanan Maybank dengan deposit sebanyak RM50.
"Selain itu, bayi yang bertuah itu juga akan diberikan buah tangan sebagai tanda memperingati tarikh istimewa itu," ujarnya.


Info dan image dari Kosmo Online

*Bukan kata ramai ibu bapa yang mahu anak mereka dilahirkan pada 11.11.11 tu, tapi ramai pasangan-pasangan bakal pengantin yang akan melangsungkan pernikahan mereka..ermmmm tarikh keramat betul kan? penuh le hospital dan mesjid kan..hehehehe





P/S: Jangan tak percaya, setakat ni aku ada 5 kad jemputan kahwin untuk tarikh 11.11.11 tu,.huhuhu



Sunday, November 06, 2011

Salam AidilAdha 10 Zulhijjah 1432

BY Sis Lin IN , 4 comments

Assalamualaikum wbt..

Erti korban itu terlalu besar untuk diungkap. Ia tidak hanya menjatuhkan seekor lembu dan kambing saja sebaliknya ibadat itu datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Apa saja yang termampu kita harus korbankan bagi membantu sesiapa yang menangis mengharap bantuan.
Hari Raya korban menyahut kita untuk mengenangkan pengorbanan Para Rasul dan pejuang-pejuang Islam yang lain dalam membawa dan menyampaikan Islam sehingga kita dapat mengecapinya pada hari ini. Bagaimana caranya kita menghayati semangat pengorbanan ini? Apakah yang harus dibuat untuk membuktikan bahawa kita menghayati erti pengorbanan ini?



Ia bukan hanya dengan lafaz, takbir dan tulisan semata-mata pada hari raya korban, tetapi seseorang yang menghayati erti pengorbanan seseorang pasti dapat dibaca melalui tindak tanduk dan kerja buatnya. Perbuatan dan peribadinya menggambarkan dia mengerti pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan, justeru perasaan penghargaannya kepada apa yang telah dia kecapi hasil pengorbanan itu diluahkan dengan pengamalan dan sumbangannya yang dapat memberi manfaat pada orang lain.

Dalam kehidupan kita, ramai insan telah wujud disekeliling kita. Bermula celiknya mata kita didunia ini hingga terpejamnya kelak mata yang sama ini, mungkin tidak terkira insan yang telah kita ketemui. Ada dikalangan insan tersebut kita telah lupakan lantaran tiada rasa kepentingan pada dirinya dan lamanya tidak bersua. Tiap daripada insan yang hadir dalam kehidupan ini, pasti ada pengorbanannya yang tersendiri.

Pengorbanan Ibu yang melahirkan, pengorbanan Ayah yang mencari nafkah, pengorbanan adik beradik yang membesar bersama, pengorbanan teman sewaktu menuntut ilmu, pengorbanan guru yang mendidik, pengorbanan ulama’ yang menyampaikan, pengorbanan Rasul yang memimpin dan pengorbanan demi pengorbanan yang tiada boleh kita ungkapkan kerana banyaknya insan yang telah berkorban. Tiap pengorbanan ini menuntut untuk kita menghargainya dan belajar daripadanya untuk berkorban pula tanda penghargaan kita. 
Menghayatikahku erti pengorbanan? Insya'allah....




P/S: Alhamdulilah tahun ini mr.hubby & aku dapat menunaikan ibadah korban untuk anak aku yang kedua pula,Yana..Syukur atas rezki mu Ya Allah..


Saturday, November 05, 2011

Apakah Erti "Korban" Sebenarnya?

BY Sis Lin IN 6 comments

Assalamualaikum wbt..

Mengikut pendapat Imam Syafie, perkara sunat ini dituntut bagi mereka yang mempunyai harta yang berlebihan dan ibadah korban ini boleh dilakukan sewaktu hari tasyrik, 10,11 dan 12 Zulhijjah. Namun begitu, berapa ramaikah di antara kita yang memahami erti sebenar "korban" ini dalam konteks yang lebih luas?


Setiap kali datangnya Hari Raya Aidil Adha, begitu banyak binatang ternakan seperti unta, lembu atau kambing dikorbankan oleh umat Islam sebagai memenuhi tuntutan agama agar kita dapat menginfakkan sedikit wang yang ada dalam menjalankan ibadah korban. Ibadah korban ini juga adalah satu cara untuk kita memperingati bagaimana besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang patuh dengan perintah Allah swt apabila diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Selain itu ia juga boleh menunjukkan tanda kesyukuran kita kepada Allah swt di atas segala nikmat yang begitu banyak dikurniakan kepada kita sebagai hambaNya serta boleh mendekatkan jurang di antara simiskin dengan sikaya.

Ramai di antara kita yang menganggap dengan menyertai nama satu bahagian ataupun lebih dalam program ibadah korban binatang ternakan, sudah memadai bagi mereka sebagai melakukan satu pengorbanan untuk setahun. Jika direnung dalam konteks yang lebih luas tentang makna sebenar "korban" itu sendiri, ia merangkumi segala bentuk pengorbanan kita memperhambakan diri kita kepada Yang Maha Esa. Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup mengorbankan waktu tidur mereka untuk bangun malam melakukan solat tahajud walaupun cuma 2 rakaat? Berapa ramai pula yang sanggup berjalan dalam kedinginan subuh untuk bergerak ke masjid bagi menunaikan Solat Subuh berjema'ah di masjid-masjid berhampiran? Begitu juga, berapa ramaikah yang sanggup duduk sejam atau dua di masjid-masjid bagi mengutip ilmu daripada kuliah-kuliah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput. Berapa ramai pula yang sanggup mencari-cari ilmu walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit belanja bagi mentelaah dan menadah kitab bersama tuan-tuan guru?

Jika dilihat trend hari ini, ramai umat Islam yang begitu bersemangat menyumbangkan tenaga bila program ibadah korban diadakan baik secara persendirian ataupun di masjid ataupun surau-surau.Malah ada di antara mereka sanggup mengorbankan waktu solat fardhu dek sibuknya bekerja dalam program ibadah korban sedangkan kewajipan menunaikan solat fardhu itu lebih utama sekali. Dari pagi selepas sahaja solat sunat Hari Raya selesai, mereka yang bertugas telah bersedia untuk memikul tugas sehingga selesai pada petangnya.Azan Zuhur yang berkumandang pun seolah-olah tiada apa-apa kesan bagi mereka kerana terlalu ghairah bersama-sama teman mengerjakan beberapa ekor lembu. Malah ada juga peserta yang mengambil bahagian kerana adanya lebihan wang melakukan ibadah korban sedangkan solat fardhu diabaikan begitu sahaja.Di manakah nak disandarkannya pahala ibadah korban ini jika solatnya tiada?

Alangkah ruginya jika erti "korban" ini dalam konteks yang lebih luas tidak difahami oleh kita.Takut-takut ibadah korban yang kita lakukan saban tahun hanyalah sebagai satu pesta penyembelihan binatang ternakan tanpa kita memahami maksud yang tersirat di sebaliknya.

Sama-sama kita renungkan dan fahamkan....





P/S: Mood masak didapur untuk persiapan raya esok belum datang..huhuhuhu


Friday, November 04, 2011

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011

BY Sis Lin IN , 4 comments


Assalamualaikum wbt...

Dalam 23 Kategori yang dipertandingkan, 10 daripadanya adalah kategori drama, 7 daripadanya pencalonan filem dan 6 daripadanya kategori penerbitan dalaman.





BERIKUT SENARAI PEMENANG DALAM ASK 2011 TV3

VideoGrafi Terbaik - BALANG RIMBUN SDN. BHD (sanggul beracun)

Drama Komedi Terbaik – GANG SURAU

Drama Rantaian Terbaik – JUVANA



Berikut senarai Pemenang Kategori Drama Anugerah Skrin 2011

1) Drama Terbaik - SANGGUL BERACUN

2) Pelakon Lelaki Terbaik Drama - EMAN MANAN (janji syurga)

3) Pelakon Wanita Terbaik Drama - UMI AIDA (air mata nur salina)

4) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - ALLAH YARHAM FAIZAL YUSOF (jangan hantar aku ke neraka)

5) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - ELFIRA LOY (kum kum)

6) Pengarah Terbaik Drama - SABRI YUNUS (sanggul beracun)

7) Lakon Tv Terbaik - SABRI YUNUS (sanggul beracun)


Berikut senarai Pemenang Kategori Filem Anugerah Skrin 2011

1) Filem Terbaik - MAGIKA (KRU studios)

2) Pelakon Lelaki Terbaik Filem - REMY ISHAK (cun)

3) Pelakon Wanita Terbaik Filem - EJA (janin)

4) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - SIDEK HUSSIN (karak)

5) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - NADIA NISAA (cun)

6) Pengarah Terbaik Filem - OSMAN ALI (cun)

7) Lakon Layar Terbaik - ERHAN BAHARUDIN (aku tak bodoh)



Berikut senarai Pemenang Kategori Penerbitan Dalaman Anugerah Skrin 2011

1) Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik - SUATU KETIKA EP.12

2) Rancangan Bual Bicara Terbaik - SELAMI JIWA DATUK FAZILAH KAMSAH

3) Rancangan Hiburan Terbaik - MAHARAJA LAWAK AKHIR

4) Rancangan Muzikal Terbaik - SHOUT AWARD 2010 

5) Rancangan Realiti Terbaik - SHOWDOWN 2011

6) Rancangan Laporan Khas / Berita Terbaik - BULETIN UTAMA (pengemis terhormat)



Berikut senarai Pemenang Kategori Khas Juri Anugerah Skrin 2011

1) Anugerah Yasmin Ahmad - SYAMSUL YUSOF

2) Anugerah Artis Harapan Pantene - FAZLIE DANIAL ALI (yang terpuji)




P/S: Whoaaa banyak gossip dan cerita..kowang tungu je le sok baca paper dan majalah..kontroversiiii!


Usah Mencari Yang "TERLALU SEMPURNA"

BY Sis Lin IN , 4 comments

Assalamualaikum wbt...

"Cinta kepada bunga akan layu, Cinta kepada manusia akan berpisah, Cinta kepada Allah s.w.t akan kekal selamanya"..

Image search dari en.google.


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Terimalah AKU seadanya....




P/S: Dah itu yang kau pilih kan? so terima aja la, jangan banyak songeh..huk huk huk


Anugerah Skrin 2011 : ASK 2011

BY Sis Lin IN , 3 comments

Assalamualaikum wbt..

Anugerah Skrin 2011 akan berlangsung pada 4 November 2011 malam ini di PWTC dan untuk pengacara Anugerah Skrin 2011 kali ini dihoskan oleh Rozita Che Wan dan Ally Iskandar.
Konsep ASK 2011 kali ini bertemakan GOLDEN GLAMOUR. Untuk acara karpet merah pula dihoskan oleh Adzriefaiz Adzlan dan Nabila Huda. Tak lupa juga, mereka berdua akan ditemani dengan Juara Hos Bintang Pantene! Siapa ya juara tu nanti? Nak tau, kena tunggu la siapa orangnya...



Anugerah Skrin 2011 kali ini bakal dipertandingkan sebanyak 23 Kategori termasuklah Drama, Filem, Penerbitan, dan 2 Anugerah Khas Anugerah Skrin 2011 iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.
Agak-agaknya siapa pemenang Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pentene tu nanti ya??
Dalam 23 Kategori yang dipertandingkan, 10 daripadanya adalah kategori drama, 7 daripadanya pencalonan filem dan 6 daripadanya kategori penerbitan dalaman.

SENARAI PENCALONAN DRAMA ANUGERAH SKRIN 2011 : ASK 2011
-Drama
3 Mawar Dara
Airmata Nur Salina
Bangunlah Mama
Berkalung Noda
Iqra
Jangan Hantar Aku Ke Neraka
Janji Syurga
Kemaafan Yang Tertanggguh
Korban Kasih Abah
Kum Kum
Masihkah Ada Sinar
Midah Kuih Bangkit
Pondok Plastik Tepi Kubur
Rendang Madu
Sanggul Beracun
Sudu & Garfu
Yang Terpuji

-Drama Rantaian
Akinabalu
Asmara 2
Dia Bukan Maryam
Juvana
Lagenda Budak Setan
Nora Elena
Roda – Roda Kl
Syurgamu Ramadan
Tanah Kubur
Trilogi Cinta

-Drama Komedi
Adnan Sempit The Series
Aku Budak Minang 2
Edisi Khas
Geng Surau
Masak Lomak Cili Api
Nana Narita
Senario


SENARAI PENCALONAN FILEM ANUGERAH SKRIN 2011 : ASK 2011
Mantra
Senario Asam Garam
4 Madu
Magika
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
Cuti-Cuti Cinta
Estet
Ngangkung
Aku Tak Bodoh
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Aku Masih Dara
Janin
Damping Malam
Khurafat
Sini Ada Hantu
Kembar Siang
Hikayat Merong Mahawangsa
Ratu The Movie
Cun
Di Larang Masuk
Penunggu Istana
Seru
Momok Jangan Panggil Aku
Kongsi
Nur Kasih The Movie
Karak
Kl Gangster
321 Cinta
Sekali Lagi

*Yang Lin besarkan tu, itulah yang dalam pilihan Lin..kowang macam mana? Kita tunggu dan lihat :)





P/S: Pagi Jumaat yang sejuk, senyum sampai telingaaaaa ngeeeeeeee ^______^


Thursday, November 03, 2011

Kenapa kita lebih sayangkan IBU dari AYAH ?

BY Sis Lin IN , 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Cerita ini kowang mesti baca sampai habis, kowang fahamkan betul2, mesti menitis airmata :((
Sekadar renungan kita bersama....

Image search dari en.google.


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG IBU
KENAPA KITA LEBIH SAYANGKAN IBU DARI AYAH ?

Kita selalu nampak ayah bagi duit kat ibu, tiap2 bulan untuk perbelanjaan selama sebulan, ibu tersenyum tapi dalam hati susah hati. mana nak fikir bagaimana nak manage duit 300 untuk pebelanjaan rumah & anak2 selama sebulan sedangkan gaji ayah 3500++.. ibu kena cari duit lagi...

Kita selalu nampak ibu happy dapat keluar jalan dengan ayah tapi hati sedih sebab ayah taknak bawa anak2 keluar sekali.. taknak keluar ramai2... ibu susah hati mengenangkan anak2 tinggal kat rumah...

Kita selalu pikir, ibu bahagia dengan ayah... lalu kita pikir pasal orang luar, tapi ibu bahagia? Takpon!!!

Ayah selalu tak balik rumah, kita tanya ibu, kenapa ayah lama tak balik.. ibu dengan perlahan memujuk kita, ayah kerja.. cari duit untuk kita... air mata ibu mengalir, dalam hati :
'Maafkan ibu kerana tipu anak2 ibu”..

Bila kita lapar, nak makan yang sedap2 tapi ibu tak dapat nak tunaikan... kita marah2.. tapi tau tak kenapa?? ibu tak cukup duit.

Bila kita sambung belajar, ibu lah yang paling susah hati, sebab akan berjauhan dengan anak tersayang...

Bila ada rombongan datang ke rumah, bertanya tentang anaknya, ibu susah hati takut kalau2 anak dia tak terjaga oleh pasangannya nanti.

Saat tarikh majlis ditetapkan, ibulah yang paling risau mengalahkan pengantin. pergi sana sini.. tempah itu ini.. beli yang itu yang ini... korek duit situ sini... sebab ibu nak pastikan majlis anaknya itu nanti berjalan lancar seperti yang diidamkan anaknya...

Saat saksi mengesahkan akad nikah, ibu menangis gembira.. bukan nak menunjuk air mata, tapi tanda yang dia relakan kebahagiaan anaknya bersama dengan pasangannya..

Bila kita sedih, rasa nak nangis, kenapa kita tak sebut ayah?? Tapi kita sebut ibu, mak, mama, umi?? 
Sebab ibu lah paling bermakna dalam hidup kita... yang mewarnai hidup kita... yang mengajar kita ABC & ALIF BA TA time kita kecik, yang mengajar kita BETUL SALAH & HARAM HALAL dalam kehidupan, yang mengajar kita erti KEMAAFAN & DENDAM, yang mengajar kita SYUKUR & TAMAK, yg PENTING, IBU lah yang mengajar kita ERTI KASIH & SAYANG yang sebenar... yang sentiasa ada saat kita memerlukannya..

Jadi apa peranan ayah sebenarnya??? Hanya bekerja cari duit yang tak seberapa. yang langsung tak ambil tau soal anak2nya... Benar, kalau kalian fikir saya ada problem dengan ayah.. sebab kami takder ayah lagi.. bukan berpisah mati, tp berpisah hidup tanpa menjalankan tanggungjawabnya... kami cuma ada ibu.. yang membanting tulang untuk memastikan kami adik2 dapat teruskan hidup sepert orang lain.. janji ayah, susah senang sama2 dah terkubur.. janji ayah, sayang sampai syurga dipinggir neraka. janji ayah, akan pastikan ibu & anak2 bahagia pecah seribu terbidik sembilu.. 
JANJI seorang AYAH kini hanya tinggal JANJI di padang pasir... saya bukan nak menafikan peranan ayah dalam kehidupan, cuma its depands to situation.. BAGI KAMI, IBU ADALAH SEGALA-GALANYA...

kredit: Che Wan Nor Farah Iqma




P/S: Mengalir airmata membacanya..huhuhu