Monday, April 22, 2013

BEN ASHAARI NIKAH LAGI.?

BY Sis Lin IN 7 comments

Assalamualaikum wbt..

Haaaa? aku pun macam tak percaya mulanya.
Tak cukup satu, dapatnya dua, tak cukup dua dia dapatnya tiga, dan sekarang aku dengar, beratus2 dapatnyaa....powerr seyyyy...

Pstt dendiamm, ni rahasia kta je, kalau dah tau, baru boleh share, kalau taunya bini dia, Zila, rentung aku kena bakar! Hahahahaha
Jomm kita tengok siapa kekasih hati Ben Ashaari yang beratus2 tu.. 
Klik SINI


Yg tak kenal lagi Ben, haaa ini le dia, tapi tak payah nak jegil bijik mata ye, sudah berempunya...
SUKA kat dia tak boleh, tapi tolong LIKE bole aje...hahahahaha






P/S: Gud Luck Ben dan member2 yang lain2.. :)


Tuesday, April 16, 2013

BERANI BERNIAGA 2013'...

BY Sis Lin IN , , 6 comments

Assalamualaikum wbt..

Tahniah buat diri aku kerana Allah izinkan untuk aku masuk kelas menimba ilmu bersama Dr Azizan Osman di The Zon,Stulang Laut semalam..
Memang terbaikk dan sangat2 terbaikk, tak rugi masa yang aku luangkan selama satu hari dari jam 8am - 6pm semata2 nak menimba ilmu bagaimana ingin menjadi usahawan berjaya! InsyaAllah..
Manusia yang daftar jangan cakap le, hampir 3500 org yang hadir semalam. Ada yang pertama kali hadir dan ada juga dah berkali2 hadir tapi tetap juga datang nak amik ilmu, macam aku sendiri masuk kali ke 5 hadir dalam kelas ilmu secara PERCUMA ni, yang berbayar tu belum ada rezki nak masuk tapi keinginan tu memberontak dalam hati. Maklum faktor anak2 yang masih bersekolah dan tiada sapa nak uruskan menyebabkan aku kena tangguh dulu niat tu..
Mana tau kan, satu hari nanti ada rezki dan di izinkan masa, aku akan duduk dalam kelas VIP Dr Azizan tu..sapa tau kannnn... :)



Doakan kami berjaya ye kawan2...
Bersama Mama Sri MOna, Midah dan juga Sarah...







P/S: Kenchang angin seyyyyy...hahahahahahah


Monday, April 15, 2013

SAMSUNG S3 UNTUK SI 'DIA'.

BY Sis Lin IN , , 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Hurmm anak2 sekarang boleh dikatakan beruntung dan bertuahlah kan, nak apa mintak jer, dapat pulak tu bukan yang biasa2 pulak, mintaknya pun yang tinggi2, nak up to date..kalau tak belikan muncung sedepa mulut...huhuhu
Tapi takpelah, bukan nak manjakan tapi selagi mampu nak belikan layan aje la, lagipun sebab telefon yang sedia ada dah buat hal dan rosak, cuma esok2 kita ni dah tua, sendiri mau ingatlah, kalau anak tak ingat at least anak tak cakap kita tak peduli dia..apa nak semua kita beli, kita sebagai ibubapa mampu berdoa aje, esok tua mereka anak2 ni ingat kita..kannn..
Dan pilih punya pilih, belek punya belek, akhirnya yang mampu dibelikan hanya Samsung S3 sahaja. Bersyukurlah wahai anak, handphone tu pun sekadar perantara untuk berhubung, tak payah nak canggih2 sangat, sekali cuai jatuh, berderaiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
Kalau yang mampu tu boleh le amik iPhone5 ke Z10 ke atau tunggu s4 ke...ermmm
*Jangan pandang orang luaran mewah belaka, tapi bagai di kata besar periuk besar le keraknya..jadi sekadar yang mampu...




Terdapat 5 funsi pintar baru dalam peranti pintar kali ini antaranya dimuatkan dengan fungsi Smart Stay, Direct Call, Smart Alert, Social Tag serta S Voice.

1. Dalam fungsi Smart Stay peranti ini boleh mengetahui pergerakan mata anda. Bermaksud jika mata anda melihat pada skrin cahaya pada skrin anda akan menyala dan bila mata anda tidak melihat pada skrin.. cahya pada skrin akan menjadi malap.

2. Sokongan fungsi Direct Call pula, pengguna tidak perlu mencari butang panggilan untuk membuat panggilan ketika sedang menggunakan sistem SMS malah hanya terus letakkan smartphone ke telinga anda dan smartphone tersebut secara automatik akan membuat panggilan untuk anda. Bagus betul, sesuai untuk saya yang malas type masej..

3. Smart Alert pulak berfungsi untuk mengingatkan pengguna jika pengguna tidak perasan ada masej atau sebaliknya. Jika anda meninggalkan smartphone anda seketika dan terdapat panggilan dan masej dan kembali semula ke smartphone anda, ia akan bergetar untuk membiarkan anda tahu bahawa anda telah mesej yang menunggu, tanpa anda walaupun mempunyai menghidupkan skrin.

4. Fungsi Smart Tag yang paling saya minat. Hanya klik pada gambar kawan anda dan memasukkan butiran kenalan mereka pada telefon anda. Apa yang anda lakukan kemudian klik pada mereka, dan tekan butang yang berkaitan.

5. Fungsi S Voice membolehkan pengguna memberi arahan suara kepada smartphone untuk membuat suatu pilihan menu tanpa perlu mencarinya. Sebagai contoh untuk update status Facebook.. arghhh makin memalaskan saya la gamaknya.








P/S: Jaga elok2 pakai elok2 cermat2 ye Kak..hehehehe...



Sunday, April 14, 2013

DULU KERAS, SEKARANG MENGERAS.?

BY Sis Lin IN , 7 comments

Assalamualaikum wbt..

Apablia Suami Isteri Sudah Meningkat Umur 

1. Dulu, kalau nak membaca, dari jauh pun boleh baca.
Sekarang dekat-dekat tak nampak. Kena jauh-jauh sikit.


2. Dulu, masa tidur menghadap muka rapat-rapat. 
Sekarang berlaga punggung sahaja. Itu pun dah kira rapat sangat.


4. Dulu, pakai baju mesti sama-sama warna, sama design, sama brand,sedondon. Macam boria pun ada.
Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai cukuplah.


4. Dulu, hebat .... sebulan sampai 12 kali...
Sekarang, kalau dapat 12 bulan sekali pun, kira bersyukur la tu ...


5. Dulu, menunggu pun dah keras ....
Sekarang, menunggu bila dia nak keras ...


6. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh bukak, jangan pakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur berkemban pun kena suruh buka juga ... 
"Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke ...?"

Baca dan diam2! Sumber dari Pakar Diari Hati..



Hahahaha ini wajah lakaran TUA aku tahun 2045..adeii still maintain cute kannn...
Gelak le kowang,hahahahaha...




P/S: Tua mengejar kita, jangan leka dengan urusan dunia..*peringatan buat diri sendiri..


Saturday, April 13, 2013

CARA MENADAH TANGAN DAN BERDOA DENGAN BETUL

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.



CARA MENADAH TANGAN/BERDOA YANG BETUL

Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara menadah tangan dilakukan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan ALLAH SWT adalah lambang kesungguhan kita terhadap Sang Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan ALLAH SWT termasuk 99 Nama ALLAH.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan mementuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf “Ba”. Titik “Ba” terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf Hijaiah di dalam Al-Qur’an, ALLAH SWT perintahkan satu Malaikat menjaganya. Maka Malaikat yang menjaga huruf “Ba” bernama “Har Hayaail”. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap ALLAH SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan”.

Berikut adalah Panduan dan Tatacara Berdoa :

1. Angkat tangan ke paras dada. Rapatkan kedua-dua belah tangan.

2. “Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti Huruf  пе . (Ba)

3. Duduklah dalam keadaan Iftirasy dan duduk Tahayat Akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

4. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran ALLAH SWT dan menyebut nama-nama ALLAH yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.

5. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunakanlah bahasa yang baik kerana ALLAH SWT Maha Pengasih dan sangat memahai dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNYA.

Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga semenjak usia mereka masih kecil kerana insyaALLAH ia akan dapat membentuk peribadi yang baik dalam kehidupan mereka kelak…

Sumber : Ustaz Abdullah Mahmud





P/S: Mudah2an Allah makbulkan segala doa kita setiap hari..


Friday, April 12, 2013

APAM ICE CREAM CORNETTO

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualikum wbt...

Cute tak? comey kannn macam Kak Ton..muahahahaha..
Nak makan pun sayang rasanya, sangat2 comey dan cute gitu..tapi ini bukan aku yang buat, hehehe
Hurmm rajin bebeno le aku nak buat apam ni, menguji kesabaran okey, kalau setakat nak makan 3 orang tu, alahai, modal je dah berapa, baik le order aje haa amekkaw, 5o bijik baru rm35 hehehehe
Sebenarnya dah lama usha2 FB dia ni, dah berapa kali kuar masuk pages dia, tapi tak tertanya2 nak order, sebab takut dia area luar dari Johor, tapi bila dah tak boleh tahan nengok, dan tertanya, rupanya dia duduk Johor area Masai..rezki aku le tu..
So apalagi order le..kekekeke


Ok kalau kowang yang area Johor nak test dan order, boleh klik dan usha pages FB dia ye..






P/S: Tqvm Riena...sangat sedap dan lembut..


Thursday, April 11, 2013

TERDAPAT KOLAGEN DALAM KAKI AYAM

BY Sis Lin IN , 6 comments

Assalamualaikum wbt..

Kaki ayam bantu cegah reput tulang

New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. 
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis. 



Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.
Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.
“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu. 
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. - Agensi

INFO: Kaki ayam
- Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
- Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
- Kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen

Sumber artikel dari Berita Harian





P/S: Lepas ni pergi paso beli kaki ayam sekilo, buat masak sup, shedappp!



Wednesday, April 10, 2013

KERUTUP CARU RESPI MAT GEBU

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualailkum wbt..

Hari2 mau masak, hari2 mau fikir masak apa, sampai dah buntu tak tau nak masak apa, padahal lauk dalam peti ais tu penuh, apa nak semua ada, tapi kalau lauk ada, bahannya tak cukup pun jadi malasssss kann..ishhh penyakit malas ni memang susah betul kalau dah datang hinggap..huhuhuhu
Tapi kerana ngajin terlebih sejak beberapa harini, jadinyaa kelmarin aku belek2 blog dapur jiran nun di Sedenak tu Cik Mat Gebu, nak cari respi ikan caru, dan ternampak pulak respi kerutup udang tu, ermm kerana udang takde, yang ada ikan caru jadi belasah je la, janji nakkan respi tu je, bahan utama kita boleh godeh...heheheh ada aku kesah? :p
Okeylah, lauknya pun dah habis, tapi aku nak share juga kat sini..Kalau kowang nak cuba, kowang boleh test juga ye, memang sedap, enak dan tidak terlalu pedas, nak pedas tambah lada lebih...
*respi aku copy paste dari SINI



BAHAN-BAHANNYA :

1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

A...
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

B...
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

C...
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar

CARA MEMBUATNYA :


1. Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
2. Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
3. Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.
4. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka....
Sedapppp!!, tak caya luu boleh try sendiri beb!!!!





P/S: Kalau nak sedap makan panas2 dengan nasi panas,perghhh mantop!!!


Tuesday, April 09, 2013

KEPUTUSAN ABBPH 2012: TAHNIAH..!

BY Sis Lin IN , 2 comments

Assalamualaikum wbt...


Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2012.



Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH 2012
Shaheizy Sam


ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Aiman Hakim Ridza


ARTIS BARU WANITA POPULAR
Wawa Zainal


ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
Black & Malique


ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Zizan Razak


ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
Didie Alias


PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Shaheizy Sam


PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Yana Samsudin


PELAKON TV LELAKI POPULAR

Aaron Aziz

PELAKON TV WANITA POPULAR
Nabila Huda


PENGACARA TV LELAKI POPULAR
Aznil Nawawi


PENGACARA TV WANITA POPULAR
Fara Fauzana


PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
Faizal Ismail


PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Fara Fauzana


PENYANYI LELAKI POPULAR
Hafiz Suip


PENYANYI WANITA POPULAR
Shila Amzah


*Dalam banyak2 fesyen artis, fesyen Didie Elias lah yang paling mendapat perhatian dan meletop. Kowang jangan nak kutuk2, dia dapat anugerah pelakon komedi terbaik lagi, ko haderrrr??? :p


Cer tengokk..meletoppp kannnnnnn...chaiyokkk arr DD..






P/S: Hilang sekejap isu politik kat wall fb aku malam tadi..kuang3x.. ;p

Monday, April 08, 2013

TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT.

BY Sis Lin IN , 9 comments

Assalamualaikum wbt...

Semalam terbaca satu artikel di fb yang mengatakan 'Tiada kolagen Dalam Rumpai Laut'..ermmm ye ke? mestilah terkejut jugak sebab sebelum ni aku memang amalkan dan makan kolegen ni, sepanjang makan tu, banyak jugak rasa perubahan pada kulit dan selera makan, mula2 beli dulu lagi le mahal, tapi sekarang dah ramai yang jual dah murah, antara bagus dengan yang tidak je sebab katanya ada gred..ermmm tapi kalau lepas kowang baca artikel yang aku nak share ni, kowang fahamkanlah sendiri ye..bukan tak boleh makan atau bahaya, tapi TIADA KOLAGEN dalam rumpai laut...
Aku just sharing and caring, no komen banyak2..huhuhu

Artikel dipetik dari The Scret Medicines


Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu. 

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. 

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar. 

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat. 

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik? 

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan. 

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin). 

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda. 

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman. 

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar. 

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi. 

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur. 
Ingat Cantik, ingat vitamin C.

*Artikel telah dikemaskini.





P/S: Anda baca anda faham dan sendiri mau ingat..huhuhuhu

Sunday, April 07, 2013

SIMPLY SITI DERMAGIC

BY Sis Lin IN , 1 comment

Assalamualaikum wbt...

Memang sebelum ni tak pernah lagi cuba produk SS ni kecuali lipstick dia, bukannya apa, kalau nak mencuba sesuatu yang baru di muka ni, memang takut dan was2, sebab takut tak sesuai dan takut kesannya. Tapi sejak tengok iklan produk terbaru SS di tv, terus terpikat tengok botol dia, purpleeee koo...
Dan semalam waktu ke Jusco aku masuk Watson terus cari, sekali ternampak memang betul, cantik, giler color botol dia, produk yang lain2 pun ada juga purple tapi sungguh berkenan sangat botol Dermagic ni..hahahahaha
Tak tunggu lagi, harga pun tengah promosi, jadi terus aje membelinya dengan harga rm29.80...bukan nak pakai tapi nak simpan je buat koleksi botol..heheheheh



Dermagic Beauty Moisturiser
Comes with special formulation that contains Plant Endorphin which gives exhilarating effect and promotes stress-free skin from within to achieve Balanced Beauty. Stress-free skin is well hydrated, supple and soft. Its complexion looks fresh, radiant and relaxed.
With combination of Korean Plant Stem Cells Technology and Advanced Hydra-Collagen, this anti-aging & skin lightening cream not only can delay pre-mature aging but also gives you the flawless & youthful complexion. Start to see dramatic skin improvements in just 2 weeks!






P/S: Sapa mau krimnya? Aku nak botolnya ajerrr..hehehehhe


Saturday, April 06, 2013

I LOVE WHO I AM.

BY Sis Lin IN , , No comments

Assalamualaikum wbt...


Hey you !! Yes you. Stop being unhappy with yourself. You are perfect. Stop wishing you looked like someone else or wishing people liked you as much as they like someone else. Stop trying to get attention from those who hurt you. Stop hating your body, your face, your personality, your quirks. Love them. Without those things, you wouldnt be you & why would you want to be anyone else? Be confident with who you are, smile, it'll draw people in. If anyone haters on you because you are happy with yourself, told them my happiness will not depend on others anymore. I'm happy because I love who I am, I love my flaws, I love my imperfections, they make me, me. & 'me' is pretty amazing...








P/S: Anda bagaimana???...


Friday, April 05, 2013

YA ALLAH…ERATKAN PERSEFAHAMAN INI

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

YA ALLAH, 
JALINKANLAH HATI KAMI DALAM KASIH SAYANG,
DAN DAMAIKANLAH SELISIH FAHAM KAMI, 
DAN BIMBINGLAH KAMI KE JALAN KESEJAHTERAAN
SERTA BEBASKANLAH KAMI DARI KEGELAPAN KEPADA CAHAYA.

YA ALLAH,
JAUHILAH KEKEJIAN DARI KAMI BAIK YANG LAHIR MAUPUN YANG BATIN
DAN LIMPAHKANLAH KEPADA KAMI KEBERKATAN 
BAIK MENGENAI PENDENGARAN , 
PENGELIHATAN DAN HATI NURANI KAMI
DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI, 
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENERIMA TAUBAT.

YA ALLAH,
SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON KEPADAMU CINTAMU 
DAN CINTA ORANG-ORANG YANG MENCINTAIMU 
DAN AKU MEMOHON KEPADAMU PERBUATAN YANG DAPAT MENGANTARKANKU KEPADA CINTAMU. 

YA ALLAH,
JADIKANLAH CINTAMU LEBIH KUCINTAI DARIPADA DIRIKU DAN KELUARGAKU SERTA AIR DINGIN.

YA ALLAH!
JADIKAN CINTA KU DLM MENCINTAINYA DAN CINTANYA DLM MENCINTAIKU 
DAN SATUKAN CINTA KAMI DLM MENCINTAI-MU DAN DIATAS KECINTAAN-MU 
WAHAI TUHAN MAHA PENYAYANG DARIPADA YANG MENYAYANGI

YA ALLAH,
LAGI MAHA PENYAYANG, 
SERTA JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR ATAS NIKMATMU
SERTA SEMPURNAKANLAH KIRANYA KURNIA ITU BAGI KAMI

AMIN..AMIN..AMIN YA ALLAH!


*Di petik dari mutiara kata Datuk Dr Maznah Hamid..






P/S: Aamiinn...Sahabat Selamanya... :)



Thursday, April 04, 2013

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA -UKE-

BY Sis Lin IN , , 3 comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah, selesai sudah tamat membacanya, banyak sangat pengajaran dan kata2 yang dapat di amik beratkan dan dibuat peringatan buat diri sendiri juga dikongsi bersama kawan2 setelah membaca buku ini. Sangat2 tidak rasa rugi membelinya, kowang mesti beli dan dapatkannya dan baca juga fahamkan apa yang disampaikan.
Kata2 tulisan Ustaz Kazim Elias (UKE) ni sangat mudah untuk di faham, tidak berkias2 katanya, kalau ada pun pantun2 gurauan dan nasihat aje, kowang kan tau, kalau progaram Kalau Ada Jodoh tu pun UKE suka sangat menyanyi dan bergurau bersama penonton, haa macam tu juga lah kalau kowang baca bukunya..
Ilmu yang berguna, kita kongsi bersama.. :)
  


"Ujian itu hadir dlm keadaan yg tidak pernah terduga oleh kita. Tiba2 sahaja terjadi sehingga kita tertanya2..apakah hikmah disebalik ujian yg datang? Sukar untuk difikirkan dgn akal fikiran. Namun disebalik ujian itu, barulah kita faham ada perkara yg ingin disampaikan NYA.Ada pelajaran yg sgt berharga menanti kita. Subhanallah..rupa2nya ia sgt manis setelah semuanya berlalu..." -UKE-







P/S: Mood membaca mula datang..hehehe alhamdulilah..


Wednesday, April 03, 2013

"ISTERI SAYA TIDAK BEKERJA".

BY Sis Lin IN , 5 comments

Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah Soalan dan Jawapan antara Suami (S) dan Pakar Psikologi (P):

P: Apa yang anda lakukan untuk hidup Encik?
S: Saya bekerja sebagai Akauntan di Bank.

P: Isteri Anda?
S: Beliau tidak berkerja. Beliau adalah Suri rumah sahaja.

P: Siapa yang membuat sarapan pagi untuk keluarga anda pada waktu pagi?
S: Isteri saya, kerana dia tidak bekerja.

P: Pada apa masa isteri anda bangun untuk membuat sarapan?
S: Dia bangun pada kira-kira 05:00 pertama kerana dia membersihkan rumah sebelum membuat sarapan.

P: Bagaimana anak-anak anda pergi ke sekolah?
S: Isteri saya membawa mereka ke sekolah, kerana dia tidak bekerja.

P: Selepas mengantarl anak-anak ke sekolah, apakah dia lakukan?
S: Dia pergi ke pasar, kemudian pulang untuk memasak dan pencucian pakaian. Anda tahukan dia tidak berkerja.

P: Pada waktu malam, selepas anda pulang dari pejabat, apa yang anda lakukan?
S: Berehat, kerana saya kepenatan kerja seharian.

P: Apakah isteri anda lakukan itu?
S: Dia menyediakan makanan, melayan anak-anak kami, menyediakan makanan untuk saya dan membersihkan pinggan mangkuk, membersihkan rumah kemudian menidurkan anak-anak.


Dari cerita di atas, yang manakah anda berfikir lebih berkerja??
Setiap hari isteri anda bermula dari awal pagi hingga lewat malam. Yang dipanggil 'TIDAK BEKERJA'?!

Hargailah isteri anda. Kerana pengorbanan mereka adalah tidak terkira nilainya. Ini harus menjadi peringatan dan renungan untuk semua bagi memahami dan menghargai setiap peranan orang lain. Memahami dan Menghargai antara satu sama lain akan membuat setiap orang berasa gembira.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:

"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."

Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.

*sharing copy paste dr fb..

*Saya bekerja sebagai PENGURUS RUMAH TANGGA...ko haderrr??? :p






P/S: Cubalah duduk rumah buat keje melayan anak dan keluar masuk urus anak sekolah, time tu baru sang suami mengeluh 'lebih baik duduk ofis' kikikikih....betul tak?


Tuesday, April 02, 2013

JOM SIHAT BERSAMA ALKALINE PLUS DRINKING WATER

BY Sis Lin IN , 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Saya sudah..Anda bila lagi? Walaupun baru hari ke-4 dan baru 4 botol minum 1 botol sebelum tidur, aku dah dapat kesannya dengan pembuangan angin yang sangat TERlampau, dasyat sungguh tindakbalasnya, itu tandanya mungkin badan aku ni banyak angin toksik, memang jarang sangat sendawa atau kentut kalau tak iya ya, tapi lepas dah minum air Alkaline ni, kentut tak henti2, bau? sikittt bauuu.. :p
Jangan nak gelak sangat ye membacanya, ini kenyataan bukan cobaan, atau bukan nak sesaja 'bodek kipas' ye, yang dah minum dan rasanya aje yang boleh nak update entry camni, jadi kowang nak kata apa, ada aku kesah! hahahahaha
Kalau tulis aje macam ni, kowang memang susah nak percaya kan, terpulang tapi aku dah mencuba, dan ramai juga telah mencubanya..termasuk Datin Rosmah Mansur juga mengamalkannya..hurmm tak caya sudahh...tak cuba mana nak tau...
**Oh ya, perlu diingat, lain orang lain tindakbalas dan kesannya ye, jadi kena yakin dan bersabar..

Mahal ke, murah ke, tapi kalau tak mendatangkan khasiat, buat apa? ya dakk? Biar mahal sikit tapi sihat selamanya. 
So sebelum kowang nak mencuba or nak test minum ke, kowang boleh baca keterangan lanjut di bawah ni, dan kalau berminat, nanti kowang call/whatsapp no yang aku bagi kat bawah tu ye.. :)




*gambar C&P dari Pages FB Alkaline Plus Drinking.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari website Future Alkaline 
Atau pertanyaan stokis or apa2 aje le, boleh cuba call/Whatsapp: Yana Mansor 012-226 1095






P/S: InsyaAllah, aku masih dalam proses percubaan, jika makin rasa sihat, aku nak jadi member plak, tak jual pun takpe, janji kesihatan untuk diri dan keluarga diutamakan..sekian..


Monday, April 01, 2013

01.04.2013: PENTING! SILA BACA

BY Sis Lin IN , , 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Yeee terima kasih kerana sudi klik view dan datang untuk membaca, takde apa pun yang nak gempak suruh baca cuma nak bagitau..
Nanti saya UPDATE ye...kekekekeke
Sekian Terima Kasih...


Haa yang ini kowang mesti baca dan buat, dah buat hantar kita sikit ye sebab haritu nak rasa dah licinn..huhuhuhu
Kowang klik SINI 






P/S: Mood update ke lauttt...alaaa tak update pun bukan kowang perasan pun hikhikhik....