MENU PERMINTAAN ANAK DAN SUAMI | Kalau koranglah kan sebagai seorang Emak atau Isteri, kalau anak dan Suami minta masakkan menunya, sampai tak hati korang kalau tak tunaikan? Mesti tak kan..sama jugalah dengan Sis. Kalau dah anak minta nak makan itu ini, Suami pun minta nak juga makan itu ini, rasa serba salah sepanjang hari kalau tak dapat masakkan untuk mereka. Kann betul kan?.
Lagi pula kalau ada anak yang duduk Politeknik balik ke rumah berhujung minggu, sesekali dia minta nak makan itu ini, kesianlah kan. Juga Suami, bila bekerja jauh, dan balik kerumah, minta pula nak makan itu ini, Isteri ni mesti nak masak dan siapkannya. Makan atau tidak, itu belakang kira, janji apa mereka minta, kita dah tunaikan.
Kebetulan haritu anak bujang balik, terus kata lama tak makan sotong hitam dan sayur labu. Menyampuk pula si kakaknya, katanya sedap juga kalau makan dengan sambal udang letak petai. Tibaa Ayahnya pulak kata, ikan pekasam ada lagi tak? Masak cili bawang sedap tu, lama tak makan. Makanya si Emak atau Isterinya ini, terus set dalam kepala otak, okay esok semua menu-menu tu siap sedia atas meja untuk anak dan Suami.
Taraaa maka siaplah menu permintaa anak dan Suami yang telah Sis tunaikan.
Alhamdulilah. Puashati dan lega hati dapat tunaikan permintaan mereka. Tidaklah terkilan jika anak pulang ke Politeknik, takdelah Sis rasa kesal. Syukur Ya Allah.
Anak Bujang - Sayur Labu dan Sotong masak hitam
Yana - Sambal udang petai
Suami - Ikan pekasam goreng masak cili bawang.
Emaknya ? - Makan semua di atas tapi tambah satu menu lagi Sambal Belacan with Tempoyak.
Perghh selera semua makan.
Suami balik malam tu pun makan sampai dua kali tambah nasi hehehe.
Tu belum kakaknya balik, mesti punya dia minta asam pedas ayam . Memang penuh satu meja kalau semua ada.
P/S: Kadang rindu anak-anak masa kecil, meriah makan semeja, sekarang.. sorang ada, sorang takde, susah nak kumpul semua. Perjalanan hidup kan? Terima aje dengan hati yang redha. :)
Untung suami & anak2 sis dapat makan sedap-sedap belaka. Kita yang tengok ni pun teringin hikhik...sambal tempoyak tu menggoda betul.
ردحذفAlhamdulilah Puan @Hazel, selagi terdaya, kita tunaikan permintaannya...
حذفSedapnya sambal udang petai tu!
ردحذفWaaa pandai juga ye makan petai @Nurul hehehehe
حذفsambal udang petai tu selalu buat sebab kegemaran sekeluarga. sotong masak hitam tu lama tak makan.sedap lahaii
ردحذفSila buat @Mar hehehehe...
حذفSedapnya semua lauk lauk tu, makan pulak ramai ramai memang seronok.
ردحذفKannn @Inani, makan ramai-ramai memang meriah..licin semua...
حذفnangess ain nengok lelama......tempoyak tuhhh..sodappppnyaa lahaii..
ردحذفHahahaha ko kan banyak durian @Farahain, apalagi, sila buat!
حذفLin, dulu aku salu tanya dgn sorg bff aku, knp eh kita dgn family tak sentiasa bersama. Alangkah baiknya kalau keluarga kita (mak, abah, adik beradik. . Mcm tuuuu aje. Takde yg membawa haluan masing2
ردحذفSoalan tu juga selalu bermain dalam fikiran kita Kak @Seri..huwaaa terus rasa nak nangis laaaa :(
حذف