Ini dapat difahami bahawa lisan itulah yang menjadi imam kepada seluruh anggota yang lain. Ditanya kepada Baginda Rasulullah saw oleh Saidina Muaz Bin Jabal radiallahu anhu iaitu, "Wahai Baginda, adakah setiap kalimah yang ditutur kami ini akan dihisab?'.
Jawab Baginda Rasulullah, "Kamu tidak tahukah wahai Muaz, akan dicampakkan muka (dalam riwayat yang lain,kepala) ahli neraka itu ke dalam neraka oleh kerana mulut mereka".
Bahkan di akhirat nanti yang pertama sekali dihukum adalah bahagian yang paling hampir dengan mulut, apakah itu? Ketahuilah, itu adalah muka.
Boleh sahaja Allah menghukum terlebih dahulu kaki ataupun badan dahulu, Namun mereka yang tidak benar-benar menjaga mulut ini, maka mukanya dahululah akan dicampakkan oleh Allah ke dalam neraka.
Namun yang demikian, Baginda Rasulullah juga memberi jaminan, dan ketahuilah inilah sebaik-baik jaminan daripada Baginda Rasulullah.
"Bagi sesiapa yang benar-benar menjaga anggota di antara dua bibirnya, dan juga menjaga anggota di antara kedua-duanya pahanya, maka aku jamin dia masuk ke dalam syurga".
Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri
P/S: Takutkan..kerana mulut badan binasa..Allahuakbar ..
Jaga bahasa, jaga percakapan sbb semuanya dr hati..
ReplyDeleteYer @Fiza, sama-sama kita ingat mengingati kan...
DeleteAllahuakbar.Takut sangat-sangat..lisan dan kemaluan yang dengan sangat mudah membinasakan manusia..Ya Allah..terimalah taubat setiap hamba-hamba-MU
ReplyDeleteInsyaAllah..aamiinn...sama-sama kita mencari redha ALlah ye @PC ...
DeleteTErima kasih atas perkongsian yang memuhasabahkan diri ni...
ReplyDeleteboleh ke blog saya https://semut-senyum.blogspot.com/
Sama-sama @Semut ... #SisSharing ...
Deletemasa sekolah dulu ustazah selalu bgtau, di SAna nnti, mulut kita akan diam tp semua anggota kita akan berbicara utk segala dosa n kesalahan yg dilakukan nya...
ReplyDeleteItu benar sekali @Norhidana...marilah kita sama-sama menjaga anggota badan kita ya...
Deletekadang2 kita alpa dan abaikan laranganNya...astaghfirullahal'azim
ReplyDeleteHuhuhu yee @Sunah, kita manusia yang tak sempurna...
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteInsyaAllah Tuan @Hanafi ..
Delete