AKU PERNAH KEMURUNGAN DI SEBABKAN ..

AKU PERNAH KEMURUNGAN DI SEBABKAN .. | Yaa Sis pernah kemurungan, kemurungan tahap kritikal hingga nak di bawa ke pakar psikoterapi untuk di rawat. Kalau di ingat-ingatkan semula waktu kemurungan itu, sangat menakutkan, sebab pernah cuba untuk mencederakan diri sendiri, pernah rasa nak lari jauh-jauh, juga pernah rasa taknak hidup lagi. Memang serius.

Kenapa? Pertamanya selepas Sis berpindah dari rumah lama (bukit Indah) ke rumah baru (sekarang ni), masa duduk di rumah lama sana, Sis ramai kawan, boleh di katakan dari pagi hingga ke malam berjumpa kawan, sebabnya kami semua menghantar anak di sekolah yang sama, kemudian di sekolah meyembang sambil menunggu anak keluar.

Kadang keluar beramai-ramai, ada masa mereka datang kerumah lepak sambil menunggu, atau pergi pula rumah kawan yang lain, memang meriah hidup Sis dulu bersama kawan-kawan. Setelah itu Suami beli rumah sini (Pasir Gudang) dan selepas seminggu duduk di sini, Sis terus jadi bukan diri Sis sebenarnya. Rasa tiba-tiba semuanya hilang sekelip mata.

Tercari-cari gelak ketawa kawan-kawan, ada masa macam Sis gelak sendiri, membayangkan kawan-kawan datang menjenguk Sis dirumah. Blog pun Sis tinggalkan hampir setahun lebih tak aktif, mood takde nak bukak blog, idea kosong dan blur.

Suami sibuk kerja, Sis pula anak-anak semua belajar Universiti ketika itu, tinggal bersama anak bujang sahaja, pergi sekolah pagi, balik petang, dan Sis seorang di rumah sampai tak tau apa nak buat. Belum mengenali jiran semua. Hidup rasa seperti kehilangan. Menangis, termenung, makan minum semua entah kemana. Tapi kerja rumah tetap di siapkan cuma selalu ada je tak kena Sis buat yang Suami jadi pemarah juga. Bertambah stress Sis.


Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu. Puncanya bermula, pada hari minggu Suami kena kerja, maka tinggal Sis seorang diri, anak sekolah, tiba-tiba Sis datang marah yang tanpa di kawal, Sis menjerit depan Suami dan bermacam-macam ayat keluar melepaskan dan meluahkan perasaan, sampaikan Suami terdiam terduduk sebentar. Suami sabarkan Sis, suruh beristighfar dan ingat Allah tapi Sis dah macam 'orang gila' katanya, tak tau apa yang Sis cakap dan buat (termasuk cubaan nak mencederakan diri).

Menangislah Sis masa tu kata Suami, sekuat-kuatnya, rasa jiran sebelah pun dengar. Suami peluk dan biarkan Sis menangis sepuas-puasnya. Ketika tu memang segala apa yang Sis pendam, yang Sis simpan, semuanya Sis keluarkan. Tapi Sis tak tau dan tak ingat apa Sis cakap, Suami ajalah yang tau, tu pun kalau dia masih ingat.

Lepas kejadian itu, kata Suami Sis tidur hampir seharian, dari tengah hari membawa ke Maghrib. Badan lemah dan tidak bermaya. Dan kata Suami ada sekali Sis tersedar dan Sis muntah-muntah. Lepas tu sambung balik tidur.

Hampir seminggu juga Sis amik masa, nak bercakap, nak senyum dan juga ketawa macam biasa, kalau tak memang duduk bilik diam dan tak bercakap pun. Sampai Suami cuti tak bekerja, hantar anak sekolah pun Suami heret Sis ikut sekali, dia takut nak tinggalkan Sis sorang-sorang di rumah.

Selepas itu, hari makin hari, setelah masuk dalam group setaman, barulah Sis rasa riuh sedikit hidup ni, Sis ikut aktiviti semua termasuk pergi Zumba, Fardhu Ain, mengaji dan lain-lain aktiviti setaman. Maka dah ada lah Sis kawan di sini, dan Sis mulalah berkawan, keluar minum, lepak rumah mereka ataupun masak-masak di rumah Sis.

Tapi...kemurungan itu bukan sekali tu aje...kali kedua Sis kena juga kemurungan tu, sebabnya..

Yang ini tunggu tiba masanya nanti Sis akan cerita...Jadi bagi mereka yang kemurungan, Sis memang faham kenapa kemurungan tu sampai boleh membunuh diri. Sebab itu sekarang, Sis sibukkan diri Sis, pergi sana sini event walaupun orang kata pergi event 'free' sekalipun, janji Sis keluar, berjumpa kawan, gelak, dan kemudian balik rumah Sis bawa kegembiraan bukan duduk rumah penuh kesedihan seorang diri.

Orang kata, jangan terlalu banyak fikir, nanti sedihlah, nanti murung, nanti jadi marah..tapi...kalau tak fikir, takkan selesai semua masaalah..orang boleh kata sebab mereka tak merasainya, cuba nanti Allah bagi rasa, baru tau, betapa sedih dan sakitnya hati sampai jadi kemurungan.

Dan biasanya, orang yang sakiti hati orang lain, takkan merasa sakit, tapi orang yang di sakiti itu akan rasa sangat sakit, kalau boleh nak toreh-toreh muka orang yang lalu depan kita.

Mungkin lain orang lain perasaannya. Hidup Sis tak pernah rasa kosong, dulu penuh dengan warna-warni pelangi, tapi bila dah duduk sini, warna pelangi tu hilang, dan di tambah lagi 'warna hitam' yang menganggu dalam hidup, memang hati penuh rasa dendam dan ketidak kepuasan dalam diri.

Tidak mengapa, Allah itu Ada, sekarang kalau rasa sedih, murung, sepi, Sis cuba kawal diri, kalau boleh taknak menangis, sebab bila menangis, jadi lupa semuanya...akan jadi tak terkawal semuanya.

Sis nak pesan apa-apa pun tak tau, sebab diri ini masih ada rasa kemurungan. Cuma boleh pesan, korang jagalah diri dan jangan buat orang lain curi kegembiraan kita..

Sebab itu Sis takut akan kesepian di dunia...

Sekian dulu..
#SisSharing ..


P/S: Penyakit kemurungan telah dikenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini.

16 comments:

  1. Hanya yang mengalami sahaja yang tahukan Sis.jadi bila kita dengar atau lihat situasi orang lain jangan mudah-mudahnya buat kesimpulan begitu begini..kerana setiap orang ada masalah masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa @PC, kadang ada yang kata mengada-ngada dan katanya tak ingat Tuhan, tapi tu laaa, biarlah apa orang nak kata, mereka tak alaminya, so biar mereka kata..

      Delete
  2. aduhai kak, sedihnya dana baca, baca sambil menyelami hati perasaan akak yang mengalaminya... moga akak terus ceria, moga akak terus happy ye...
    Harapnya selalunya SUnah datang neman akak ya...

    Lain orang lain masalahnya kan kak, mungkin akak dah biasa riuh rendah, ceria tiba2 hilang semua tu, itu yang terasa sangat kan. Kalau macam dana ni, duk berdua dengan aiyan je memang kerjanya tidur makan jelah, dah hari2 pergi kerja bila cuti memang rasa nak membuta je.

    moga kehadiran kami dalam blog ni mengubat masalah kemurungan akak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Norhidana, sentiada datang memberi komen positif..memang sejak aktif menulis blog, jumpa kawan-kawan, hati ini hilang kesunyian, cuma bila di rumah sepi tu memang tak lari..

      Betul, lain orang tak sama masaalahnya. Nampak muka ada senyum, tapi hati, hanya Allah yang tau..

      Delete
  3. Moga diberi kekuatan setiap waktu.. Setiap perkara inshaAllah ada jalannya.. Selagi boleh elak, elakkan lah perkara yang boleh menyentuh kembali perkara-perkara negatif tu.. Jaga diri ya puan.. Bagus cuba penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang kita suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, makaseh @Orchid...sekarang memang kawal diri supaya kalau boleh taknak menangis, sebab bila menangis, semua benda akan jadi tak terkawal...

      Delete
  4. kalau ada masalah cari kawan berkongsi luahkan. jangan dipendam.. sekurang2 luah apa terbuku dihati. ada juga seorang kenalan rapat dalam situasi macam ni.. take care dan banyak rehat. insyallah things will be fine <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa @Siti, ada masa memang bercerita juga pada kawan, tapi itulah, kawan yang nak simpan rahsia dan aib kita bukan senang di cari...

      Delete
  5. memang agak sunyi bila sorang². Faham sangat sebab sedang mengalaminya juga sekarang. Sebab tu lebih suka menyibukkan diri buat something yang kita suka. Bila termenung memang akan menyentap jiwa dan raga, mulalah fikir perkara-perkara negative tu. Harap sangat diri sendiri kuat untuk teruskan hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Azhafizah..i feel u too..
      Sebab itu Sis sibukkan diri Sis aje..apa orang nak kata biar, kita yang rasa dan kita yang hadapnya...

      Delete
  6. Zumal yang tinggal sorang2 ni selalu jadi murung bila datang masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, begitu juga perasaan Sis selalu bila keseorangan @Zumal, tapi cuba untuk kawal diri...

      Delete
  7. kesiannya akak. sampai tahap macamtu sekali ye. semoga kuat ya. think positif selalu dan kalau bosan meh gosip dengan ena.hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa @Ena, sekarang sebab tu takut kalau kesepian, macam-macam fikir walaupun cuba elak untuk fikir...tapi cuba kawal...

      Delete
  8. bahaya juga ye....semoga sis teruskan berzikir dan beristigfar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ammi @Sheila, kena kawal diri, tapi bagi mereka yang pernah alaminya, mesti dapat rasa betapa sukarnya ketika itu...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.