SALAM JUMAAT. DAH SELESAI BACA SURAH AL-KAHFI?

SALAM JUMAAT. DAH SELESAI BACA SURAH AL-KAHFI? | Jom kita baca surah al-Kahfi, tak sampai pun 30 minit kita baca. Klu rasa panjang 110 ayat tu, bahagikanlah kepada beberapa bahagian. Contoh: Sebelum tidur baca 1/3, lepas Subuh 1/3 dan 1/3 lagi sebelum solat Jumaat.

Nak seribu daya, taknak diam-diam sudah. Anda buat anda dapat.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)

Kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab.

Justeru, mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan.

Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.

Pertama:Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)

Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.

Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.



Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?

Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.

Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.

Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.

Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.

Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.

Berikut cara yang boleh dilakukan agar dapat hafal surah Al Kahfi dengan lebih mudah.

1. Niat jelas – kita baca dan hafal surah ni kerana Allah agar terpelihara dari fitnah dajal.

2. Jangan mulakan dengan menghafal, tetapi mulakanlah dengan membaca terlebih dahulu. Baca dengan tajwid yang betul, lama kelamaan akan memudahkan hafalan.

3. Cuba lazimi surah itu setiap ketika. Terutama pada malam jumaat untuk baca al-Kahfi. Bila bibir selalu sebut perkataan-perkataan dalam tu, ia akan memudahkan.

4. Dengarkan rakaman sebelum tidur, ke tempat kerja, atau masa lapang. Dan perlahan-lahan cuba ikut.

Moga bermanfaat.
#SisSharing


P/S: Selamat bercuti panjang (Deepavali) ya semua. Mulai harini sampai Selasa depan kan?..enjoy!

4 comments:

  1. ada bacaaa tapi dua minggu ni xdan habis T.T
    adoiii kalau kasi alasan sibuk mesti berdossaaaa kan.. akan ku cuba nak baca sampai habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe @Siti, Sis pun kadang ada gak miss untuk diri sendiri, biasa baca malam Jumaat tu la supaya tak lupa nak habiskan. Kalau tunggu esoknya nak habiskan, memang terlepas laa sampai dah masuk Zuhur...

      Delete
  2. Semoga dijadikan amalan setiap kali jumaat tiba dan moga amalan kita diberkati dan diterima Allah. Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. INsyaLAlah @Azhafizah, mudah-mudahan kita istiqomah ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.