TEBUS E-VOUCHER #SAYANGIMALAYSIAKU RM62 DI SDS BAKERY & CAFE

TEBUS E-VOUCHER #SAYANGIMALAYSIAKU RM62 DI SDS BAKERY & CAFE | Alhamdulilah tak sangka terpilih dalam pertandingan Makan, Selfie dan Menang sempena SDS Merdeka Special Menu bulan Ogos lalu. Masa tu Sis datang hanya untuk food review Merdeka Special Menu beserta dengan Autumn Mooncake di SDS Bakery & Cafe di Johor Jaya.

Dan sempena Merdeka Special Menu tu mereka adakan contest, tapi setelah seminggu macamtu baru Sis masuk contestnya. Masuk pun sesuka aja, sebab nengok gambar kami cantik hahahaha. Dan tak sangka pulak gambar Sis terpilih hehehe.

Gambar contest tu Sis bersama Sunah bergambar bersama dengan Merdeka Special Menu tu dan kami post di Facebook Sis beserta dengan hashtag yang di beri. Ikutlah kreativiti memasing. Dan Sis sedia maklum hadiahnya berupa cash baucer RM62 makan di SDS Bakery & Cafe di semua cawangan.

Tak sangka menang. Itu namanya rezeki hehehehe. Makanya Sis mengajaklah geng bergambar Sis,Sunah sekali untuk meraikannya bersama Sis. Nasib baik sempat, ngam-ngam kami pergi due date tu 13/10/2019 hehehe.

[Baca Juga] : SDS Merdeka Special Menu

Nak tau apa kitaorang tebus dan makan? hahahaha bak kata Sunah, 'Kita makan yang mahal-mahal' hahahaha..



Yaaa taraaa, kami makan yang harganya agak mahal dalam menunya hahaha. Dek sebab nak perabiskan baucer RM62 tu laa makanya kami order yang mahal. Sunah makan Lamb Chop. Sis rekemen dia suruh makan, kami berdua memang hantu kambing, tapi sebab Sis dah pernah makan, Sis suruh Sunah aje yang order.

Sis makan Macaroni Baked Cheese with Salmon (Gitu kot namanya), sebab lapar dari pagi tak makan lagi, so Sis makan berat sikit yang ada cheese ko hahahaha. Sunah pulak sebelum sampai rumah Sis haritu, dia baru je lepas pergi food review Lemon Tree, so dia masih dalam kekeyangan hahahaha.



Sebelum menu kami sampai, ada gak Sis order Mushroom Soup buat geli-geli tekak. Memang tiap kali ke SDS mesti Sis order Mushroom Soup, suka sebab sedap rasa Mushroom Soup dia, ada sekali dia sertakan roti garlic.

SDS ni adalah salah satu tempat makan Sis dan Suami suka lepak makan. Menu dia semua sedap, paling Sis suka Mee Goreng Mamak dia hahahah Suami memang dah tau kesukaan Sis di situ, siap orderkan dulu kalau Sis masuk tandas hehehe. Tapi SDS Bakery & Cafe ini hanya ada di Johor sahaja. Tak taulah kalau akan datang akan ada di negeri-negeri lain. Tunggu dan lihat.

Sekarang dah mudah nak claim point, hanya donlod aje apps SDS dan kalau korang member SDS, hanya tunjuk aje apps tu, scan barcode then dah boleh claim/redeem baucernya. Senang dan cepat!

Sebelum ni guna kad member aje, tapi sekarang dah ada apps. Tentunyalah Sis ko dah donlod dan gunakannya sebab Sis adalah member SDS hehehehe. Ni tak lama lagi birthday, dapatlah diskaun 50% birthday membership, juga tiap 15hb adalah hari membership, makan dapat 50% juga wehuuuu...berbaloi kan...benda baik, eloklah kita share, tak gitu...jomm siapa nak teman makan, ayuh!!

Facebook SDS Bakery & Cafe 
Terima kasih SDS!! 💓


P/S: Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, berat naik lagi hehehehe.

8 comments:

  1. Hahaha macehhhh Sis Lin ajak gemok sama-sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha macam biasa, kita kan Gemuk Sama-sama @Sunah hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulilah, kenyang sampai esoknya @Wak hehehee

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehehe makan SDS holloween menu Kak @Seri hahahaha seremm nak makan hahahaha

      Delete
  4. untunlah kalau selalu makan dan dapat redeem voucher tu kak. banyak jugak nilainya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheeh iyerr alhamdulilah, makan sepuasnya gitu @Azhafizah hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.