RESEPI ASAM REBUS NANAS YANG MUDAH DAN SEDAP

RESEPI ASAM REBUS NANAS YANG MUDAH DAN SEDAP | Kalau arwah Atuk Sis selalu kata, perempuan kalau tak pandai masak singgang dan asam rebus, memang tak berlaki laa sampai ke-tua, haa gitulah Atuk selalu kata, dan dengan itu, waktu sekolah rendah lagi, Sis ko dah di ajar masak singgang dan juga asam rebus ni. Bukan takut tak kawin tapi kena paksa masak hahaha.

Tapi, ada hikmahnya juga, sebab menu inilah paling mudah dan sedap resepinya. Lagi-lagi kalau badan tak sihat atau tekak taknak makan lauk lain, makanya lauk singgang atau asam rebus ajelah yang laku kalau di masak. Betul tak?

Dan baru-baru ni anak Sis, Kakak minta masakkan lauk asam rebus nanas ni, kebetulan lama juga tak masaknya. Dan kebetulan juga Suami ada belikan ikan kembung besar, so menjadilah menu asam rebus nanasnya. Nanas tu beli kat kedai belakang rumah. Manis pulak tu.


Menu asam rebus nanas ni banyak resepinya kalau di google nak di ikut cara masaknya, tapi kalau Sis tetap dengan resepi dari blog Mat Gebu www.tiffinbiru.com tu. Tak tau kenapa, dari mula masak asam rebus nanas, memang ikut betul resepinya, memang sedap!

Cuma bezanya ikannya aje, terpulanglah korang nak guna ikan apa. Ayam? Haaa ada ke orang buat resepi asam rebus ayam oii!! Ko jangan memacam, nanti tak jadi, ko salahkan pulak empunya resepi, dah elok-elok kata ikan, ko tukar ke ayam, reti baca ke tak reti???...


Korang kalau nak cuba, silalah... pasti menjadi dan sedap. Cuma kalau Mat Gebu guna daun kunyit, Sis pula ikut cara Atuk, guna daun kesum, pun boleh juga, ikut selera memasing.

Meh sini Sis kongsikan resepinya ya.

Resepi Asam Rebus Nanas Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahannya :

3 ekor ikan kembong saiz sederhana, potong ikut besar ikan, cuci bersih dan toskan
1/2 biji nenas, kupas dan hiris kasar
1/2 inci halia, dititik (optional)
Segenggam Daun kesum
1 keping asam gelugor (ikut masam memasing)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan di kisar halus: 

3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasaknya: 

Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama asam gelugor dan halia titik (jika guna).
Masak hingga mendidih dan tambah nenas, kacau rata dan masak sekejap.
Masukkan ikan, dan daun kesum.
Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
Masak hingga nenas lembut dan ikan masak.
Tutup api dan hidangkan.

Resepi asal: https://www.tiffinbiru.com/2012/10/asam-rebus-nenasmencuci-tekak.html

Selamat mencuba.


P/S: Nengok gambar terus jadi lapar pulak, makin di panaskan kuahnya, makin sedap rasa asamnya, perghhh...

18 comments:

  1. senang dan pantas jer masaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Emarieys senang dan mudah, sedap pun yer hehehe

      Delete
  2. Seriuslah tak bleh kahwin.. I tak pandai masak singgang tau, hahaha. Dpt plak pak inche yg tak mkn lauk singgang, lagilah tak nak bljr. Tapi asam rebus akk pandai, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kak @Seri, arwah Atuk laa selalu cakap macamtu, tak tau masak singgang dan asam rebus, tak boleh kawin, baginya menu ni paling senang hehehehe

      Delete
  3. weiii kenapaaaa....hahahahha! sila tengok entri kul 8 malam ni...bahahahhahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah dah nengok, cuma belum nak komen, kejap lagi Sis komen @Sunah..hahahaha

      Delete
  4. PC pun guna daun kesum Sis masak asam rebus..hehehe..sedap ni hirup kuahnya...masak nasi lembik sikit..aduiii..berpeluh dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @PC, lagi panaskan, lagi tambah sedap gitu....

      Delete
  5. Nasib baik baru lepas makan
    Taklah terliur sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha @Wak, nanti ada nanas boleh masak asam rebus ya...

      Delete
  6. sedapnyaaa! kaella nenas tak pernah masak dengan ikan, lepasni kena try resepi ni

    ReplyDelete
  7. Memang sedap resepi singgang ni. Betul3x... Bila tekak rasa nak mual2, lauk ni yg menjadi favourite..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Leya, hirup kuahnya pepanas, memang datang seleranya..

      Delete
  8. Ya Allah... paling suka makan asam rebus, kangkung goreng dengan sambal belacan. Lama dah tak makan. aduhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe apalagi @Auni, silalah memasak hehehehe

      Delete
  9. Senang je resepinya...boleh la cuba buat nanti...SA suka je cuba cara org lain masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa senang resepinyaa @Suria, memang selalu follow resepi Mat Gebu aje senang...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.