RESEPI KEK BATIK YANG SENANG DAN SEDAP

RESEPI KEK BATIK YANG SENANG DAN SEDAP | Hai korang, sedang buat apa tu? Dah makan tengah hari ke tu? Harini Sis dah sesiap masak awal-awal pagi, sebabnya harini ada event di luar, kemudian ada janji nak jumpa kawan lepak-lepak sambil minum kopi, jadi lega otak bila keluar kerja rumah dah siap.

Bukannya apa, takut anak Sis,Yana balik awal kang, cari makan, so dah siap masak senanglah sikit. Balik tak payah fikir dah. Okaylah untuk harini Sis nak kongsi Resepi Kek Batik Yang Senang Dan Sedap nak buat.

Sebenarnya Kek Batik ni anak Sis,Yana yang membuatnya, dia memang suka makan Kek Batik ni. Dan dia jugalah yang rajin nak membuatnya, Sis hanya belikan dia barang-barang yang dia suruh beli je. Tau-tau dah siap, Sis makan hehehe.

Pernah tanya dia, dia ikut resepi sapa, dia kata resepi Cik Epal. Dari dulu sampai sekarang, memang dia ikut resepi Kek Batik Cik Epal tu. So kali ni Sis nak kongsikan di blog Sis pulak. Rasanya memang takde lagi kot resepi Kek Batik dalam blog Sis ni. Kalau ada pun gambar dah hilang gara-gara delete pic google dulu.

So jom kita tengok Resepi Kek Batik Yang Senang Dan Sedap ni ya.



Bahan-bahannya : 

- 1 Paket Milo yang paling kecik
- 1 paket biskut Marie. Patah-patahkan 2 atau 4 bahagian.
- 1 ketul butter saiz kecik 250gm.
- 1 tin susu pekat. Yang ini ikutlah kemanisan korang. Kalau anak Sis letak dalam 1/2 tin aje.

Cara Membuatnya : 

- Masukkan butter, Milo dan susu ke dalam periuk. Dan kacau sentiasa. Kalau tak kang jadi hangit milo tu. Kacau sampai tak berketul-ketul.
- Kemudian tutup api.

Step seterusnya ni ikut memasing punya gaya. Ada orang masuk biskut marie tu ke dalam periuk dan gaul sampai sebati, kemudian masuk dalam loyang terus. Dan ada juga kalau terlebih rajin macam anak Sis ni, dia susun biskut marie tu, kemudian lapis-lapiskan dengan adunan milo tadi, jadi nanti nampak cantiklah bila potong Kek Batik tu.

So ikutlah memasing punya rajin ye. Nak senang tuang aje.


Setelah siap masuk loyang, korang mampat-mampatkan di atasnya dengan sudu, kemudian masuk dalam peti ais. Ada orang siap buat toping bagai. Di letaknya serbuk milo lagi atasnya. Tu pun ikutlah tekak memasing. Ko yang nak makannya kan hehehe.

Lagi satu nak pesan, sebelum nak tuang ke dalam loyang tu, korang letak le kertas pembakar ke, aluminium foil ke, atau plastik dulu, kang ada melekat kat loyang tu, habis bercalar-calar dek pisau sebab ko nak memotongnya, aje Emak ko membebel 44 hari tak sudah hahahaa. Jangan sesekali guna tupperware Emak ko kalau takut akan meninggalkan kesan pisau memotong hahahaha..


Kalau buat malam, esok pagi ko dah boleh makan. Kalau buat pagi, petang ke malam ke dah boleh makan. Tapi biasa 1 jam masuk dalam peti ais dah boleh makan dah. Sekali makan, harap beringat hahaha takut makan-makan lupa nak stop ya..macam anak Sis, eeee...

Jenis Sis tak berapa suka Kek Batik ni, milo melekit dia tu macam caramel memang Sis tak berapa gemar, nak gigit je, melekat semua kat gigi, tu yang malas nak makan hahahahaha..

Apa-apa pun, korang yang belum pernah cuba, boleh cuba, kalau dah biasa cuba, diam sudahlah..
Okaylah, selamat menjamu selera..Jumpa nanti ya.


P/S: Nak cari kopi, harini kan Rabu, so apalagi mcCafe Latte laa.. hehehe, jom kita!!

24 comments:

  1. kek batik ni dari zaman kita sekolah dulu, kan. Akk pun tak berapa gemar, ntah kenapa Iman plak suka sgt kek batik ni, jadi adalah sekali dua buat utk Iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak @Seri, dulu masa Mak Sedara rajin buat, bermacam deko atas tu dia letak...Lin pulak tak berapa suka, jadi dia paksa suruh makan hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Nampak gaya kenalah buat ya Mama @Tisya ..

      Delete
  3. sedap, dana suka resepi yang guna bahan simple macamni je kak, sebab mudah nk buatnya dan comfirm sedap, kalau resepi dia ada banyak... nk cuba buat takut tak jadi sedap hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Norhidana, biasa yang simple kalau kena gaya masak dan buatnya, itulah paling sedap...kalau bahan pun susah, makanya memang malas le nak buat..

      Delete
  4. Replies
    1. Bukan nampak je, makan pun sedap @Wak..hehehe

      Delete
  5. alahai sis.. dah lama anak request nak buat kek batik ni.. ibunya saje yg xde masa nak buat... cuti sekolah nanti boleh la buat.. kesian pulak budak2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee kan @Dilah, kalau kat rumah ni, Yana lee yang paling suka buat..nanti Kakak dan Adiknya balik tukang perabis hehehe

      Delete
  6. Sedap..PC suka..kalau ada rezeki lebih kadang PC campur dengan badam..tak pun kacan tanah.kihkihkih..ikut tekak.ikut poket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @PC, lain-lain tambahan ikut selera memasing hehehe

      Delete
  7. sedap nya kek batik! yana, nak order!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha marilah sini Johor @Nik, makan free je Yana bagi hahahah

      Delete

  8. sedapnya kek batik. anak dara pandai buat. teringin la pulak tengok kek batik sis nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kalau teringin kena buat tu Ibu @Lala...

      Delete
  9. Sedap tu makan kek batik. Lama tak membatik. kena tunggu kerajinan baru buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa makan tak henti @Azhafizah...anak kalau buat dia saje laa yang perabiskannya..

      Delete
  10. anak kita si kakak tu memang suka kek batik..uminya je malas nak buat...hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi kena buatlah lepas ni, sian dak Naura hahahaha

      Delete
  11. dari sehari ke sehari anak dara ammi ajak buat kek batik ni..tp amminya malaslah nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe silalah buat Ammi @Sheila, biar anak dara tu buat, Ammi guide je hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.