PERMAINAN TRADISIONAL - BATU SEREMBAN

PERMAINAN TRADISIONAL - BATU SEREMBAN | Siapa sini zaman kanak-kanaknya ada dan pernah bermain batu seremban ni? Yaa kamu memang kanak-kanak hahaha. Sis dulu boleh di katakan 'jaguh' dalam bertanding dengan kawan-kawan sekampung ataupun dengan adik beradik bab main batu seremban ni. Tak pernahnya kalah kalau main, balik-balik Sis ko je jalan terus, sampaikan adik Sis dulu menendang-nendang marah sebab tiba turn dia, asyiklah 'mati' ๐Ÿ˜… .

Dan sampai sekarang pun, Sis masih boleh main lagi batu seremban ni sampai batu 10, bukan 7 aje hahaha. Korang macam mana pulak? Masih ingat main batu seremban ni? Jangan salah sebut, Seremban, bukan Seremban Negeri Sembilan, ejaan sama, tapi sebutannya lain.

Jom kita kenali apa itu permainan tradisional Batu Sremban ini.


Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Cara Bermain :

Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.

Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Haa ada yang sedang memikir-mikirkan nak bermain batu seremban ni?
Apalagi pi cari 'biji buahnya' dulu kemudian baru bermain ya..

Selamat mencuba.


P/S: Sis ada koleksinya, siapa nak lawan dengan Sis, mai lerr..hehehehe..

14 comments:

  1. Permainan tradisional yang dah semakin dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Wak, rasanya kalau bagi kat anak muda sekarang, mesti mereka tak pandai main ni..

      Delete
  2. hebatlah kak! Tak leh lawan akak ni. gerenti kalah. kita biasa-biasa je tak hebat. batu seremban zaman sekarang guna uncang yang cantik dan comel. dulu dulu kutip batu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ingatan bermain tu masih ingat @Azhafizah, tapi sekarang, nak lawan sapanya aje, semua tak pandai main hahahaha

      Delete
  3. wahhh teror lah akak, dana dh lama sangat tak main, rasanya dah lupe dah macamne hhahhahaha... tp kalau ada geng main best jugak... dana suka pakai batu, best gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teror tu idokk, tapi bolehlah, masih lagi ingat kalau di ajak bermain tu @Norhidana..

      Delete
  4. dulu kita main pakai batu kecik2 yek..budak sekarang pakai kain punjut ni...feel dia kuranglah sikit. Ammi dulu tengah nak periksa SPM pun sibuk main batu Sremban ni dlm bilik dgn kawan..mama ammi beriya bawakkan air kononnya utk anak2 yg blajar rupanya anak2 tgh sibuk buat kerja lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul Ammi @Sheila, dulu-dulu, batu dan buah keras tu haaa, apalah namanya, tapi guna batu yang best sebab dia berat..Lin dulu sampai kena tangkap Cikgu sebab ponteng kelas, main batu seremban dan ceper dalam bilik KoKo hahahaha

      Delete
  5. alaa comel gila entri ni ajar cara main batu seremban...haha...dulu main jugak, tapi tak power lah, rasa nak baling semua orang pakai batu kerikil...hahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe yang menaipnya pun comel @Sunah hahahaha...nanti kita main yaaa sesama hahaha

      Delete
  6. Hoho.. Batu 6 ngan batu 7 tu leya pun terlupa ooooiiii.. Bagus ade entry ni. Mengingatkan nostalgia kanak-kanak dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lepas ni jom lee kita cuba @Leya, kalau main datang seronok dan meriahnya...

      Delete
  7. Dulu selalu main, kutip batu tepi jalan ja. Rasanya kalau main sekarang ni, yg dilambung terbang entah ke mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lawak Sis bacanya @Zurainny...cubalah main yang puncut kacang tu, kompom kalau lambung, paling tak atas kepala je jatuhnya hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.