KARI IKAN TONGKOL TANPA SANTAN

KARI IKAN TONGKOL TANPA SANTAN | Yaa satu perangai Sis kalau masak kari ikan tongkol mesti taknak letak santan, sebab tu tajuknya Kari Ikan Tongkol Tanpa Santan, bukannya apa nanti tak kaw rasanya. Tu tekak Sis laa tekak korang Sis tak tau.

Sebenarnya sejujurnya, lama sangat tak berasap dapur kat rumah, sejak-sejak ni sibuk dengan event di luar dan jemputan makan, so memang kalau nak masak siapalah nak makannya. Anak pun pergi kerja pagi balik malam, so memang tak masaklah Sis.

Dan kebetulan kelmarin Ahad, Sunah tidur rumah Sis, so apalagi, ada geng makan kan, Sis pun planlah dengan Sunah, (semalam) Sis nak masak, dan kita duduk rumah makan dan layan Netflix, hehehe. Dan akhirnya semalam betul-betul kami berdua duduk rumah tak kemana, dan hanya makan, tidur dan layan Netflix aja, pergh hebatkan kita Sunah hahahaha.


Menu Kari Ikan Tongkol ni adalah menu kegemaran seketul Sunah, sebab dia suka makan kari, ikan tongkol tu pulak ikan kegemaran seorang Sis Lin. Memang suka ikan tongkol sejak-sejak ni, ikan tu pun Suami belikan, sampai 2 ekor Suami beli, Sis masak semuanya, alhamdulilah habis, ada baki 2 ketul aje dalam kuali pagi ni.

Bila masak kari tanpa santan, makanya memanglah kuahnya akan pekat dan likat gitu, bukan susah sangat nak masak bagi pekat, janji masa tumis rempah tu kena betul-betul garing pecah minyak, kompom menjadi punya.


Untuk resepinya, alaaa sama je macam resepi kari biasa, cuma tanpa santan, tu jer. Bab bahan ke, rempahnya ke, sama je macam masak kari biasa, cuma terpulang pada masing-masing nak letak santan atau tidak. Untuk resepi ni Sis masak tanpa santan.

Selalunya kalau yang letak santan, Sis masak kari ayam, kalau masak kari ikan, amat jarang sekali Sis letak santan. Suami pun tak berapa suka. Letak santan rasanya dah lain sikit katanya. Tapi bukan kari mamak ea, kalau kari mamak, dia rasa asam kan, ni tak, dah mendidih kuah baru masuk asam keping.

Nak cuba juga resepinya?, korang boleh cuba Resepi Kari Kambing Kerisik Noxxa ni ya. Sama je resepinya, cuma resepi kambing ni masak dalam periuk Noxxa. Yang ni masak dalam kuali macam biasa.


Selain menu Kari Ikan Tongkol, ada juga Sis gorengkan Kacang Panjang Tumis Cendawan dan juga Gorengkan Ikan Terubuk Asin yang Sis kirim dengan Sunah. Sedap kemain, nak masak pun sayang, simpan sikit-sikit tu hahahaha.

Nanti nak kirim lagi Sunah kalau dia balik Sarawak. Apa-apa pun, Sis gembira bila dapat masak, dan menjamu tetamu datang. Suka nengok orang makan sepinggan licin dan bertambah lagi, alhamdulilah. Kalau boleh nak suruh orang tu datang selalu, so Sis boleh masak selalu hehehe.

Bukan suka memasak, tapi sebab diri ini tak selera makan bila tak de kawan, itu je. Lepas ni siapa nak ajak teman makan, roger-rogerlah ya..

Okaylah, Sis nak stop dulu, ni pun baru balik dari event, sementara menunggu baju dalam mesin, update kejap blog ni. Nanti sambung lagi ya.


P/S: Petang ni nak buat lempeng, sebab kuah kari dan 2 ketul ikan tongkol tu ada lagi, sedapnya..

20 comments:

  1. aihh sedapnya makan nasi bertambah la saya dgn kari sihat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kann Ammi @Sheila, kalau pekat likat, makan mesti bertambah gitu...

      Delete
  2. Ya allah sis...ikan masin terubuk tu mmg fav SA....sedapnyaaaa...adik nak pi Sarawak kursus ni bleh la SA kirim...ikan tongkol pun dah jadi ikan kesukaan SA dah skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kalau siapa pergi Sarawak, memang Sis akan kirim juga @Suria, sedap sangat goreng garing-garing kannn...

      Delete
  3. Sama pulak menu kita semalam sis. Tapi I punya versi bersantan hihi... Terubuk masin tu pula, waduh ngences!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo hari mengkari agaknya ek Puan @Hazel hehehe..letak santan pun sedap juga, ikutlah masing-masingkan, janji masak hahahaha

      Delete
  4. Pakkal jer ku rasa rumah ko jauh sgt Lin, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha meh Kak @Seri, kalau Pak Inche outstation, mai lee datang teman kita makan hehehehe

      Delete
  5. Kalai kari ikang aya, suka kepala dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga Saya @Wak, suka meratah aje hehehe

      Delete
  6. memang kena sangat ler sis kari dengan ikan masin tu...uih..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Rohaida, sekali makan, bertambah... nasi panas-panas gitu...

      Delete
  7. Lagi satu bila tanpa santan ni lambat basinya kan Sis..kari ni PC suka makan dengan roti..lempeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @PC, kepekatan dia pun lain sikit, pecah minyak dia cantikk...buat lempeng cecah kuahnya yang pekat, sedapnyaaa

      Delete
  8. AKU TAK KIRA .. AKU NAK DAGING TETEL ASAM PEDAS JUGAK..

    HAAA KAN DAH CAPS LOCK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arghhh sini laaa mai Johor, asyik sebut jee, tapi tak juga sampai ko ni @Tatie oii...

      Delete
  9. Kita pun mmg masak kari mamak mmc ni..
    Mlas nk letak santan... Sbb dah biasa

    ReplyDelete
  10. sedap sampai ulang makan nasi dengan kuah kari aje, tak nak amek ikan...sampai si yana cakap "peliknya, orang biasa makan dengan roti!" hahahahahha!!!!

    lepas ni tau dah cane cara nak masak kari ikan tanpa santan tapi rasa dia tak macam kari mamak ๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr, Yana berkali cakap asal nampak kari @Sunah hahahaha...
      Lepas ni cubalah masak ya..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.