BILA CIRIT-BIRIT MENYERANG!

BILA CIRIT-BIRIT MENYERANG! | Sakit lain boleh lagi Sis ko hadam, tapi kalau sakit cirit-birit datang menyerang, satu kerja tak boleh buat! Mampu gerak ke tandas, kemudian baring semula, tutup mata bawa tidur, kemudian tersedar, bangun lagi ke tandas dan baring lagi, haaa gitu aje laa berulang-ulangnya.

Masa ni tandas tu dah macam tempat berehat no-2 selain katil. Kau ngase? Elehhh macamlah korang tak pernah kena cirit-birit ek...cuma kes Sis ko ni spesel sikit, kena cirit-birit pun tulis blog hahahaha. Betapa speselnya dia kan..

Ikutkan semalam Sis ko ikut larian Renaissance Run To Give 2019 pagi semalam, tapi sebab saki baki malam tu belum lagi selesai, makanya hanya mampu krik krik krik aje laa seharian semalam di rumah sambil menemani Suami buat kerja paper work dia. Dah macam opis rumah Sis ko semalam.

Malam semalam, dah rasa kurang dan selesa sikit keadaan badan ni. Tak pergi klinik pun, Sis ko makan Pil Teck Aun tu jer. Sebab rasa memang salah makan, bukan keracunan makanan, yer sebab hanya cirit aje, muntah-muntah takde.

Makan apa dan di mana? Malas nak cite, tak elok nak bercerita aib orang, mereka cari rezeki. Mungkin takde rezeki Sis. Bersangka baik aja.


Oleh yang demikian, pengajaran dari kisah ini harini, makanya, sila berhati-hati jika nak makan makanan 'celup-celup' tu ya, jika rasa sosnya tu agak tidak elok rasanya, sila hentikan memakannya, anda mungkin akan terkena cirit-birit.

Jenis Sis ko ni 'jangan membazir', haaaa kau, amekkawwww...membuang terus... lagi membzair ekk..ehhhhh...hahahahaha

Pagi ni rasa macam kempis perut, ni kalau timbang mau macam lari 10km ni hahahahahah...malam semalam pun Suami ajak keluar lepak minum kopi, pergi yang dekat aje, takut jejauh kang, perut buat hal..

Okaylah sekian untuk berita terkini dari Sis Lin..nanti sambung lagi, nak masak bubur lambuk sardin Ayam Brand.

OkBai!


P/S: Tuhan jaga Dia [Suamiku] untukku..sihatkan dia selalu dan ringankan bebanan kerjanya, aamiinn..

14 comments:

  1. semoga dah sembuh betul2 perutnya tu. Sama mcm akk la, tak suka membazir last2 sndiri yg sakit perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah kak @Seri, dah lega dan sihat sepenuhnya...

      Delete
  2. heyyy dia ni...update jugak blog tu dalam tak berapa sihat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu macam biasa, opis buka pagi kan @Sunah huhuhu

      Delete
  3. kalau kene cirit birit rasa macam nk tidur dalam toilet je kak, kdg tanpa sedar terlelap hehehhe...
    moga cpt sembuhla perut tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha uitt tak pernah pulak sampai tertidur dalam jamban @Norhidana hahahahah...

      Delete
  4. ammi selalu camni kalau gi rumah org kawin (sbb yelah makanan mcm terdedah + masa merewang tu mungkin banyak tangankan). sebab tau gi kenduri mmg makan sikit je skrg ni. takuttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa itu memang menakutkan, sebab dah pernah kena juga lepas pergi jemputan kawin, tak boleh nak salahkan memana, maka hadap ajelah kan Ammi @Sheila huhuhu

      Delete
  5. Aduhhh..cirit birit ni takleh bawak bincang. makan Activated Charcoal (Tablet Arang) inshaAllah okay kak. itu mmg wajib ada kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ada ek , nanti nak belilah buat stok rumah, selalu simpan Pil Teck Aun aje @Azhafizah ...

      Delete
  6. Semoga cepat sembuh sis..sy follow sis ye ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah sihat dah, dah follow juga, makaseh, salam perkenalan @Ajuya...

      Delete
  7. Semoga beransur sembuh.
    Minum air kosong banyak2

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.