BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH | Hidup sekali saja. Nak rasa menyesal sangat pun takkan bawa ke mana. Betul tak apa Sis kata tu? Apa yang penting beranilah hadapi hari muka, dengan pemikiran yang sederhana. Semua orang nak jadi lagi baik dekat dunia ni, dan semua orang taknak jadi susah dan jahat di dunia ni.

Eh, siapa kata nak jadi lagi baik tu susah? Cuba jadi baik dulu, nanti yang jahat tu senang nak pergi. Yerr senang sangat. Cuba jadi baik sekarang, cer try.

Mulakan dengan rendahkan suara pada orang keliling, cakap jangan kasar sangat, bersangka baik dengan orang, terus pergi sembahyang kalau rasa ada solat yang belum lagi tertunai, terus memaafkan sesiapa yang memang kita hangin je bila dengar nama dia (bab yang ini memang Sis tak boleh buat, sekali Sis ko benci, selamanya takkan Sis maafkan, itulah Sis Lin, tapi tak taulah esok lusa jika Allah melembutkan hati seorang Sis Lin).

Sekarang? Yerr sekarang... oh! boleh je, Tapi .. nak terus terusan kekal dengan kebaikan tu yang sangat sukar . Susah... bukan senang nak terus kekal jadi baik, hari ni bolehlah buat, cubalah tengok, esok? Eh eh kembali kepada asal balik.


Ya benda tu tak pelik. cuma.. kan Sis cakap, ia agak sukar. Tak sesenang di fikir, di gambar, atau di buat. Orang lain senanglah cakap. Tapi yang nak buatnya kita. Sesungguhnya berterusan (Istiqamah) tu satu perjuangan. Macam kita kena pilih nak berfacebook ke atau nak study. Nak fokus buat kerja ke atau nak bergosip. Nak habiskan drama Netflix dulu ke, pergi sembahyang maghrib dulu, atau nak diet ke atau takpe tahun depan ajelah.

Ya, hidup ni adalah satu perjuangan. Perjuangan berpanjangan . Melibatkan beberapa pengorbanan dan sedikit kesabaran . Not easy to say.

Yang penting ..

Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

Tapi ...

Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menegur jika berbuat kesilapan
Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepadaNya dengan seikhlas hati dan mengajak orang lain berbuat sama
Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaanNya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah, bukan senang nak jadi senang....

Tapi, kita WAJIB  mencuba. Yang penting, kena kuatlah. Kekuatan tu sikit je datang dari orang keliling, selebihnya dari dalam kita sendiri. Cari dan terus mencari... jangan cakap 'saya tak kuat', bila belum mencuba walau sedikit pun. itu mengalah namanya.

InsyaAllah...Saya kuat!..


P/S: Saje letak gambar tu sebab nak bagitau, setiap dalam diri atau hidup kita, pasti ada je 'manusia' yang 'mengganggu' kehidupan kita selain 'Syaitan' ..

12 comments:

  1. Replies
    1. Yee laa Kak @Seri, selain Syaitan yang mengusik kita, manusia-manusia hati hitam pun ada je sekeliling kita, kan kan...

      Delete
  2. Setiap hari sebelum tidur, cuba kita memaafkan semua orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Wak, memang yaa cuma ada seorang mahkluk je yang Sis tak boleh maafkan sampai mati...

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian..SA tengah belajar untuk memaafkan...masalah SA ni susah plak nak melupakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Suria sama macam Sis, sukar nak memaafkan dan melupakan, sebab rasa serik itu sentiasa ada...huhuhu trauma dengan perkataan memaafkan tu, sebab sakitnya hati Allah aje yang tau...

      Delete
  4. ok...ammi gi solat Zohor sekarang jugak.

    ReplyDelete
  5. mengganggu gambar betul orang tu...hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha itu lee kehidupan kitaa @Sunah, sentiasa ada je yang menganggu..

      Delete
  6. Inspired dan tersentap jugak baca post sis kalini..haha..Semoga kita semua dikurniakan kebaikan di dunia dan dijauhkan keburukan ya sis.. Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe makaseh @Kimi sudi membacanya...sama0sama kita manfaatkannya yaa..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.