RUMAH AKU KENA ROMPAK SEMALAM !

RUMAH AKU KENA ROMPAK SEMALAM ! | Subhanallah ini adalah kali pertama sepanjang jadi surirumah dan tinggal di dalam rumah, ini kali pertama rumah di rompak ketika Sis dan anak berada di dalam rumah. Bersyukur sangat kepada Allah sebab perompak tu tak dapat masuk ke dalam rumah, tapi...habis kereta anak Sis,Yana kena pecah masuk dan di geledahnya.

Kisahnya pagi semalam sewaktu sedang tidur, Sis terjaga dan tersedar dek kedengaran bunyi kuat seolah orang menolak pintu sliding hall atas. Memang kalau ketiadaan Suami di rumah, Sis kalau tidur pintu bilik tak tutup rapat sebab senang nak jerit kat anak kalau Sis sakit atau ada kecemasan, ini berdasarkan pengalaman sebelum ni.

Tapi ketika Sis terdengar bunyi kuat tu, Sis terus panik dan ketakutan, so Sis terus baring dan tau-tau tertido semula. Jam 6.10am Suami kejutkan dengan bunyi wahtsapp, dan Sis buka ternampak dalam group setaman Sis riuh dengan cite rumah kena rompak. Terus terbaca yang kena rompak tu jiran selorong Sis, terus Sis haaa???? ... baca dan terus baca.

Kemudian sorang lagi jiran pula kata, keretanya juga kena pecah masuk, habis semua dalam kereta kena geledah. Then sorang lagi juga kata, keretanya juga kena pecah masuk juga. Masing-masing semua kata kereta park dalam rumah, pagar bertutup.

Kiranya satu malam perompak tu pecah masuk 1 rumah 3 biji kereta!! Perghh....#Jilake !!


Dalam rasa tak sedap hati, Sis pun terus bergegas turun bawah, selak langsir tingkap dan lihat keluar parking rumah, terus what??? Ternampak pintu kereta anak Sis renggang tak bertutup rapat. Terus jerit kat anak yang tengah bersiap nak pergi kerja. Anak terus terkejut dan terus turun dan bila buka pintu rumah dan tengok kereta, ya!!! ternyata kereta anak juga kena pecah masuk.

Habis satu kereta di geladahnya. Dalam dashboard kereta tu di selongkar dan bila anak check seolah mencari sesuatu, Sis tanya, cari apa, dia kata duitnya hilang kena curi juga. Ermmm sianlah anak tu, dia simpan duit tu RM330 dalam sampul dan selit dalam buku servis, sebab duit tu diketepikan untuk servis keretanya, ternyata perompak ni handal ek!! Tau aje di mana simpan duit.

Nak marah, nak bebel kat anak tu sebab simpan duit dalam kereta pun jadi serba salah. Sebab memang tak jangka sampai perompak boleh masuk ke dalam rumah dan boleh pecah masuk macam tu. Padahal semua bertutup. Kun Fa Ya Kun, benda kalau nak jadi, safety macam mana pun, maka akan terjadilah.

Sedangkan rumah taman Sis ni berpagar, ada security, tiap 1 jam pun round lorong-lorong, tapi kalau dah nama pun perompak, memang pro la buat kerja dia kan?. Nak marah tahap keselamatan tak bagus pun tak boleh, takkan mereka nak jaga depan rumah kita 24jam, so redha ajelah dengan apa yang terjadi dan yang hilang.

Report semua dah buat, lepas ni sendiri (tuan rumah) kena amik langkah lebih berjaga-jaga, masing-masing kena tingkatkan tahap keselamatan rumah memasing. Tak kisahlah rumah berpagar ke, takde pagar ke, ada security ke, tak ada ke, kena alert! Benda kalau nak jadi, maka terjadilah, letak pintu kebal pun kalau katanya nak jadi, maka jadilah! Kena ingat tu.

Dah selepas kejadian semalam, bila malam menjelma, Sis jadi risau, seriau, trauma bila ada bunyi-bunyi ni, jadi takut dan ketakutan..huhuhu..tak taulah nak buat apa, berserah mohon perlindungan dari Allah aje la.

Dan korang tau tak, rumah yang di rompak tu, pencuri tu siap curi SPENDER (Seluar dalam) lagi..ermmm mushkil dia situ, nak buat apa ek dengan spender tu? Ermmm...dengar kata orang, kalau curi spender ni, dia guna pukau, ye ke tidak, tak taulah..

Sangat menakutkan, sangat!! Moga dijauhkanlah dari yang bahaya dan Allah lindungi kami sekeluarga dan juga jiran-jiran setaman semuanya. Aamiinn..


Doa Mohon Perlindungan Dan Keselamatan. 

Mohon korang semua doakan kami semua ya. Makaseh..

Area mana? Taman Scientex, Pasir Gudang.
Kejadian tengah pagi semalam 23/11/2019, dalam jam 3/4am.
1 rumah 3 biji kereta di pecah masuk.

Terima kasih juga kawan-kawan yang wahtsapp dan juga call bertanyakan khabar semalam. Moga kalian semua juga di lindungi Allah swt.


P/S: Masih terngiang-ngiang bunyi tolakan sliding tu..sangat menakutkan... Allahuakbar..

24 comments:

  1. sayangnya duit tu kak, tp tulah macam tau je ada duit dalam kereta tu kan... memang seriau lah kita kalau rumah kene rompak nih. Lagi lah suami akak keje jauh kan, lagi lah berdebar2 hati nih. lepas ni buat pagar letrik kak... biar kejung kalau ada orang nak rompak masuk.
    geram betul dengan perompak gini, moga dia dapat balasan sebab merompak barang orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu namanya bukan rezeki kita @Norhidana, mungkin Allah nak beri yang lebih baik untuk anak Sis, kena redha ajelah..
      Jadi ketakutan di buatnya..

      Delete
  2. Allahu.. ada Kak Sue baca kat facebook Lin semalam, memang jadi trauma kan. Kat area rumah Kak Sue beberapa bulan lepas pun ada pecah rumah.. lagi kurang hajar siap berak lagi katanya. Kak Sue pun naik takut kalau bunyi pelik sikit kat rumah nie.. semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah ya Lin.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak @Sue, kata orang kalau diberaknya tu, mereka guna ilmu pukau, mereka kena berak untuk jumpa jalan keluar..sebab pernah berlaku di jiran rumah Mak dulu, sama macamtu..
      Makaseh Kak..

      Delete
  3. Allahuakbar, semoga sis Lin dan keluar sentiasa dilindungi Allah

    ReplyDelete
  4. terkejut jugak berita ni. perompak sekarang banyak pro kak. even terang2 pon die berani buat.taman ena ni selalu kena. tapi Alhamdulliah rumah ena selamat. rumah depan n sebelah selalu kena. siap pecah pintu dapur curi tong gas.mungkin orang situ jugak curi dah aim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Ena, bila rumah orang lain kena takde rasa sangat takutnya, tapi bila dah masuk rumah kita, Ya Allah jadi ketakutan di buatnya..trauma bila dengar bunyi-bunyi time malam..

      Delete
  5. Allahuakbar.. mujur juga perampok tu tak masuk dlm rumah. Memang handallah dorang ni buat2 kerja terkutuk ni. Lepas ni pasang lampu porch ye Sis..biar terang memalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba nak masuk tapi mungkin sebab nak cepat agaknya tak sempatlah dia nak pecah masuk, sebab bunyi pintu tu kuat dia tolak Ammi @Sheila..

      Delete
  6. Allahu. semoga dipermudahkan segala urusan. perompak ni memang lah depa survey sungguh2 la kan sebelum buat aktiviti tu. ya Allah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Umi, mungkin dah survey-survey lama perhatikan semua rumah...ketakutan di buatnya kita..

      Delete
  7. Semoga dipermudahkan urusan sis sekeluarga.. kesian yana duitnya kena rompak.. skrg ni org dah terdesak sgt kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn, makaseh @Dilah..bukan rezeki dia kan..

      Delete
  8. Ya Allah. Risau dengar cerita macam ni.. Betul even dah buat rondaan pun still boleh jadi juga.. Dah nama pun perampok memang ada je jalan depa nak buat keje. Sekali dua mungkin terlepas, lambat laun merasa juga depa ni ke dalam.. HAish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa tak boleh salahkan mana-mana pihak pun, lepas ni kena sendiri alert dan berjaga=jaga @Ordhid, bahaya ada di mana-mana aja..

      Delete
  9. Ya Allah..nasib baik dieorang x masuk ke rumah...
    Tapi itu la benda dah terjadi, yg membaca kena ambik iktibar dari kejadian ni...
    duit atau benda berharga jgn simpan dlm kereta...sbb perompak skrg lebih bijak..
    Semoga Allah permudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Nieyla, letak dalam kereta fikir kereta dalam pagar, tapi tak sangka pun boleh di geledahnya semua. Lepas ni kena hati-hati selalu...
      Makaseh ..

      Delete
  10. Syukur perompak tu tak dapat masuk ke dalam rumah.
    Semoga sentiasa dilindungi

    ReplyDelete
  11. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan dijauhkan daripada malapetaka. Aaminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah0mudahan, aamiinn @Azhafizah..

      Delete
  12. Saya tumpang simpati dan perkara pun sudah berlaku...

    bersyukur kerana tiada apa-apa yang lebih buruk..

    saya harap Sis Lin pasanglah CCTV di area parking kereta dan bahagian dapur

    nyalakan lampu depan dan belakang..

    satu lagi jika terdengar bunyi pelik, gunakan alarm kereta sebagai cara terakhir untuk kejutkan si pencuri..

    yang terakhir sekali berserah kepada Allah...ini memang uji iman

    saya pernah pagarkan rumah dengan kuasa minda iaitu apabila orang yang tidak berniat baik hampiri rumah maka mereka seolah-olah tidak nampak rumah kita.

    caranya guna zikir dari al asmaul husna ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh Tuan @Hanafi. Semua tu akan dipertimbangkan. Suami pun kerja tak tenang dibuatnya di sana, risau keadaan rumah semuanya..insyaAllah ALLAH Ada melindungi kami..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.