APAKAH MAKSUD PINKTOBER?

APAKAH MAKSUD PINKTOBER? | Ada yang tau apa itu Pinktober? Atau ada yang baru tau apa itu Pinktober? Pinktober adalah singkatan kepada Pink Oktober. Ia merupakan salah satu kempen kesedaran mengenai kanser payudara (breast cancer) sempena bulan Oktober. Atau lebih sinonim dengan bulan Reben. Reben merah jambu atau pink telah dipilih sebagai simbol kepada kesedaran tentang barah payudara.

Ya..yang mengikuti update mengenai post Sis mengenai My Mom Fight Brest Cancer, mereka sedia maklumlah, bagi Sis ianya bukan sekadar bulan kesedaran payudara tapi adalah sebagai tanda sokongan buat Emak Sis yang menghidap kanser payudara yang dah masuk tahun kedua.

Rawatannya pun dah tinggal hanya rawatan pesakit luar. Emak Sis dah buat kimoterapi dan seterusnya pembedahan buang sebelah payudara, cuma Emak Sis tidak perlu membuat rawatan radioterapi. Kenapa? Sis sendiri pun tak pasti. Dengarnya sebab kanser Emak tidak merebak ke organ lain pada masa tu.

Dan hingga ke harini, alhamdulilah..Emak nampak kuat dan sihat, cuma keadaan uzur diri tu datang bilamana tekanan darah tinggi dan kencing manisnya tidak di kawal aje. Maklumlah orang tua ni kadang, makan tak ingat sakit hehehehe. Nak marah kang, merajuk pulak, so kadang Adik Sis tu sabar jelaaa, layankan aje permintaan Emak tu.

Perubahan pada diri Emak?

Memang banyak berubah, lebih-lebih Emak sekarang terlalu sensitif, kadang Sis ko nak telefon ke atau nak wahtsapp Emak pun jadi ngeri, tak memasal kadang, ada je tak kena, terus Emak membebel hahaha. Tahan aje laa telinga mendengar bebelannya. Mungkin perubahan hormon agaknya, kadang baru jumpa, katanya lama tak datang, kadang lama tak datang, ehhh senyap pulak dia tak bertanya hahaha. Gitu laaa..

Pepandailah ek nak menjaga dan mengambil hati Emak atau orang yang tengah sakit ni, lebih cakap kena marah, tak cakap, pun kena marah hohoho. kalau Adik Sis tu dah faham sangat dah, layan melayankan aje laa hehehe.


Pelbagai kempen diadakan pada bulan Oktober ini sempena Pinktober oleh pelbagai badan amal untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan mengumpul dana untuk tujuan kajian tentang penyebab, pencegahan, diagnosis, perubatan dan penawar kepada barah payudara.

Kempen yang dijalankan juga bertujuan untuk memberikan informasi dan sokongan kepada mereka yang dijangkiti barah payudara.

Bulan kesedaran barah payudara juga adalah kempen tahunan yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan pemeriksaan awal, ujian dan banyak lagi.

Kempen ini bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober setiap tahun.

Jom kita cegah dan buat pemeriksaan awal sebelum parah.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2018/10/apa-itu-kanser-payudara.html


P/S: We Aware We Care #Pinktober

8 comments:

  1. mil saya antara survivor breast cancer, dia dh buang sebelah buah dada belah kanan pada tahun 2013 dan buat kimoterapi sebanyak 6 kali. Sekarang dia masih ada followup dengan doktor dan harapnya dia terus sihat dan di jauhkan dari cancer ini aktif semula. Mil saya seorang yang sangat positif dan kuat kak, 6 kali rawatan kimo tu dia duduk di rumah saya, jadi memang dapat tengok betapa kimo tu memang menyakitkan dan betapa kuatnya dia melawan sakit tu. Sekarang ni nampak dia dah sihat tapi dia sangat menjaga makanan yang dia ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar...moga MIL @Norhidana bertambah sihat dan kuat hadapai dugaan dan kesakitan..sama-sama kita doakannya Dana..

      Delete
  2. hihihi, kelakar jugak kita nikan, sis.. dah tua2 dan beranak pinak pun mak kita masih buat kita macam budak kecik, kikiki. Sabo ajelah.. esok2 kita pun mungkin akan melaluinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kak @Seri, dah tau perangainya gitu, maka layankan aje laaaa Kak...

      Delete
  3. ingat lagi...masuk aje bulan oktober, dulu2 blog sis lin akan jadi kaler pink...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha iyerrr @Sunah...bagi sokongan kat Mak kan...

      Delete
  4. Replies
    1. Lorrr baru tau ke @Ena? Bulan Okt adalah bulan Kempen Kanser Payudara Ena ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.