MASAK SUP KETAM UNTUK ANAK DEMAM PANAS

MASAK SUP KETAM UNTUK ANAK DEMAM PANAS | Alhamulilah ada pun ketamnya, tapi yang sakitnya yang membeli ketamnya hehehehe. Yaa anak Sis Yana demam panas dah berapa hari ni. Kejap panas, kejap okay, kejap tu terus tak okay, so Sis suruh dia beli ketam dan Sis masakkannya sup ketam. Klinik pun dah pergi, tapi sama juga demamnya.

Kebetulan dia bekerja harini setelah 2 hari MC, so sebelum balik rumah Sis suruh dia beli ketamnya. Dapat dia beli 4 ekor besar, berat pulak tu ketamnya, mesti banyak isi. Pastu sampai rumah, anak membebel sendiri, katanya 'mahalnya ketam, 4 ekor rm38 hengget' katanya hahahaha. Adeii baru tau ke, haaa tau nak makan sedap je kan selama ni, sekali kena pergi beli, baru dia tau mahalnya ketam tu kan.

Mula ingat esok aje nak masakkannya, sebab tunggu ajelah Suami sampai, nanti pergi pasar belanja barang basah sekali, tapi kesian pulak nengok si anak, so masakkannya aje laa dulu.


Memang betul, berat ketam tu memang banyak isi dalamnya. Tips nak beli ketam, pilih yang berat hehehe. Tu Suami yang ajar dan Sis pesan awal-awal kat anak tadi, pilih dan beli yang ketamnya berat.

Sup Ketam Panawar Demam/Denggi? 

Amalan memakan sup ketam ketika demam ni memang bagus, terutama bila di katakan terkena demam denggi. Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.


Persoalannya, sejauh manakah kebenaran kenyataan ini?

Ermm korang fikirkanlah sendiri. Tak salah mencuba dan usaha. Setiap penyakit itu ada penawarnya kan?. Tapi bila dah siap sup ketamnya, bukan kata yang sakit aje makan, yang tak sakit pun jadi terkecur sama. Nasib baik beli banyak ketamnya, kalau tidak, mau ngences tukang masak hahahaha.

Rasa puas kalau makan ketam yang penuh isi. Baik di badan dan juga kaki-kakinya ketam tu.
Okay bye dulu, nanti sambung esok ya.


P/S: Operasi mendobi selesai, jomlah kita operasi melipat menyusun mengosok pulak, adeeiii...

24 comments:

  1. selalu juga kak ana dengar sup ketam ni baik untuk demam denggi ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak @Ana, Lin pun cuba aje, orang kata baik untuk turunkan panas...

      Delete
  2. lama pulak tak makan ketam,terliur di buatnya huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe makanya kenalah buat yaaa @Sue ...

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahahsilalah cari ketam dan masak yaaa Cik @Kaella ..

      Delete
  4. sedap nya nengok sup ketam tuh kak oi... moga anak akak diberi kesembuhana ya...
    baru dia tau mahal tak mahal harga barang dapur ni hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lerr, dengan Emaknya sekali pun terkecur @Norhidana...
      Makaseh Dana..

      Delete
  5. Selalu dengar untuk denggi je. Ni baru tau demam panas pun elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama aje keduanya @Aisya...kalau dah kata demam, menu sup laaa yang sedap..hehehhe

      Delete
  6. tak salah mencuba. mungkin ada yang serasi ada yang tak. sedap tu sup ketam. membangkit selera orang demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Mar, tekak orang demam kann, sup aje yang lalu nak di makannyaa..

      Delete
  7. Teringin pula sup ketam, tak pernah makan sebab alergik seafood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo jangan @Zumal, silalah berpantang, orang gout seafoodlah kena pantang...moga Zumal baik-baik aja..

      Delete
  8. Sedapnya. biasa beli ketam masak lemak cili api atau salted eggs. nanti nak cuba sup ketam pulak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa cubalah, kalau tengah demam lagi elok cuba, Sis masakkan untuk anak haritu yang tengah demam panas, alhamdulilah nampak kesannya @Azhafizah ..

      Delete
  9. ammi pernah buat 2x je sup ketam tapi memang buat sebab anak dan suami kena denggilah.
    kalau buat pakai ketam nipah lagilah mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Ammi @Sheila, Lin pun pertama kali ni masak sup ketam untuk anak demam, sebelum ni tak pernah, tapi sebab baca orang kata bagus, tu yang cuba tu...

      Delete
  10. Sedap pulak nengok ketam ni. Nampak resepi Sis Lin lagi sedap la dari yang Bella pernah buat. Nak resepi. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa resepi biasa-biasa aje laaa @Bella, sama je macam Bella buat, cuma gambar je kot jadikan tarikan nafsu tu membuak hahahahaha

      Delete
  11. sejauh mana kebenarannya tu kena tanya Dr-to-be Anastasea...hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh memandai je aku tambah A kat depan ekkkkk...boleh lahh ada bunyik nama kakak jugak..hahahahha

      Delete
    2. Hahahaah memang laaa dah kena hentam, auta katanya oii @Sunah, tapi Emaknya pedulik apa, masak aje hahahaha

      Delete
    3. Hahaha @Sunah oii...tu Anabella ke apaa...namanya Nastasea laa hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.