JOM AMALKAN DIET AIR KOSONG

JOM AMALKAN DIET AIR KOSONG | Ermmm mencebik mulut Sis ko bila kata air kosong boleh kuruskan badan? Hahaha fakta ke auta? Sebab minum air kosong pun perut still buncit! Hohoho so di manakah betulnya diet air kosong tu haaa? Bab diet ni kan, kadang malas nak cite, sebabnya, dalam istilah harian Sis, takde diet-diet ni, Sis makan aje apa yang ada, tapi beringat..tu diet sebenar.

Bukan nak eksen ke nak berlagak ke, korang sendiri tengok, bukannya Sis ko ni kurus pun, tapi lantaklah orang kata 'Eleh sendiri tak diet, patutlah badan gemuk', yeee tak kisah pun orang cakap, sebab Sis memang tak berdiet. Bukan tak menjaga kesihatan, tapi Sis anggap kena ada rutin pemakanan dan juga kena displin diri sendirilah bab makan-makan tu. Dah ko makan tak ingat, pastu gemuk, bila dah gemuk sibuk nak diet, dah kenapa?..

So, pilihan di tangan masing-masing, nak merungut pun tak guna..dan nak bagitau juga, bukan harini diet, harini kurus..dan juga perlu ingat, biasanya yang kurus tu banyak penyakit, dah sakit baru nak diet..yang gemuk? Elok je makan tapi Jaga-jaga, makan jangan sampai jatuh sakit..

Buat permulaan yang nak berdiet tu, jomlah kita amalkan diet dengan Air Kosong. Yaa air kosong. Kalau ini pun korang tak boleh buat, jangan sibuk nak berdiet!..


Air dan Diet

Air sebenarnya adalah satu elemen yang sangat penting untuk badan kita. Ramai yang tahu air ni penting, tetapi tak sedar yang sebenarnya kita kekurangan air. Orang yang tinggal di negara sejuk pun minum lebih banyak dari apa yang kita minum. Minum air secukupnya sepatutnya menjadi tabiat kita. Kita perlu air kerana;

  • Tubuh kita terdiri daripada 70% air
  • Air diperlukan untuk mengawal suhu badan
  • Darah kita 83% air
  • Otot kita 77% air
  • Tulang kita 22% air
  • Air mengelakkan “takungan air” atau water retention
  • Mengangkut oksigen dan zat makanan dalam badan
  • Melembapkan kulit dan tisu badan
  • Mengelakkan sembelit
  • Melembapkan rawan untuk serap hentakan
  • Membantu menguatkan otot
  • Mengelakkan kekeringan

Berapa banyak air yang perlu kita minum?

Kuantiti air yang kita perlu minum bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, keadaan kesihatan, makanan harian kita, tahap aktiviti fizikal, cuaca dan ubatan yang diambil. Tetapi, kita selalu disarankan untuk meminum sebanyak 2L (8 gelas air dalam sehari). Mengikut kajian yang di buat, untuk mengira kuantiti air yang kita perlu minum, kita bahagikan berat kita dalam KG dengan 25. Hasilnya, itulah kuantiti air yang kita perlu minum dalam sehari.

Contoh: Berat kita 75kg bahagi 25 = 3. Maka, air yang perlu kita minum ialah 3 liter.

Cara minum air yang betul

Agama Islam tidak mengalakkan kita minum sambil bernafas dan kita perlu minum dengan perlahan-lahan.

Untuk minum air dengan betul:

  • Minum 2-3 teguk setiap 10-15 minit
  • Minum segelas air sebelum makan
  • Segelas air lagi selepas makan
  • Tidak minum semasa makan
  • Hasilnya, sangat memberangsangkan.

Minum air kosong boleh kuruskan badan

Fakta yang sangat mengejutkan. Kenapa? Air ni boleh kita katakan murahlah. Lagipun, untuk mendapatkan produk penurunan berat badan yang baik, harganya agak mengugat poket. Kalau kita tak nekad untuk berubah, mungkin kita akan membazir.

Air boleh membantu menurunkan berat badan kerana;

  • Kalori dalam air kosong, tiada lemak, tiada minyak, tiada gula. Jika air kosong menganti air manis, kita boleh kurangkan pengambilan kalori
  • Air boleh mengawal selera makan!
  • Air boleh bantu kita dari terlebih makan. Sebelum makan, kita minum air kosong segelas. Mesti kita makan kurang dari biasa.
  • Kalau kita rasa lapar belum pada masanya, cuba minum air, kebanyakkannya, rasa lapar akan hilang. Sebenarnya kita ditipu otak, kita dahaga bukannya lapar!

Tips untuk Minum Air dengan Cukup

  • Sentiasa tanamkan dalam akal kita yang minum air ini ibarat kita mencuci filter, filter tu badan kitalah,
  • Selalu pegang botol yang berisi air berhampiran dengan kita. Tak perlu besar-besar. 500ml sudah memadai.
  • Setkan masa, contohnya, setiap sejam handphone kita bergetar menandakan masa untuk refill kita punya botol. Kalau handphone, kita cari kat “Timer”
  • Kalau ada budget, belilah filter air yang boleh pasang kat paip di dapur tu. Airnya lebih sedap dan murah kosnya berbanding beli di kedai.
  • Jika beli dari kedai, pilih botol yang bertutup putih. Airnya tidak mengandungi mineral, jadi ia ringan dan rasa sedikit manis. Mudah diminum dan tidak mengakibatkan rasa kembung. Harga yang bertutup putih ni murah. Sebotol 1.5L biasanya dalam RM0.60 ~ RM1.00. Ia dipanggil air minuman.

Catatkan berapa kita dah minum. 

Beli buku 3 lima tu, tandakan bilangan botol yang kita dah minum.
Nikmati hasil usaha kita dengan kita kenang balik keadaan sebelum kita amalkan air dengan cukup dan selepas. Tentu kita terasa bezanya!

Mulakan Sekarang!

So sekarang, bangun dan dapatkan air kosong sebanyak 500ml. Habiskan dalam masa 30 minit! Buat sekarang! Dan teruskan amalan ini semoga saya dan semua pembaca dikurniakan kesihatan. Tak berusaha maka tak berhasil..betul tak?

#SisSharing #SisCuba


P/S: Tiba-tiba haus pulak, dah jom minum air..

16 comments:

  1. ye hari ni saya minum air kosong ajeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha boleh caya ke ek @Sunah hahahaha

      Delete
  2. so nak kena berhenti minum kopi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah tapi...seksanyaa tak minum kopi sehari @Tatie oiii...

      Delete
  3. sila amalkan...hehehe...kekadang tu rasa gian gak nak minum manis²..terutamanya kopi...takpe..janji cukup pengambilan berapa liter air yang diperlukan untuk badan kita..selamat berjuang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gian mengigil lagi @Rohaida, sekarang ni bukan putuskan tapi kurangkan, moga-moga istiqomah hahahaha

      Delete
  4. part minum air kosong ni memang tiap2 hari tapi tiap2 hari jugak minum kopi..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa ayat mudah terhibur Sis ko baca @Fuzy hahahaha

      Delete
  5. air kosong ni membantu jugak.. ammi tengok sendiri boss ammi yg dulu besar (serius punya besar) tp skrg ni dia kategori sedap mata memandang (walaupun masih besar ahaksss) sebab dia kurangkan makan dan lebihkan minum air. Satu hari dia pastikan dia habiskan 1 jug air masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh kalau dah nampak testimoni depan mata, bikin semangat nak diet air kosongnya Ammi @Sheila...jomm kita!!

      Delete
  6. Dugaan betol masa preggy ni alahan air kosong haha. Anak ni keluar mesti muka banyak manis 🤣🤣🤣 tapi paksa jugak kak takut sembelit n kurang air dalam badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pestime Sis dengar ngandung alergik air masak @Ena..biasa ngandunglah gila minum air masak huhuhu...yaa juga, mesti manis aje anak mu nanti Ena hehehehe

      Delete
  7. Penting minum air masak ni sebenarnya. asas diet yg kena konsisten dan cukup. Tapi itulah minum air kosong banyak rasa macam nak termuntah. minum air manis tak macam tu pulak..aduhaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr, sebab tu kalau siapa nak diet, hentikan air manis dan minum air masak, kalau ini tak boleh buat, makanya tanggung lee sendiri kan @Azhafizah..huhuhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.