BILA SIS LIN DAN BLOGGER CIK LILY PUTIH BERTEMU

BILA SIS LIN DAN BLOGGER CIK LILY PUTIH BERTEMU | Bila dah bertemu, agak-agak apa yang jadi? Hahaha apalagi, acara makan, makan dan makan ajalah yang akan berlaku, termasuk minum-minum juga hahaha.

Sebelum tu kan, korang kenal tak siapa Cik Lily Putih (CL) ni? Yaa sudah tentunya laaa blogger dan influencer viral, yang terkenal dengan bebelan di IGsnya hahaha. Sejujurnya sebelum ni kan, Sis tidak berapa mengikuti sangat hal dan cerita CL ni, akan tetapi entah macam mana, terbukak IGs dia setiap pagi, dan bila mendengar bebelan CL, terus tersuka ko, hampir setiap hari mesti nak bukak IGs dia.

Serius dan jujur cakap, suka mendengar bebelan CL setiap hari, sangat original orangnya, bukan bebelan aja, malah dia selalu update video-video dia makan, berjalan, aktiviti dia dan semuanya laaaaa, dan paling Sis suka tu sebab tahap konfiden dia, macam lantaklah orang nak kata apa, haa gitu..

Kalau Sis ko nak buat video IGs tu, hahahaha memang idok lerrr..bukan tak konfiden, tapi entah ek..memang Sis di lahirkan bukan untuk dalam video agaknya hahahahaa.


Sedia maklum yang ada melihat FB Sis, Sis ada update cerita makan Sis bersama CL di Pulai Springs Resort kan? Yaa bila dapat tau aje CL nak datang Johor, Sis terus DM kata kat dia nak ajak dinner. CL pun okay, so bermakan malamlah kami di Pulai Springs Resort. Sis bagi mereka (CL & Suaminya), makan sepuasnya di 'All You Can Eat' tu. Puashati gile makan kekenyangan, sampai merangkak balik naik kereta hahahaha. *Ehem ehem, ada orang tu kereta bau kedai laa...hohoho

Mana taknya hampir 80 jenis menu sedia ada yang boleh korang pilih dan makan. Kalau jenis korang suka makan, haa makanlah 80 jenis tu, tapi kalau tak tau nak order macam mana, nak senang, minta pada pelayan tu, menu signaturenya dulu, nanti mereka akan orderkan untuk korang. Kalau tak cukup nanti, haaa korang add-on laa lagi. Tapi janji jangan membazir.

Korang kalau nak bawa family atau kawan atau saudara mara, silalah bawa makan All You Can Eat di Pulai Springs Resort tu, harga RM 65 aja seorang, makan sepuasnya selagi boleh makan.


Itu kisah makan-makan semalamnya. Dan esoknya kami bertemu lagi dalam kisah minum-minumnya pulak hahaha. Kali ni dah alang-alang CL datang Johor, kita bagi dia 'kerja' sikit, kita ajak dia pergi minum kedai Boba Tea di Permas Jaya. Nama kedainya Tea Signature atau lebih ramai di kenali dengan nama JTL Container.

Malam tu, selesai aja event di Thistle Hotel, Sis bergegas terus ke sana, aduh ini kali kedua lambat datang bertemu CL, harap di ampunkan huhuhu. Sampai aje sana, CL dan Suaminya dah order minum. Si pun orderkan juga wafer tokoyaki Hong Kong Snack, dan juga aiskrim Macha, dan kemudian kami berborak sampai lebam. Macam kedai itu kami yang punya hahaha.


Sis suka berbual dengan CL, dia orangnya sangat rendah diri dan tak lokek ilmu walau banyak pengalaman dia dalam dunia blogger ni, banyak dia bagi tips kehidupan dunia blogger ni. Korang jangan ingat kami ni membawang aje kejenya ye, nape? Terasa ke? hohoho. Idok lerr weiii, takde masa nak cite hal orang, sesekali jumpa elok laaa cite hal memasing aje.

Malam last jumpa CL tu, kami hanya borak-borak santai aje di Tea Signature ni. Minum teh, makan wafer dan melawat binatang-binatang sekeliling. Yang bestnya kami gelak kuat pun takde sapa yang peduli, yaa kami berdua memang kuat gelak hahaha, dah jumpa geng lagi laaa kuat gelaknya hahahaha.


Apa-apa pun terima kasih CL sudi meluangkan masa bersama untuk bertemu di Johor. Ada rezeki kita jumpa lagi. Kot mana tau Sis nak ke Kuala Lumpur, kita bertemu pulak di sana ya. Boleh ajak geng-geng sana pula menyembang sembang hehehehe.

Yang belum mengenali CL, korang boleh skodeng blog, IG dan juga FB CL ya..Sis letak linknya di bawah ni.

Blog : http://www.ciklilyputih.com/
Instagram : https://www.instagram.com/ciklilyputih/
Facebook : https://www.facebook.com/CikLilyPutih

Selamat berkenalan korang dengan CL ..follow jangan tak follow..


P/S: Syukur alhamdulilah, dari alam maya, dapat bertemu realiti...indahnya perancangan Allah.

18 comments:

  1. tu gelak mesti bunyi kuda tu kan???? 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha engko tau-tau aje ek @Sunah hahahaha benggong...

      Delete
  2. selalu gak tengok story cik lily putih ni.. dia pun selalu gak like ig ain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr, hari-hari nak tengok IGs CL tu @Farahain, suka bebelan dia..

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahaha gelak macam itu kedai ente yang punya Kak @Seri hahaha

      Delete
  4. ish3 kiranya bila jumpa tu bergabung meletup kebabom hehehhe.. mesti meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa meletop idok lerr, kang kena saman pulak kedai orang terbakar @Norhidana hahahahhaa

      Delete
  5. Boleh bayangkan gembira dan bahagianya Sis.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa @PC, hilangs egala masaalah kejap bila jumpa geng gelak ...

      Delete
  6. Memang seronok borak dengan Cik Lily, memang humble orangnya. Kak Sue pun tiap hari tengok IG Cik Lily.. seronok dengar Cik Lily bebel.. bebel.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak @Sue, tahap konfiden dia tu paling Lin suka Kak..

      Delete
  7. muke korang seakan-akan sama. hahaha.. lame tak jumpa lily. dulu masa aku aktif, selalu lepak dgn dia and nannie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha anak aku pun cakap macamtu @Tatie hahaha..katanya macam kembar Emak jerr hahahaha tunggu Aku datang KL, jom lepak sesama...

      Delete
  8. Selalu jumpa CLP time event..x kisah la event food review ke apa...masa SA aktif la..tahun ni slow skit sbb SA x sihat kan..banyak event SA tolak..next year la kot baru SA aktif balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa ada perasan gak @Suria macam senyap kejap, takpe SA, rehat dan kuatkan diri dulu, nanti dah okay semua, aktif balik ya...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.