AYAM GEPUK BERAPI YANG PEDAS TAPI SEDAP!

AYAM GEPUK BERAPI YANG PEDAS TAPI SEDAP! | Nengok gambar Ayam Gepuk Berapi ni, terasa-rasa kepedasannya, pheww memang pedas, bagi mereka yang sukakan makanan atau sambal pedas kaw-kaw, mesti suka akan menu di di sini selain Ayam Gepuk Berapi ni.

Pedas sambalnya boleh ikut tahap kepedasan yang korang suka, dia ada 5 tahap pedasnya. Tahap tak mencabar langsung, pedas menyengat, pedas gila atau pedas nak mati hahahaha. Macam Sis punya ni, anak belikan tahap pedas menyengat aje, pun dah rasa pedas, hohoho.

Setakat ini belum ada lagi yang 'mati' makan tahap pedas nak mati tu ya hahahaha...

Beli mana? Di mana kedainya?


Area kawasan rumah Sis sini, baru buka kawasan lot kedai baru, dan ada satu lot tu ada sebuah kedai berdekatan traffic light Taman Scientex PG, ada kedai makan baru di buka, namanya Dapur Pedas Berapi. Alaa dah viral sana sini kat facebook dan IG Visit Johor tu haa, takkan korang tak nampak?..

Sekarang kalau Sis lalu area kedai tu, memang penuh 'fullhouse', lebih-lebih lagi time malam. Memang penuh sampai keluar kedai. Menu-menu yang ada memang review semua kata sedap.

Korang boleh nengok facebook pages dia kalau nak nengok menu kesemuanya.


Macam Sis punya ni nama menunya Ayam Gepuk Berapi. Siap satu set semua macam ni, ada nasi, ayam bercili, petai, tempe, tauhu dan juga hati/pedal ayam.  Harga satu set RM 15. Rasa sambal dan ayam tu memang sedap, cuma....sambalnya agak sedikit mereka letak (bagi Sis memang tak cukup) dan juga bila makan agak kering sebab takde di sediakan sup kosong ke, makanya makan memang kering le berulam air hahahaha. Selera korang Sis tak tau laa.

Kedainya di buka setiap hari, bermula jam 11am sehingga 10pm. 



Mereka juga ada hidangkan ulam-ulamam termasuk petai juga dan masa order tu, tahap kepedasan tu korang bagitau nak level mana pedasnya, mereka buat sampai korang puas hati.

Juga kesemua air dijual serendah RM1.60 sahaja

So apalagi, jomlah mencubanya ya!

Dapur Pedas Berapi
Alamat: No. 41A, Jalan Belatuk 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.
[Waze] :  'Dapor Pedas Berapi Pasir Gudang'
Di BUka dari : 11.00 Pagi - 10.00 Malam (Setiap Hari)
Hubungi : 018 - 577 4585

Facebook Page : Dapor Pedas Berapi,
Instagram Dapor Pedas Berapi

Selamat menjamu selera. Kalau nak belanja Sis, roger-roger hahahaha...


P/S: Yang tak tahan pedas, jangan mencuba, kang mencirit, jangan salahkan Sis ko!!

16 comments:

  1. tgk gambar pun thu mmg pedas..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr tu pun tahap tak berapa pedas sangat Cik @Nor hehehe

      Delete
  2. kalau pergi johor boleh singgah
    thanks sharing

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Hehehe kan kan lagi pulak dah hujan gini @Zumal..

      Delete
  4. Sedapnya. Makan ayam gepuk ni sambal kena sedap baru sedap makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul! Kalau sambal tak sedap dan tak 'kick', lain terus rasanya kan @Azhafizah ..

      Delete
  5. ohhooo trasa rasa pedasnya. kalo CT ni cicah hujung2 sket ja..
    takooot pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau Sis, tu pun tak cukup pedasnya @Siti, sama makan soto, selagi tak hitam, selagi tu leee letak sambal hehehehe

      Delete
  6. Ni kalau makan guna tangan mahu pijar pedas. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha takdenya pijor laa @Ena, Sis makan okay ajee cuma pedas tahap lidah terjelir hahahaha

      Delete
  7. selalu nampak kedai gepuk ni..merata gak sekarang ni tapi belum pernah teringin nak masuk.

    Ammi kalau makan kering2 lagi fail. mesti nak berkuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kalau di Shah Alam kemain banyak menu Ayam Gepuk ni Ammi @Sheila..sedap tak sedap ajelah...
      Samalah, kalau kering, terbekik...

      Delete
  8. baru meleleh air hidung makan pedas macam ni..dah lama tak ke area sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, bukan air hidung je, air mata sekali keluar @Eda uii hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.