MINGGU FESYEN PARADIGM MALL MENAMPILKAN REKAAN TERKINI DAN SENSASI DARIPADA PEREKA FESYEN TEMPATAN DAN JENAMA BUTIK TERKENAL

MINGGU FESYEN PARADIGM MALL MENAMPILKAN REKAAN TERKINI DAN SENSASI DARIPADA PEREKA FESYEN TEMPATAN DAN JENAMA BUTIK TERKENAL | Paradigm Mall Johor Bahru mempersembahkan rekaan tempatan dan rekaan yang paling digemari ramai di pusat membeli belah di Minggu Fesyen Neon 2019 baru-baru ini.

Pentas peragaan selalunya mempersembahkan pertunjukan fesyen yang berani dan berwarna-warni, apatah lagi bila dipenuhi dengan warna-warna terang neon. Ini memang menjadi trend anak muda sekarang. Akan tetapi, trend datang dan pergi namun warna-warna neon tetap relevan dan orang kata ia menambahkan kelainan pada pakaian korang agar lebih menonjol.

Paradigm Mall Johor Bahru telah mencipta pentas peragaan impian bagi mereka yang suka akan fesyen terkini dan menyerlah dengan warna-warni neon baru-baru ini. Minggu Fesyen Neon 2019 telah berlangsung dan dilancarkan dengan penuh glamour pada 25 Oktober lalu, diikuti dengan
pertunjukan fesyen selama 3 hari berturut-turut daripada 21 jenama tempatan.

Jangan bimbang, jika korang tidak berkesempatan untuk datang pada hari itu, jenama-jenama itu ada dipamerkan dipusat membeli-belah ini bermula 17 Oktober dan korang boleh lihat sendiri reka bentuk terbaru ini.



Memperkenalkan Para Pereka Tempatan

Berikut adalah antara pereka tempatan yang menyertai Minggu Fesyen Neon 2019 bersama koleksi hebat mereka:

Micheal Ooi
Micheal Ooi melancarkan jenamanya Made.to.Measure pada 2018. Ooi mengetengahkan ciri-ciri estetika bersama fungsinya, gabungan kepakarannya terhadap fesyen rekaan perindustrian. Beliau akan bekerjasama dengan artis luar atau dalam industri fesyen bagi mencipta ideologi moden, sophisticated dan bersih.

Micheal juga mewakili Malaysia sebagai pereka fesyen dan duta ASEAN Fashion Designer Showcase. Beliau telah dianugerahkan Most Promising Designer Award at Borneo Fashion Week 2018.

Hero T
Kerjasama baru ini antara Hero Tai dan Micheal Ooi mempamerkan pakaian uniseks sporty. Turut sama, konsep Fashion Sports, yang diilhamkan dari 16 elemen aktiviti sukan termasuk MotoGP, menyelam skuba, meluncur salji dan air.

Koleksinya bertemakan warna hitam dan emas yang menunjukkan perjuangan setiap atlet bagi merebut emas, dan warna hitam adalah warna terbaik untuk menunjukkan kecemerlangan warna emas.

Glancez
Glances jenama fesyen kontemporari yang bertempat di Hong Kong, milik rakyat Malaysia yang berasal dari Johor Bahru. Kelestarian jenama ini dengan polisi sisa sifar dan tidak menggunakan bahan-bahan dari haiwan. Ia memberi tumpuan sepenuhnya kepada pakaian yang terang dan menarik serta selesa.

Glancez juga telah mempamerkan koleksinya di Paris Fashion Week.

Ranndy Goh
Seterusnya adalah pereka terkenal dari Penang, Ranndy Goh. Randy pernah berkata, “Saya percaya bahawa fesyen perlu nampak mewah dan dalam masa yang sama praktikal dan mengekalkan elemen feminiti.” Ini yang dipegang oleh beliau lebih 20 tahun pengalaman dalam industri tempatan, inovasi beraninya mengukuhkan namanya dalam industri ini.

Portfolio pereka ini termasuk kerjasama bersama Cartier, Jaeger-LeCoultre dan Habib Jewellery.



Acara Pertunjukkan Fesyen Neon

Di samping mempromosikan pereka tempatan, pentas peragaan itu juga bakal menampilkan jenama terkenal yang terdapat di pusat membeli-belah untuk memperagakan koleksi terbaik mereka seperti: Carlo Rino, Nana Collection, Spiffy, Mixxo, Sense Common, Good2U, SPAO, Owl, A-Look, Seen, COCO, Parkson (Sfera, MDS, Trucco) dan Hundred% (TNT, Stoned, Eversince).

Pelancaran rasmi Minggu Fesyen Neon akan turut diserikan dengan kehadiran selebriti tempatan yang terkenal seperti:

1) Wayne Chua, bersama MediaCorp Singapura dan NTV7. Beliau telah berlakon dalam pelbagai drama yang menerima anugerah seperti "The Golden Path"," Forget Me Not ", dan "Fallen Angel". Beliau telah pulang ke Malaysia untuk mengembangkan kerjayanya.

2) Jeffrey Cheng, bekas model pentas peragaan yang mendapat gelaran "The UNO Manhunt Malaysia", " The Best Model of the World (Malaysia)" dan "The Hottest Hunks Malaysia ". Popularitinya membawa tuah kepada beliau untuk menceburi bidang lain sebagai pelakon, penyanyi dan hos MediaCorp Singapura dan NTV7.

3) Hero Tai, selebriti Malaysia yang berbakat ini juga pengasas jenama pakaian Hero T. Dia seorang pelakon dan hos IQIYI, Beijing dan Taiwan "iWalker HERO". Selain berperanan besar dalam industri fesyen dan hiburan,

4) Hero juga merupakan pakar pemakanan yang diiktiraf, pakar pengurusan berat badan, jurulatih berenang, jurulatih dan pengamal Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan pengamal, dan wakeboarder yang berpengalaman.

5) Amira Othman, penyanyi, pelakon dan hos Malaysia yang terkenal. Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi selepas tamat pengajian dari Akademi Fantasia pada 2013 sebagai pemenang kedua. Beliau melancarkan single pertama "Sesaat Untukku" pada tahun yang sama, diikuti single kedua "Hati Hati" pada 2015. Amira juga menjadi hos "Nasi Lemak Kopi O", rancangan bual bicara TV9 pada 2016 dan 2017.




Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Website: www.paradigmall.com.my/jb
Facebook page: https://www.facebook.com/ParadigmJB/
Instagram page: https://www.instagram.com/paradigm.jb/


P/S: Neon ni sama ke dengan Glow in the Dark ek? Ermmm..tak sama ek? ..

8 comments:

  1. Pereka fesyen dia semua hebat2.. Mesti best.. Bahkan masa ni kerja di capital.. Kalau tak dh tgk2 dah.. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa nama-nama tu pun dah hebat @Farah..
      Ooo masa ni ko takde keje Paradigm ek, kalau tak boleh tengok sekali..

      Delete
  2. lupa apa nak komen tengok komen Didi ada perkataan 'bahkan'

    macam Bahasa dolu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..Lin baca pun tengah fikir gak ayat tu Kak @Seri hahaha

      Delete
  3. agak2 sislin boleh ‎jadi model tak? lariiii .. ╋╋ム╋╋ム╋╋ム ╋╋ム╋╋ム╋╋ム ╋╋ム╋╋ム╋╋ム

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aku kalau jadi model atas tu, silauu semua dengan Neon fesyen aku tau @Tatie hahaha

      Delete
  4. menarik fashion show neon. Tak pernah lagi tengok live fashion show. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sangat menarik, semua fesyen dia bercahaya gitu @Azhafizah..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.