ANTARA TEMPAT-TEMPAT MEMANCING YANG MENARIK DI JOHOR

ANTARA TEMPAT-TEMPAT MEMANCING YANG MENARIK DI JOHOR | Kalau sebut aje memancing, haaa siapa lagi yang sangat suka kalau bukan Suami Sis. Baik mancing kolam, mancing laut, mancing sungai ke, asal pegang batang pancing, haaa memang laa minat dia. Dan sekarang, dah ada satu hobi baru pulak, iaitu memasang bubu ikan. Ermm ni gara-gara dah berkawan dengan orang-orang kampung nelayan di Paka, Trengganu sana. Semua aktiviti laut dan sungai jadi kesukaan dia.

Memang nampak sangat kebahagiaan di wajahnya bila dapat memasang dan menaikkan bubu. Kalau Suami hantar aje gambar ikan-ikan tu, kemain senyum lebar bergambar dengan ikan-ikannya hehehehe. Alhamdulilah sekurangnya hilang juga stress kerjanya. Ada juga aktivitinya di sana.

Sampaikan hadiah yang Sis beri pada Suami berupa mesin pancing tu, kemain lagi sayang nak guna. Kata Suami tunggu balik Johor baru nak guna. Kat Paka katanya tak adventure hahahaha. adeii lawak sungguh ayat.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/mesin-pancing-bossna-sw8000-hadiah-hari.html


Tengok tu, gambar yang di hantar Suami Sis minggu lepas sewaktu angkat Bubunya. Kemain meriah ikan. Tu baru 1 bubu, ada 3 bubu lagi. Ikan baru kalau masak asam pedas sedapnya. Goreng pun sodap!

Ada di sini pembaca blog Sis (perempuan) yang minat memancing?

Dan bagi korang pula yang sukakan memancing, dan nak bawa anak bini ke, dan tak tau nak pergi mancing di mana di Johor ni, haaa bolehlah cuba di tempat-tempat yang Sis kongsikan ni. Kebetulan ternampak di facebook, so Sis kongsikan di sini. Sis pun nak save di blog Sis, kot mana tau, one day nak ajak Suami memancing di sini. Anak bujangnya pun dah tersampuk jadi 'kaki pancing' sekarang hohoho. Kemain suka Ayahnya bila dapat tau anak bujangnya dah ada minat memancing. Jadi 'geng' katanya.

Jom kita tengok, antara tempat-tempat memancing yang menarik di Johor ni.
Kredit : Profishganda


1. Kelong Maswira, Pontian 0137909789


2. Kelong Acheh, Endau Mersing Johore, 0197772684


3. Rakit Yoyo. Pulau Layang .Pasir Gudang 0197218383


4. Rakit Wak Kahar , JB 0177148749


5. Rakit Air Bintan, Kota Tinggi 0137102188


6. Kampung SALAM RAKIT, Ulu Tiram 0137824025


7. Rakit Pancing Harun kongkong 0137622871

Setakat ni yang pernah Sis ikut Suami mancing, di Rakit Pancing Harun dan juga Yoyo Rakit tu. Dekat dengan area rumah Sis di KongKong. tapi belum pernah lagi bermalam, hanya datang mancing aje. Nantilah satu hari nak juga merasa bermalam di rakit-rakit tu. Mesti Suami happy agaknya.

Harga pun murah berbaloi. Kalau dapat ikan, tak silap boleh masak di atas rakit atau bawa balik. Sebelum ni Suami pernah dapat ikan tebal pipi dan ikan merah di rakit-rakit tu. Puashatilah mancing situ, tapi rezeki ikutlah rezeki masing-masing. Kadang tunggu seharian pun, kalau dah kata takde rzeki, balik tangan kosong juga.

Kot ada lagi tempat lain yang menarik, sila komen yer..nanti Sis update..


P/S: Sis minat mancing? Jangan di cuba, kang kalau minat kang, ada duduk kat kolam kang Mak ko hahahaha. *Tu ayat Suami kat anak dia hahaha.

12 comments:

  1. jom sis memancing...hahahahhahahah

    ReplyDelete
  2. Abahh mertua PC dan suami PC suka memancing.. Kalau dua beranak ni pergi memancing... Bergabung..parit depan rumah pun jadi mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @PC, ni anak bujang Sis dah minat mancing kemain suka Ayahnya, sebab dah ada geng katanya hehehehe

      Delete
  3. Kaki2 pancing laut pasti tau tempat2 ni
    Wak kadang2 mancing kat darat (sungai depan rumah) aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Wak, cuma kadang mereka tak tau boleh menginap di situ rupanya Wak hehehe

      Delete
  4. Bagus ni untuk kaki2 pancing. nasib baikla kita ni bukan minat memancing. kalau x mesti dh ke sini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaa @Mawardi..jom laaa ke Johor, tak mancing tapi lepak atas kelong hehehe

      Delete
  5. SA minat memancing tapi tak pandai..Abah SA suka memancing, hujung tahun ni nak bawak dia pergi bercuti kat tempat yang boleh memancing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Sis laa minat juga mancing, tapi nak pancing tu tak reti @Suria hehehe lepas ni nak minta Suami ajarkan ..

      Delete
  6. Memancing tempat macam ni baru syok. baru feeling memancing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, ada orang suka mancing tempat macam ni, ada orang suka mancing laut @Azhafizah hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.