5 TIPS MEMILIH FOUNDATION YANG BERSESUAIAN DENGAN KULIT MUKA

5 TIPS MEMILIH FOUNDATION YANG BERSESUAIAN DENGAN KULIT MUKA | Gaji seminggu lagi, time ni laa ko nak habis ek foundation huhuhu. Makanya kenalah gosok-gosok minta Suami belikan hohoho. Tapi biasanya memang Suami yang belikan pun. Maksud belikan tu, Sis beli then Suami bayar, dan ada masanya Sis beli, kemudian 'claim' hahaha. Maklumlah Isterinya tak bekerja.

Bukannya Sis kedekut atau takde budget sendiri, tapi ehhhh sukahati kita laaaa 😝

Biasalah kan orang perempuan ni, selagi boleh cover, selagi boleh cantik, selagi tu touch-up dan juga tepek. Siapa aje nak tunjuk muka 'tak siap' tu, melainkan mereka yang betul-betul konfiden dengan diri dia. Bagi Sis, dari dulu sampai sekarang, memang jenis tak bermakeup sakan. Hanya yang biasa guna, facial asas, pakai foundation, bedak compact, then celak kening, eyeliner, mascara dan juga lipstik, tu jerr..lain-lain tu jarang-jarang sekali nak guna.

Bukan tak konfiden nak makeup, tapi tak reti nak pakai makeup, ada kang Sis ko tepek makeup, korang terus tak kenal hahahaha..maklumlah musim Halloween ni kan hahahaha..tu pun kadang kalau kata takde mood, Sis tak pakai apa pun, tepek je bedak Johnson's Baby tu, sarung tudung, terus keluar, takde pun orang pengsan nengok muka Sis ko hehehe..

Ni nanti nak ajak Suami keluar pi Watson ke Guardian ke, nak beli foundation, dah hampir licin dah. Sis guna Maybelline ajerrr..time sale murah ko harga, haritu offer, buy 1 free1, pun dah habis ni guna. Lain-lain brand bukan taknak, tapi mahal, tak sampai budget Sis ko, pakai biasa-biasa sudah.

Biasanya korang beli foundation macam mana test? Ada tips? Atau main bedal beli jer?

Eh dulu Sis pun tak reti gak, lepas tu anak yang ajar, so sekarang dah pandai hehehe. Yang tak tau, meh Sis kongsikan 5 Tips Memilih Foundation Yang Bersesuaian Dengan Kulit Muka.

Jom baca.


5 Tips Memilih Foundation Yang Bersesuaian Dengan Kulit Muka

Foundation adalah salah satu produk penting yang kita gunakan dalam makeup harian. Memilih jenis foundation yang sesuai dengan kulit boleh dikatakan payah juga sebab ia datang dalam pelbagai tona dan formula. Ia juga produk yang boleh dikatakan tricky sebab makeup korang akan end up jadi flawless atau sebaliknya.

Sebab tu lah kena buat research sikit tentang jenis kulit korang sebelum beli foundation. Baru tahu ngam ke tak dengan kulit. Kalau salah pilih, tak pasal-pasal muka korang nampak berbeza.


1. Kenal jenis kulit muka korang

Perkara paling penting yang korang kena tahu sebelum beli foundation adalah kenali jenis kulit. Ini untuk memastikan formula dalam foundation tu sesuai dengan kulit korang.

Jenis foundation yang sesuai dengan kulit berminyak adalah oil-free liquid foundation ataupun powder foundation. Kulit korang akan lebih lembut dan korang akan dapat finishing yang matte.

Buat kulit normal, korang beruntung tau sebab boleh gunakan apa-apa jenis foundation tanpa fikirkan masalah kulit kering atau berminyak.

Untuk yang berkulit kering, penting untuk korang moisturize dulu muka sebelum memakai produk lain. Kedutan di wajah nampak ketara atas kulit kering. Jenis foundation yang sesuai untuk korang adalah yang oil atau water based. Korang boleh gunakan liquid foundation dan sebolehnya elakkan powder foundation.

Pernah tak korang pakai produk kosmetik, muka korang naik merah-merah, jerawat atau gatal-gatal? Haa.. tu maksudnya korang mempunyai kulit yang sensitif. Bagi mengelakkan masalah kulit yang lagi teruk, better korang tolak tepi produk atau foundation yang mempunyai fragrance atau alkohol.

2. Ketahui warna dasar kulit (Skin undertone)

Seeloknya korang pilih tona foundation yang seakan warna kulit, tak terlalu cerah dan tak terlalu gelap untuk mendapatkan hasil yang natural. Jadi korang kena tahu lah warna dasar kulit korang cool, neutral atau warm.

Caranya korang lihat kulit korang, kalau ia putih kemerahan (rosy), maknanya kulit cool. Kalau kulit lebih kepada kuning keemasan, tu kulit yang warm.

Neutral pula adalah kombinasi kedua-dua warna undertone tersebut. Bila korang dah tentukan undertone kulit, lebih mudah untuk korang shopping foundation nanti.

3. Elakkan SPF

Mesti benda ni bertentangan dengan benda yang korang selalu dengar, betul tak? Memang betul SPF tu adalah jawapan pada semua masalah, tapi kali ni cuba korang elakkan memakai foundation yang mempunyai SPF. Foundation macam ni selalunya lebih lembap dan tak smooth.

Jadi sebagai ganti, korang boleh memakai sunscreen selepas moisturizer dan kemudian boleh teruskan memakai foundation. Barulah kulit korang terlindung dari sinaran UV!


4. Test kat kulit dulu tau!

Biasanya kalau pergi drugstore atau makeup store, korang mesti akan calit produk pada kulit tangan kan? Sebenarnya warna kulit tangan dan muka agak berbeza tau jadi korang kena lah calit kat muka. Baru boleh nampak perbezaan atau persamaan tona warna produk dan kulit korang. Senang lah nak match!

5. Pilih yang ada serum

Membeli foundation sama macam membeli skincare. Bermakna korang kena pandai pilih yang baik untuk kulit muka. Jangan sewenangnya beli foundation tanpa korang tahu kandungan di dalamnya.

Macam mana nak dapatkan kulit yang lembut dan tak kusam walaupun dah makeup?

Haa.. jawapannya korang kena pilih foundation yang mempunyai serum. Fungsinya sama macam hydrating foundation, untuk menjadikan kulit korang smooth dan glowy sepanjang hari. Takdelah makeup korang bercapuk nanti.

Faham? Kalau tak faham, sila google hehehe..

Sekian itu aje nak kongsi. Nanti sambung lagi ek.
#SisSharing


P/S: Ada ke sini yang tak pakai foundation?

24 comments:

  1. Wah... perlu saya rekomendasikan ke istri saya nih,,,

    ReplyDelete
  2. Semalam baru je test foundation kat Guardiang tapi sayang gaji tak ada nak grab terus.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu iyerr @OB, Sis pun tunggu gaji ni nak beli, ada sikit aje tinggal tu, pakai korek-korek hehehehe

      Delete
  3. foundation kalau tak sesuai payah nanti. tone kulit berubah. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, dari kulit fair terus jadi tan @Farah hehehehe

      Delete
  4. Wahhh.. Dah habis ke foundation tu, gosok jgn tak gosok.. hahaha. Foundation ni bemda wajib bagi Mak Inche, maklumlah, kulit loba2 ni memang kena cover kalau tak nmpk mcm kusam jer. Bila guna foundation nmpklah mcm org sikit, hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kak @Seri, kena lee pakai untuk menutup cela yang ada, tapi sedikit aje, tidak betul-betul macam makeup artis tu kan...

      Delete
  5. thanks for sharing. baru tau pasal foundation dgn SPF tu. boleh lah beli nnt. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, samalah Sis, kalau anak tak bagitau, memang tak tau juga @Azlan..

      Delete
  6. Replies
    1. Sesama @Farah ..lets buy foundation hahahaha

      Delete
  7. sayaaaaaaaaaaaaaaaaa tak pakai fondesen...hahahhahaha! tak pandai lerr pilih! tolong ajarkan beli 1!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko muka dah lawa, mulus, tak payah pakai foundation @Sunah...

      Delete
  8. ammi pun mcm nak kene standby foundation.. susah2 nanti ammi 2 way kan je bedak tu..tak pernah lagi meng"two"waykan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sama, kalau dalam bag tangan Lin simpan 2 way cake tu Ammi @Sheila..senang nak touch-up ...

      Delete
  9. Terima kasih share. buntu juga tu nak memilih. memang berlama-lamaan depan rack kalau nak pilih foundation baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha samalaaa, kalau tak anak Sis ngajar, sampai ke sudah tak reti nak pilih foundation juga @Azhafizah ..

      Delete
  10. Kan.. Suami nak isteri cantik mestilah claim 🤣🤣🤣 foundation wajib pakai kalau tak muka pucat lain macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaa..claim kena claim kan @Ena hehehe...

      Delete
  11. Sis, SA pakai foundation yang sama..SA pakai code tu jugak dan ada beberapa code lagi SA beli asalkan kaler natural..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo samalah jenis kulit kita ek @Suria hehehe..time free 1 tu jangan tak beli, sebab harga asal mahal kan..huhuhu

      Delete
  12. biasa guna jenis cushion je. untunglah ada anak jadi penasihat, anak kami ni baru pandai jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe iyerr @Chris, anak laa yang mengajar Emaknya ni haa...jenis cushion Sis pun ada, tapi jarang guna..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.