FANPEKKA MALAYSIA MERAIKAN ULANG TAHUNNYA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

FANPEKKA MALAYSIA MERAIKAN ULANG TAHUNNYA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM | Korang yang duduk di Johor mesti selalu nampak akan taman tema tertutup di dalam AEON Tebrau City Johor kan? Rasa Sis ramai Ibu Bapa yang dah bawak anak mereka juga bermain di sini. Kalau Sis, adik Sis memang selalu bawa anaknya Mia tu bermain di sini, paling kurang 2 bulan sekali.

Apa Itu FANPEKKA?

FANPEKKA adalah taman permainan dalaman yang menyesuaikan budaya dan pendidikan Finland ke dalam setiap aktiviti dan peralatan bermain. FANPEKKA pertama di Asia Tenggara dibawa ke Malaysia oleh AEON Fantasy Co. Ltd. pada bulan Oktober 2016 diikuti oleh Thailand (Disember 2016), Indonesia (September 2017) dan Vietnam (April 2019).

Dan baru-baru ini FANPEKKA di AEON Tebrau City yang terletak di Level 2 (new wing) telah menyambut ulang tahunnya yang ke-3 tahun bersama 60 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Kasih Setanggi dan juga kanak-kanak dari Pertubuhan Anak Yatim Arr-Rayyan.

Sis juga berpeluang untuk turut serta menjadi tetamu jemputan bagi meraikan majlis ulang tahun FANPEKKA dengan penuh kemeriahan.




Pada tahun ini, FANPEKKA telah merombak taman permainannya termasuk ruang 'Party Room', perubahan hiasan taman tema, bilik permainan terbaru 'Fluffy Ballon Room', dinding cahaya yang dapat ditulis 'Writable Light Wall', dan peningkatan tambah baik peralatan bermain bagi menyediakan pengalaman bermain yang lebih baik kepada pelanggan mereka.

"FANPEKKA have been three years operated in Malaysia and in order to encourage children's independent growth, we do major revamped in July for the playground with hope it will improve customer enjoyment", said Mr.Li Rongcan, Senior Executive General Manager of AEON Fantasy Malaysia Sdn Bhd. 




"We also would like to thank you to the FANPEKKA fans who always support by visited our indoor playground since its opening three years ago and put a trust on us to provide an additional and conductive education experience", he added.

Sewaktu majlis ulang tahun berlangsung, kanak-kanak di beri kuiz menjawab soalan dan dapat memenangi hadiah misteri dari FANPEKKA. Juga acara memotong kek beramai-ramai, persembahan tarian dan juga kemunculan istimewa mascot-mascot FANPEKKA iaitu Titto and Rolly. Cuma Tontty aje tak kelihatan.

Pengunjung yang datang juga dapat turut serta dalam kemeriahan sambutan ulang tahun ini. Selepas majlis selesai kanak-kanak semua di beri peluang bermain sepuasnya di dalam tu. Dan kami juga di bawa oleh pihak FANPEKKA untuk melihat dan meninjau semua tempat yang ada. Memang menarik!

Video acara memotong kek boleh lihat di Youtube SINI 




Taman bermain tertutup FANPEKKA ini terbahagi kepada enam zon yang mempunyai daya tarikan bermain tersendiri yang dinamakan sebagai Lastern Castle, Lastern Ocean, Assembly Leikkimokki, Role Play, Toy Corner, dan Workshop. Setiap zon mempunyai daya tarikan bermain yang menawarkan peluang untuk belajar dan bermain pada masa yang sama.

Perlu di ingatkan, sebelum masuk ke dalam, korang kena pakai stokin, tak kira kanak-kanak atau pun dewasa. Jika tidak membawa atau pakai stokin, stokin boleh di beli di kaunter FANPEKKA. Ini bertujuan untuk langkah keselamatan dan juga kebersihan.




Lagi gambar boleh ke Facebook Pages @akusislin 

Dengan harga terbaru serendah RM 62 untuk kanak-kanak, dan RM 12 bagi Dewasa, korang boleh bermain sepuashatinya di dalam keluasan sebesar 27,500 sqft TANPA HAD (unlimited playtime). Haa main puas-puas, dari pagi sampai tutup pun boleh hahaha.

Jadi bagi korang yang takde idea nak bawa anak-anak bercuti di mana, bolehlah bawa ke FANPEKKA Malaysia di AEON Tebrau City di Level 2 (new wing) sini ya. Dan untuk bulan November, temanya adalah Superhero. Di buka setiap hari dari jam 10am hingga jam 10pm.

Sis pun dah tersuka pulak bermain dalam ni hahaha, nak join Mia nanti kalau adik Sis pergi hehehe.

Untuk info dan update terkini, korang boleh email kepada hazarimmah@aeonfantasy.com.my atau hubungi +012 330 8402 .

Facebook : FANPEKKA Malaysia 


P/S: Patutlah kalau Mia tu masuk, dia taknak balik, rupanya memang seronok duduk bermain berejam-rejam lamanya dalam tu hahahaha.

8 comments:

  1. meriahnya.. Tahniah Fanpekka :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Yang dewasa pun suka termasuk Lin ni @Wak, enjoy sangat main dalam tu hahahaha

      Delete
  3. Belum jumpa AEON Tebrau ni lagi. Entah bila nak ke JB tak tahu lah. Bagus betul AEON sana ada macam ni. AEON lain kena buat benda yang sama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai laaa, kalau datang roger-roger Sis ya @Azhafizah ..

      Delete
  4. nanti boleh la bwak dak Naura ke sini..Mesti dia suka ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee anak-anak mesti suka, bulan depan tema Superhero @Rohaida ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.