TAUFAN HAGIBIS - MOGA WARGA JEPUN DI LINDUNGI DAN SELAMAT

TAUFAN HAGIBIS - MOGA WARGA JEPUN DI LINDUNGI DAN SELAMAT | TERKINI Sekurang-kurangnya seorang maut sebaik saja taufan Hagibis melanda Jepun hari ini, dijangka membawa hujan yang memecah rekod dan angin kuat memaksa arahan berpindah dikeluarkan kepada lebih 1.6 juta penduduk.

Dikategorikan sebagai ‘besar’ dan ‘sangat kuat’, taufan itu juga menyebabkan pembatalan perlawanan Piala Dunia Ragbi, menjejaskan Grand Prix Jepun dan menyebabkan 1,600 penerbangan dibatalkan.

Agensi Meteorologi Jepun melaporkan, taufan itu diramalkan melanda kawasan tengah atau timur Jepun awal petang hari ini, membawa bersama angin selaju 216 kilometer sejam.

Bagaimanapun, sebelum taufan tiba, kumpulan luar mendakwa mangsa pertama meninggal dunia di China, timur Tokyo, yang turut dilanda badai hebat bulan lalu.


“Seorang lelaki berusia 49 tahun ditemui dalam trak mini yang terperosok. Dia dihantar ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia,” kata jurucakap Jabatan Bomba Ichihara, Hiroki Yashiro kepada AFP.

Menurut laporan media tempatan, Hagibis diramalkan sebagai taufan pertama yang dikategorikan sebagai ‘sangat kuat’ melanda pulau utama Honshu sejak 1991, ketika sistem kategori diperkenalkan.

Menjelang tengah hari, kira-kira 1.64 juta orang di kawasan terjejas berada di bawah perintah berpindah bukan mandatori, dengan pihak berkuasa mendesak warga tua dan mereka yang mempunyai anak untuk dipindahkan lebih awal.

Sumber Harian Metro 


P/S: Ngeri pula baca semua berita mengenai Taufan Hagibis ni, moga Allah lindungi mereka di sana (Jepun)..aamiinn..

10 comments:

  1. allahuakhbar.. semoga mereka semua selamat dan dilindungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, walaupun dah ada yang terkorban tapi kita tetap mendoakan yang lain-lainnya selamat kan @Siti ..

      Delete
  2. Allahuakhbar.. semoga mereka semua dilindungi..

    ReplyDelete
  3. bersyukur negara kita tiada bencana seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Wak, sangat menakutkan baca pasal Taufan Hagibis ni...

      Delete
  4. Semoga semuanya baik2 sahaja di sana & di negara kita juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn...insyaAllah yang baik-baik aja semuanya Kak @Seri ..

      Delete
  5. takutnya bila dengar berita macam ni melanda jepun..terus teringat kawan yang ada kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr takut dengar, moga semuanya selamat dan di lingungi Allah @Sunah...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.