PUNCA TRAFIK BLOG TURUN MENDADAK

PUNCA TRAFIK BLOG TURUN MENDADAK | Kalau dah namanya blogger, bukak aje blog, apa dulu yang kita lihat? Semestinya bagian 'stats' tu kan? Nak tengok pageviews (PV) semalam dan terkini. kalau di Malaysia, setiap jam 8am maka bermulalah PV baru bagi hari baru. Sama je dengan Sis ko ni, asal lepas aje jam 8am, tergedik-gedik nak bukak blog nengok PV semalam hahahaha.

Tapi yerr ada pasang dan surutnya PV tu. Kejap ada naik, kejap ada turun, nak maintain stabil memang susah. Kadang fikir, kenapa ek? Ermmm update hari-hari, tapi kenapa susahnya nak maintain PV. Bila Sis banyak membaca dan cari apa puncanya, oh! Ternyata ada benarnya juga kenapa trafik blog turun mendadak dari kebiasaannya.

Dan lagi satu yang kena amik kesah pasal blog ni, iaitu Baunce Rate (BR). Bila trafik nampak okay tapi kenapa kadar bounce rate naik tinggi?. Apabila kadar bounce rate naik tinggi, ia menandakan bahawa blog korang tidak mesra kepada pengunjung. Setakat harini BR blog Sis 1.24%. Tapi agak bimbang juga sebab BR nya rendah sangat pulak, ermmm.

[Baca sini]: https://www.hasrulhassan.com/2016/06/tips-trik-dapat-bounce-rate-blog-rendah.html

Ada masanya malas nak amik tau semua benda ni tau, serabut kepala aje, tapi bila kau rasa blog ko ni sumber pendapatan dan nadi kepada minat ko, makanya kena amik tau semuanya. Macam Sis banyak membaca untuk pengetahuan diri sendiri aje, nak share pun kadang tak berani, takut salah info. Sebab diri sendiri pun banyak kena belajar lagi. Tapi harini Sis rasa nak share di sini. Sebab ramai sangat PM kenapa PV mereka jatuh mendadak.


So ini jawabannya..
Sumber: Forbes

1. Tukar template baru

Penukaran template baru sudah pasti memberi kesan terhadap pageviews sesebuah laman web. Ini kerana search engine yang sebelum ini sudah menghafal blog korang terpaksa bermula dari bawah untuk mengindeks. Lebih-lebih lagi jika korang bertukar kepada template yang tidak mesra SEO. Ia biasa memakan masa untuk blog korang diindeks semula.

2. Template yang telah di-edit semula

Ya, memang betul korang tidak pernah tukar template. Tapi korang baru sahaja menambah kod baru dalam coding template dan mengubahsuainya secara tidak sengaja. Pengubahsuaian ini memberi impak besar terhadap kedudukan blog di enjin carian seperti Google.

3. Malas update blog

Mungkin penurunan trafik adalah hukuman bagi mereka yang malas update blog. Update lah sekurang-kurangnya hingga tiga entri seminggu supaya spiders dalam enjin carian dapat crawl blog dengan baik. Ingat, tiada entri baru, tiada pembaca.

4. Terkena sandbox atau penalti

Hati-hati, kerana perkara ini sering berlaku terhadap blog yang terlalu menekankan teknik SEO sehingga memanipulasi search enjin. Tindakan seperti ini akan dihidu oleh Google yang akhirnya menyebabkan blog korang ditendang dan tidak akan diindeks oleh SERP.

5. Terlalu kerap update/kemas kini blog

Sentiasa kemas kini blog ada juga keburukannya. Jangan salah faham, kerap update di sini bermakna mengemas kini blog. Senang kata susun atur dan menambah widget dalam blog tu.

6. Google mengemas kini algoritma

Enjin carian seperti Google setiasa mengemas kini algoritma mereka dan perkara ini akan mengubah ranking blog korang. Untuk pengetahuan, Google sentiasa melakukan kemas kini secara senyap dan blog korang mungkin terkena tempiasnya.

7. Kandungan blog tidak berkualiti

Konten adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan oleh setiap blogger. Jika kandungan blog tidak berkualiti seperti menulis entri terlalu pendek atau sambil lewa, pembaca tidak akan 'engage' dengan blog korang. Google dapat membaca perbuatan ini dan kemudian memberi laluan kepada blog lain untuk berada ranking terbaik.

8. Tukar domain

Tukar domain dari blogspot.com kepada dotcom kebiasaannya akan menjejaskan jumlah pageviews. Ini kerana robot carian Google perlu bekerja keras untuk mencari alamat baru blog korang. Jangan risau, ia hanya sementara sahaja dan trafik akan pulih seperti sedia kala.

So senang kata, rajin-rajinlah membaca dan update blog ya. Kalau takde idea tu, carilah bahan, janji update. Bahan apa? Hahahaha paling senang, ko update je media release, tapi ingat! jangan selalu sangat, kang dah jadi macam surat khabar pulak hahahaha.

#SisSharing ajer..moga bermanfaat.



P/S: Yaa sejujurnya blog Hasrul Hassan laa yang banyak Sis buat rujukan. Terima kasih Tuan HH, tunjuk ajarku Sifu!..

38 comments:

  1. Betul tu sis.. bila buka blog 1st mesti nak tgk statistik.. haha.. memang skrg atleast kena update 3x seminggu.. tak sempat update pendek.. banyak idea update panjang.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah kannn, penyakit angau ek bak kata Kak @Seri tu @Dilah..nak tido pun nak bukak tengok lagi hahahaha

      Delete
  2. Ayat last tu win. Haha. Hari2 mesti nak cek pv then apa yang dorang cari. So dari situ kite tahu apa kekuatan penulisan kite tapi nak rajin update tu ya ampun please ketuk kepala ni kejap 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan @ENa...kadang tu segala benda nak belek setiap masa, sampai naik serabut kepala nak adjust semua hahahaha...

      Delete
  3. Good sharing tapi blog saya mmg sendu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa @Shirven, keep update and terus update tanpa henti..

      Delete
  4. Tq info kak lin betul ekin banyak rujuk blog HH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Cik @Ash...memang kenalah banyak membaca untuk rujukan sendiri..

      Delete
  5. Saya no 7 tu biasa..

    Google dah hafal domain Saya..

    Sebab itu Saya terus berusaha menulis Dan terus menulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Mr @Hanafi, janji update aje selalu dan teruskan update. PV tu tolak tepi dulu, kita dulukan minat dalam menulis...

      Delete
  6. Sama mcm saya juga sis:) tapi kalau tengah busy, memang tak sempat nak update blog apatah lagi nak belek blog.Tapi ikut pengalaman saya, kalau nak maintain pv blog, tak perlu kerap update blog, tapi pastikan setiap kali kita update, content atau post tersebut mestilah yang betul-betul content yang berkualiti.InshaAllah, pv akan sentiasa maintain:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa setuju Cik @Matahariku..Sis sekarang baru nampak kesan impaknya dalam penulisan Sis yang lama, sebab bila tak update blog selama 6 hari, PV blog masih lagi maintain seperti biasa, so alhamdulilah, penulisan dalam blog Sis masih ada yang suka datang mmebaca...

      Delete
  7. sama! kaella kalau bab buka blog mesti tengok stats dulu, kalau PV turun banyaklah nak difikirkan tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn, semua orang mesti macam tu, dah macam penyakit angau kann Cik @Kaella ..

      Delete
  8. Info yang bagus, Sis Lin. LeYa pun memang jadikan Blog HH rujukan. Dan seronok juga baca blog sis yang hebat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe banyakkan membaca @Leya, jom kita sama-sama cari ilmu ya...

      Delete
  9. Template lama dulu BR rendah, yang sekarang ni kemain tinggi tapi PV ok pulak. Macam mana nak turunkan dengan pantas eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Sis pun pernah rasa macamtu juga @Ruggedmom..then lepas banyak membaca, terpaksa juga tukar template lain...tapi untuk BR tu boleh turunkan tu, Sis dulu tinggi cecah sampai 80% then Sis cuba macam yang HH ajar tu, lepas tu turun juga...tapi yang sekarang ni, template yang Sis guna ni PV okay, BR pun okay, so maintain aje yang ini..

      Delete
  10. Betul tu..kadang2 satu hari update 5 entry pun x bagus untuk blog..kadang satu dua entry pun x bagus..peningfikir..at last ikut je rentak...tp sesekali kena check gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa paling kurang 3 post okaylah @Suria, Sis kalau ada idea yaa update sampai 3, kalau tengah blur..1 pun dah cukup bagus hahahaha

      Delete
  11. tak pernah pun check BR, PV semua. Sebab ammi buat blog utk sukasuki diri sendiri je. WAlaupun ada adsense seketul kat situ.

    Lepas ni ammi cuba check ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Mami @Sheila, lepas ni cuba-cubalah check hehehe tapi jangan sampai angau macam Lin hahahaha asyik keje nak membelek mengodek hahahaha

      Delete
  12. Replies
    1. BR tu penting juga @Aisya, kadang kita terlpas pandang ...

      Delete
  13. Masih lagi belajar untuk mernurunkan bounce rate. Sebab bounce rate tinggi. Adudududu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga Sis @SL, masih banyak perlu belajar...BR tu puas duk godeh dan try and error, alhamdulilah now lega sikit..

      Delete
  14. pernah pv tgh naik lepas tu ada edit sikit, terus merundum PV. Padahal tambah sikit je..ber huhu je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa, kadang benda sikit je, tapi jadi effect banyak pada trafik, kann @Azhafizah huhuhu

      Delete
  15. terima kasih kerana menyampaikan perkara yang terbuku lama di dalam hati...ahhahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha samalah kitaa @Sunah..kakakakah ngekkkkkk

      Delete
  16. Uv pv nur 0 ni. Risau mcm tgh risau anak demam panas huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah try masukkan google analytics tak @Nur ?

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.