SDS MERDEKA SPECIAL MENU & SDS MID-AUTUMN MOONCAKE FESTIVAL

SDS MERDEKA SPECIAL MENU & SDS MID-AUTUMN MOONCAKE FESTIVAL | Kalau warga Johor pasti tau SDS Bakery & Cafe ni, tapi bagi di luar kawasan Johor, mungkin agak frust sikit sebab SDS tidak ada di tempat lain selain Johor hehehe. Yaa SDS Bakery & Cafe hanya di Johor sahaja.

SDS adalah satu tempat kesukaan Sis untuk datang lepak dan makan. Selalu Sis pergi di cawangan Johor Jaya. Tempatnya besar dan luas. Suka dengan dekorasi Cafenya. Gaya romantis gitu, penuh dengan bunga-bunga hehehe.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2018/04/lunch-sds-bakery-cafe.html

Dan untuk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Merdeka, SDS telah mengeluarkan menu istimewa sempena Hari Merdeka (31/8) sehingga Hari Malaysia bulan September (16/9). Dan menu special ini telah pun berlangsung dan korang boleh datang makan di semua cawangan SDS yang terdekat.

Yaa! promosi ini telah pun berlangsung dari sekarang (Ogos) sehingga bulan September 16/9/2019.



Merdeka Special - All Your Favourite Malaysian Flavours in one set meal. 

Hanya RM16.90 per/set sahaja!!
Korang boleh add-on RM 6.20 untuk dapatkan minuman air Limau Kasturi yang sangat segar! .

Dalam set tu ianya tersedia dengan Roti Paratha, Kari Ayam, Satay Ayam, Acar Sayur, juga Tauhu Sumbat. Dan juga di hidangkan bersama Puding Gula Melaka dan Air Limau Kasturi (add-on).
Dan jika korang nak add-on Nasi Portugese atau Roti Paratha (1 keping), add-on hanya RM 2 sahaja.


Makan, Selfie dan menang!

Dan yang bestnya, bila korang makan, jangan lupa amik gambar bersama menu dan upload guna hashtag #SayangiMalaysiaku dan juga tag @sdsgroups di IG atau page facebook.
Like yang terbanyak akan memenangi baucer makan di SDS .

Mana tau rezekinya, haaa menang baucer makan kan!!



Mid Autumn Mooncake Festival datang lagi di SDS Bakery & Cafe .

Buat peminat Kek Bulan pula jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya di SDS beserta kotak terbaru edisi 2019 yang sangat cantik!

Tahun ni SDS keluarkan kotak kek bulan sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang dengan design yang begitu cantik sekali!. Sis ko pun tersuka juga dengan beberapa jenis kotaknya. Bukan kotaknya aje, kek bulannya pun juga, kali ni sangat banyak jenis kek bulan yang dikeluarkan dan yang terbaru perasa cempedak!

Kalau yang Snow Skin Durian tu jangan cakaplah, tiap-tiap tahun rasa dia sangat tidak mengecewakan, gilerr sedap!!.



Signature Top seller :

- Kingu Durian Yuki (Yukino)
- Bamboo Guji Berry (Snowskin Mooncake)
- Traditional White Lotus Mooncake (New)
- Jack Fruit Crystal (New)




Beli secara online dan dapatkan diskaun sebanyak 10% !!
Website : https://sdsgroups.com/

FB : https://m.facebook.com/sdsgroups/ 
Instagram : https://instagram.com/sdsgroups

Dan untuk lihat lebih banyak gambar, boleh ke page facebook @akusislin ya


P/S: Ada yang tanya, apa rasa kuih bulan? Hahahaha rasa dia rasa kuih bulan laaaa ๐Ÿ˜†

13 comments:

  1. Huntungnya, asyik makan sesedap aje

    ReplyDelete
  2. murahnya set tuh... pastu kek bulan tu... peberet adik akak, kalau diaorg pegi situ mesti seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak terpanggil diri akak lak.. hehehhe

      Delete
    2. Hahahaha adeii tak pe @Norhidana, Sis lagi suka, muda sekejap Sis ko hahahaha...
      Set tu berbaloi Dana, bolehlah cuba nanti..

      Delete
  3. Replies
    1. Ye je ko @Tatie..jom laaa aku Tak pergi lagi Jeju...

      Delete
  4. Sejak bff kita dah dok Ipoh, memang tak pegi2 lagi sds sbb bf kita tak minat makanan macam ni, huwa3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak reti-reti nak ajak kita ke Mak Inche @Seri hehehehe

      Delete
  5. arghhh sedapnyaaaaaa moocake durian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, jom beli seketul, kita makan berdua yokk @Sunah ...

      Delete
  6. banyak jenis mooncake diaa ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Farah, tiap-tiap tahun begitulah ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.