NASIHAT 17 - BUKAN ALLAH TIDAK SAYANG

NASIHAT 17 - BUKAN ALLAH TIDAK SAYANG | Dan adapun orang-orang yang diduga Allah swt dengan melimpahnya harta kepadanya, maka mereka mengatakan lihatlah Tuhan aku telah memuliakan dan sayang kepada aku lalu memberikan aku harta yang melimpah ini. Ini orang yang diduga dengan banyaknya harta dan cara memahami kemuliaan yang diberikan Allah itu adalah salah.

Begitu juga bagi mereka yang diduga Alllah swt dengan kesempitan hartanya lalu mereka mengatakan Allah swt tidak sayang dan tidak cinta mereka. Ini juga salah kefahamannya. Jangan sesekali ada yang berfikiran demikian.

Jangan menganggap bahawa banyaknya harta itu beerti Allah memberi kemuliaan kepada kamu, dan jangan pula menganggap bahawa kurangnya harta itu beerti penghinaan kepada kamu.

Kerana sekiranya kemuliaan itu dinisbahkan kepada hartanya, maka Qarun tidak akan dilingkupkan bersama hartanya di atas muka bumi ini.

Sesungguhnya akan senantiasa ada orang-orang yang diduga dengan kekurangan harta.

Oleh itu wahai oang-orang yang diduga dengan banyaknya harta, daripada pemberian allah itu kamu tidak memberikan mana-mana bahagian daripada harta kamu itu untuk membantu anak-anak yatim dan juga mereka yang memerlukan, lalu kamu mendakwa diri kamu dimuliakan dengan harta kamu itu?

Masihkah kami mahu harta dengan sifat sebegitu?

Seseungguhnya hakikat hina adalah pada orang-orang yang diberikan harta namun berasa sombong dengan hartanya dan tiada membantu dan memberi manfaat kepada orang lain, yang akhirnya nanti dihukum oleh Allah swt.

Itulah orang yang hina, bukan orang yang mulia.

Maka jikalau kita diduga dengan kekurangan harta, maka cerminlah diri dengan peringatan sebegini. Mungkin sahaja jikalau dikurniakan harta, boleh jadi kamu tidak pandai gunakan harta itu untuk membantu orang lain kerana adanya sifat kedekut dalam diri kamu setelah itu. Jadi Allah tidak memberikan lagi kamu harta itu.

Oleh itu dapat difahami bahawa adakah itu nikmat ataupun musibah ?

Sudah pasti ia adalah nikmat kerana dapat dielakkan hukuman yang lebih besar daripada Allah swt .


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri .


P/S: Bersyukur selalu, pasti harta yang sedikit akan rasa banyak ..

8 comments:

  1. Dugaan harta melimpah ruah sama juga seperti kemiskinan. Dua-duanya 'menyeksakan'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar @Hamidi..moga kita todak tergolong dalam mereka yang bersifat tamak dan riak..

      Delete
  2. Semoga kita semua berada dibawah naungan rahmat tuhan.. Ameen

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sbb share isi kandungan buku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Tuan @Hasrul , ada 40 tajuk ke semuanya, akan Saya kongsikan di sini sebagai ingatan bersama..

      Delete
  4. terima kasih atas prkongsian ni akak.. semoga kita smua sentiasa dalam perlindunganNYA. amin..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.