AKU PENAKUT TAPI TETAP JUGA NAK LAYAN NETFLIX HORROR MOVIE

AKU PENAKUT TAPI TETAP JUGA NAK LAYAN NETFLIX HORROR MOVIE | Hahaha tak padan dengan penakut tapi nak juga Sis ko layan Netflix horror movie. Asal bukak je Netflix, ada je cite hantu seram baru, mana tak geram hahaha. Lepas tu bukan main eksen, nengok sengsorang, tapi seluruh alam rumah di bukanya lampu huahuahua.

Sampaikan bila anak Sis balik kerja malam, dia siap menumpang sekali nengok sambil makan hahaha. Selamat kejap ada geng teman. Kalau si kakaknya, jangan harap nak nengok cite hantu, dia kata 'donggeng', hantu entah apa-apa katanya, kalau nak tengok hantu, tengoklah hantu Korea katanya, baru real..ermmm..nak hantu ensem aje ek dia..hampeh!

Baru-baru ni Sis layan horror movie sampai 2 cerita. Mula nengok filem Pengabdi Setan. Kusss semangat punyalah seram gile, muka hantunya je dah menakutkan, berapa kali Sis ko menahan kencing gara-gara takut nak ke tandas hahaha. Anak balik kerja tu barulah pi kencing. Seram gile dia punya suspen hantu.

Ada sekali tu tengah tengok, Suami call, sampai Sis ko tak angkat, duk fokus nengok sebab masa tu hantu nak keluar hahaha. Lepas hantu dah keluar, Sis call Suami balik hahaha. Suami pun bebel gak, bukan apa, kata dia, kang dah tengok, mimpi memacam, pastu kang tak boleh tidur, sakit kepala, huhuhu panjang bebelan Suami..Sis ko dengo aje..

Korang nengok laaa, layan horror movie, boleh geng gan Sis dan Cik Lily Putih , dia pun #KakiNetflix gak hahahaha. Malam tu le kemaruk sampai 2 filem seram Sis ko layan, satu filem indonesia, satu lagi filem Thailand. Yang satu tu arwah bangun semula, yang satu lagi tu hantu langsuir.

Tapi seram pengabdi setan tu tak boleh bawa bincang!
Nasib baik perut rasa takde rasa nak terberak, kalau tak mampos menahan hahahaha.


Pengabdi Setan 

Korang dah pernah tengok ke? Sis pertama kali nengok ni. Filem seram Indonesia 2017 yang dikeluarkan pada 28 September 2017, ditulis dan diarahkan oleh Joko Anwar dan ia merupakan pembikinan semula dari filem 1980 dengan tajuk yang sama yang diarahkan oleh Sisworo Gautama Putra.

Ianya mengisahkan keluarga yang ibunya mengalami penyakit pelik selama 3 tahun. Ibu itu tidak dapat bertahan dan akhirnya mati. Ibu yang mati kemudian pulang ke rumah untuk mengambil anak-anaknya.

Tang Ibunya datang balik tu ler, kemain seram mukanya...tapi...last-last...geng hantu-hantunya kenapa pelik dan kelakar? Hahaha...

Korang nengok le sendiri nanti 😆


Inhuman Kiss 

Yang ini cite baru main wayang tak silap, Sis pernah baca review-review blogger yang pergi menontonnya. Tak sangka dah masuk Netflix. Filem seram Thailand  2019 yang diarahkan oleh Sittisiri Mongkolsiri dan dibintangi oleh Oabnithi Wiwattanawarang, Phantira Pipityakorn, dan Sapol Assawamunkong,

Mengisahkan seorang gadis yang mendapati dirinya telah mewarisi sumpahan Krasue yang membuat kepala dan badannya saat malam tiba terpisah.

Tak silap filem ni main wayang bulan Mac lepas. Tapi cite ni kalau korang pernah nengok filem Indonesia yang Kuyang tu? Haa lebih kurang samalah. Badan berpisah dengan kepala, antu langsuir juga tu, cuma jalan cerita ada beza sikit.

Apa yang Sis nak cakap..kadang kita pun tak tau kita ni manusia ke hantu, macam dalam cite nilah, dia tak tau dia kena sumpahan langsuir,...kesian dia kan...tapi last tu, alaaa sedih laa pulak huhuhu...korang negoklah sendiri ya..

Dah dah, tengok sendiri laaa yer.. nanti Sis nak tengok yang lain pulak, kemain banyak pulak dia masuk cite baru..hehehehe..

OkBai..
Nanti sambung lagi...
#KakiNetflix



P/S: Kalau ada Suami nengok dengan dia, Suami suka menakutkan Sis, dari memang seram, bertambah seram jadinya huhuhu

10 comments:

  1. Sy minat cerita seram, sy biase streaming je.. Netflix tu kene bayar kan? Mahal x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo cubalah Netflix, untuk bulan pertama percuma aja @AZ, nanti bulan keduanya baru bayar rm50 sebulan, tapi boleh guna 4 user.

      Delete
  2. Saya pun minat gak tgk cerita seram ni .. tapi biar ada jalan cerita yang jelas .. tak suka yang asyik jerit, lari, jerit lari ... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha samalah Sya Tuan @Hasrul, suka yang suspen dan hantunya penuh misteri jalan ceritanya...janji betul-betul hantu bukan mimpi ...

      Delete
  3. busyra suka tngok horror movie jgk.. best.. walaupun kadang tu nk terlucut la jantung ni. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jantung nak terlucut jangan cakaplah @Busyra, macam haperr nahan kencing hahahahaha

      Delete
  4. Suka jugak cerita seram tapi nak tengok sorang sorang takut yakmat. Kalau siang tu boleh tahan berani lagi 😂

    www.teacherbasariah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kann @Basariah, Sis ni gigih juga nengok sengsorang tapi semua lampu buka, kalau kata nak kencing, tahan leee s=di situ hahahaa nak juga tengokkan hahahaha

      Delete
  5. Saya memang sarender dalam cerita seram begini..

    Orang nak cakap apapun Tak kisah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ooo baru tau Tuan @Hanafi juga takut seperti Saya, tapi Sya jenis nak juga nengok hahahaha walaupun penakut hahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.