PETUA DAN TIPS MENJAGA POKOK KAKTUS

PETUA DAN TIPS MENJAGA POKOK KAKTUS | Siapa sini peminat kaktus? Yang Sis tau buat masa ni, geng blogger Sis, Mat Gebu tu tengah gasak kemaruk membela kaktus.. Eh membela ke? lain macam pulak ayat membela, macam bela saka pulak daaa...hahahaha.

Dulu Sis juga peminat kaktus ni. Ingat lagi pergi Cameron, memborong kaktus sampai rm50 hengget ko! Sekali bawak balik Johor, tak sampai seminggu, kiokkkk semua kering cokelat mampos! Geram ke tak geram. Padahal dah menjaga, siram dan letak bawah bumbung lagi, pun kojol. Terus lepas tu dah jadi malas nak tanam..ermmm

Then sejak-sejak ni geram pulak nengok kaktus Mat Gebu tu, kemain gemuk gebu macam dia. 
Agak baja apalah yang dia gunakan..hahahaha So bagi korang yang suka dan minat nak menanam kaktus ni, Sis kongsikan sedikit petua yang boleh membantu korang untuk menjaga kaktus tu ye.

[Sumber] : http://homekaktus.blogspot.com/2013/12/tips-penjagaan-pokok-kaktus.html

Tengok tu kaktus Mat gebu. sampai dah berbunga, Oii tengok kaktus le bukan tengok tangan dia, tangan jari dia memang gebu. 
Setelah korang menanam kaktus jangan dibiarkan begitu sahaja. Pokok kaktus memerlukan penjagaan yang khusus supaya pokok kaktus tersebut membesar dengan baik. Sebenarnya sangat mudah perkara ini dilaksanakan

Berikut merupakan cara-cara menjaga pokok tersebut:

  • Elakan kelembapan pada pokok kaktus anda kerana ini akan merosakan kaktus tersebut. Jangan meletakan pokok kaktus korang terdedah kepada cahaya sedikit. 
  • Jangan letak pokok korang di tempat yang terselindung dan mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
  • Jangan menjemur pokok kaktus di bawah terik cahaya matahari. Kebanyakan orang salah faham bahawa pokok kaktus tahan dengan cahaya matahari tetapi hakikatnya tidak semua pokok katus tahan akan cahaya terik. Pokok kaktus yang ditanam di rumah tidak boleh dibuat begitu. Kesannya pokok kaktus tersebut akan terbakar di hujungnya menjadi warna coklat dan kehitaman.
  • Tanaman kaktus tidak boleh disiram setiap hari kerana ini akan menyebabkan pokok tersebut lembap. Sebaiknya siram kaktus tersebut sebanyak 2 kali seminggu menggunakan spray. Ciri tanaman yang lembap adalah hujungnya terasa lembik.
  • Kaktus juga harus diberi baja yang boleh didapati di kedai menjual bunga. Baja tersebut harus dimasukan ke dalam tanah dan kemudian harus ditimbus kembali.

PENANAMAN

Pokok kaktus akan bertambah sihat dan segar di dalam persekitaran terbuka serta banyak cahaya, tetapi tidak dapat hidup sempurna di dalam persekitaran yang lembap, basah dan bernaung.  Campuran tanah yang hendak digunakan mestilah peroi dan berongga untuk membolehkan pengaliran air serta udara yang baik supaya campuran tanah dalam keadaan kering.

Campuran tanah yang sesuai perlu mengandungi satu bahagian tanah peroi atau tanah bakar, satu bahagian bahan organik tanah gambut dan satu bahagian pasir.  Campuran ini perlu ditambahkan baja asas seperti baja organik NPK 8:8:8 atau NPK 10:10:10 dan kapur (GML) dengan sukatan 100 hingga 150 g, kedua-duanya bagi keperluan 20 hingga 30 pasu kecil (Kira-kira 15 cm).

PENYAKIT DAN SERANGGA

Selalu, punca pokok kaktus rosak dan musnah ialah air dan kelembapan yang tinggi serta berterusan.  Keadaan ini perlu dikawal terlebih dahulu, termasuk cahaya dan naungan.  Serangan penyakit dan serangga selalunya tidak begitu ketara.  Bagaimana, sesekali perlulah disemburkan racun kulat atau setangga sebagai langkah pencegahan.

Serangga seperti koya, hamama dan kutu terip sering didapati menyerang pokok kaktus, selain reput batang dan akar.  Untuk kawalan, dinasihatkan supaya mengguna racun seragga sesperti malathion dan diazinon serta racun kulat seperti thiram, captan atau dithane.

Sekian..moga bermanfaat .
#SisSharing


P/S: Tapi macam nak hunting kaktus lagi laaa hehehehe.

14 comments:

  1. Pernah ada kaktus yang comel2 tu, tapi mati dah pokok kaktus tu. Sebab letak dalam bilik dan tak dapat cahaya matahari langsung. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe samalah kita @Amirul, bela pokok kaktus comel-comel tu sekali tak sampais ebulan, kiokkk semua hahahaha

      Delete
  2. ramai kasi sy pokok kaktus at the end mati sbb sy x jg hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, apalah silapnya kan @Anies, memang tak pandailah nak bela kaktus huhuhu

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahaha sama aku, jadi serik nak bela kaktus @Tatie, tapi sejak-sejak ni geram nengok orang punnyaaa

      Delete
  4. Dah brp kali beli semua mati, sebab memang tak dijaga pun, dgn anggapan cactus tu mampu hidup sendiri, hahaha. Iman lagi best, dari beli, bawa balik, dibiar jer dalam bungkus sebab lupa, hahhaha. Itulah bezanya orang beli kerana minat dengan orang beli kerana cantik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kak @Seri, dulu lagi banyak beli dan bela kaktus ni, sekali tak sampai sebulan mati semua..
      Agaknya tangan tak serasi nak bela kaktus.
      Kes Iman tu dah macam tahap membunuh kaktus hahahhaa

      Delete
  5. dulu2 rajin jugak bela kaktus ni..siap berbunga2 lagi...tapi bila terlalai sikit jaga dia, terus kiokkkk...hahahha! malas lah nak bela lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa sama je le ek @Sunah dengan semua orang yang di atas hahahahahaa

      Delete
  6. Replies
    1. Hahahaa nanti ko semaikan, aku bawa balik ke @matgebu hahahaha

      Delete
  7. Ni kalau pergi Cameron Highland, nak borong banyak banyak sebab kat sana murahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ko dulu gitulah, borong kemain banyak, sekali balik Johor, tak sampai sebulan mampos semua @Uyul ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.