BERKAWAN BIAR SERIBU, BERKASIH BIAR SATU. BERMUSUH? BIAR MEMBISU

BERKAWAN BIAR SERIBU, BERKASIH BIAR SATU. BERMUSUH? BIAR MEMBISU | Itu pepatah baru Sis Lin ko hahaha. Betulkan, berkawan biarlah beribu, berkasih biar satu, tapi bermusuh? Biar membisu, sebab kalau dah bermusuh, buat apa nak banyak cakap, membisu lebih baik dari mencetuskan perang! Kang masing-masing nak menang, sampai ke sudah tak habis ceritanya.. Hahaha.

So bagi Sis nak kekal berkawan bukan senang, ada aje masaalah akan Allah duga, ikhlas dan tolak ansur ke tidak, itu akan dapat kita lihat sepanjang berkawan, kalau semua kawan ada sifat itu, maka kekal laa selamanya.

Tapi bagi Sis pulak, ikhlas dan tolak ansur tu senang orang nak buat dan lakukan, cuma Sis lebih suka cari dan tergolong dalam kawan yang jenis ayat sekarang 'poyo, tahan gurau, open minded dan tahan kena sound direct', haaa yang itu Sis suka berkawan..

Sebab jenis Sis ko, kalau tak suka akan sesuatu, Sis ko akan tanya depan-depan, tak kiralah siapa pun. Jenis yang memang tak tahan dengan sikap Sis, memang akan 'blah' laaa, sebab dia tak faham jenis berkawan. jangan depan aku kau baik aje, belakang aku...puiii tikam bertubi-tubi..haaaa gitu!

Dan kalau tak suka, mai cakap depan Sis, Sis terima seadaanya. Takkan sentap, cuma dah fahamlah apa yang serasi dan tak serasinya bila bersama.

Dan...dalam golongan kawan Sis yang paling lama Sis berkawan, adalah #GengBasSekolah76 Sis..phewww bapak lama kawan, dari zaman sekolah rendah darjah 1 sama kelas, sampai bawa ke hari ini punya lamanya..ko ngase?

Gaduh? Tidak pernah sama sekali.
Nangis? Kami nangis sama-sama
Susah? Kami saling membantu
Senang? Kami sering berkongsi
Gemuk? Kami gemuk sama-sama ๐Ÿ˜†

Dan mereka adalah.... S A H A B A T _ S E J A T I


“Friendship is born at that moment when one person says to another, ‘What! You too? I thought I was the only one.” – C.S. Lewis


“A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accepts you just the way you are.” – Unknown


“Friendship is the hardest thing in the world to explain. It’s not something you learn in school. But if you haven’t learned the meaning of friendship, you really haven’t learned anything.” – Muhammad Ali


“If ever there is tomorrow when we're not together… there is something you must always remember. You are braver than you believe, stronger than you seem, and smarter than you think. But the most important thing is, even if we're apart… I'll always be with you.” – Winnie the Pooh


“Let us be grateful to the people who make us happy; they are the charming gardeners who make our souls blossom.” – Marcel Proust


“Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget.” – Unknown


“For beautiful eyes, look for the good in others; for beautiful lips, speak only words of kindness; and for poise, walk with the knowledge that you are never alone.” — Audrey Hepburn


“If you go looking for a friend, you’re going to find they’re very scarce. If you go out to be a friend, you’ll find them everywhere.” – Zig Ziglar

Semalam punya cerita ni, dari Ikea ke Jusco Tebrau, sambut besday salah seorang dalam group kitaorang 'Happy Birthday Ima', and thank you SDS. Ada seorang lagi ahli dalam group #GengBasSekolah76 ni yang tak dapat join sekali semalam.

Nak kumpul semua bukan senang, so mana yang free dan sempat ajelah yang join semalam, tu pun syukur hampir semua ada. Pun plan last minit baru menjadi.

Terima kasih SAHABAT untuk persahabatan ini. Moga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah.
Aamiinn..


P/S: Kami semua dah 43 tahun. Jangan tak caya. Sis duk bayangkan nanti kami tua sesama, macam analah kan hehehe..

8 comments:

  1. Setuju dengan Lin.. Kak Sue pun macam Lin. Cumanya pernah lah bila kita cakap apa yang kita tak puashati tak nak terima pula bila cakap dedepan.. last-last bawa diri je lah.. senang.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Kak @Sue, dah macam-macam kawan kita jumpa kann, ada yang boleh terima apa kita kata, ada yang terus boleh jadi gaduh...tapi yang memang faham Lin, mereka tau lerr..

      Delete
  2. Sy pon jenis yg suka cakap direct, rasa lagi mudah nak berurusan... Kdg2 bunyi mcm kasar, tp bila dah lama kenal okey je sbnarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @AZ, lebih puashati dan takde benda nak dendam dan simpan.. sebab tu kawan Geng Bas Sekolah Sis ni boleh tahan lama, sebab memasing suka cakap lepas, takde nak sentap-sentap hehehehe

      Delete
  3. lama pulak rasa tak reunion dgn bff zaman sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti meriah tu kalau sekali jumpa, Sis ko ni yang kecoh kat group, sekali jumpa mereka, bertambah riuh, nasib tak retak dinding Ikea @Hernee hahahaha

      Delete
  4. best kan dpt kumpul ramai2.. sahabat itu manusia yang ada dengan kita selain keluarga sendiri. mereka juga orang terpenting dlm hidup kita.. Semoga dengan ukhwah ini dpt merapatkan lagi hubungan masing2. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer sangat setuju..apa-apa mesti kawan dulu kan @Busyra..
      Aamiinn, makaseh doakan persahabatan kami...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.