SEHARIAN MENUNGGU DI PUSAT SERVIS HONDA - YONG MING MOTORS

SEHARIAN MENUNGGU DI PUSAT SERVIS HONDA - YONG MING MOTORS | Yaa masa post ni di taip, Sis ko baru aje satu jam sampai rumah. Dari jam 9am keluar rumah, terus ke Honda Skudai sana, then menunggu sampai laa siap keretanya. Menunggu lama sebab Sis takde buat appoinment, main redah walk in aje, kira nasib laa kalau cepat ye cepat, kalau banyak kereta, memang lambat laa siapnya.

Macam harini banyak kereta, memang dah tau akan siap lambat, tapi takpe, memang kena servis juga, so Sis ko menunggu laa sampai siap. Nasib juga tempat servis Honda sini tempatnya selesa, dan ruang menunggu dia yang baru renovate tu bertambah selesa dari sebelumnya.

Kenapa hantar jauh ke sini?

Sebab Sis beli Jazz tu di sini, so malas nak pergi tempat lain, dan juga Sis dah kenal mereka yang selalu Sis servis dengannya, senang nak berurusan kalau ada apa-apa. Staff dia semua pun peramah, very friendly, tu yang lebih selesa di sini.


Kalau menunggu di sini, ada mini cafe juga dalamnya. Takat kalau nak isi perut pepagi tu, okay sangat. Tapi hanya ada kuih karipap yang non stop di topup, dan juga mesin air Coway dan mesin air nescafe, milo, latte dan juga teh tarik (rasanya itulah yang asa airnya).

Bilik air pun ada di sediakan, surau nak solat pun ada, so kalau korang menunggu situ, memang semua ada lah. Tapi kebuhsanannya, makk aiii...macam menunggu durian tak luruh-luruh hahaha. Kalau tau bawak laptop macam orang sebelah tu hehehe.


Baru menunggu kejap, Sis try mesej adik Sis, Mamanya Mia, kalau dia tak bizi minta dia amik Sis di Honda tu. Alhamdulilah dia tak sibuk, so kejap tu dia datang amik Sis. Dapatlah juga lepak kat rumah Emak, sambil melayan di Mia dan Danny tu. Mata tak mengantuk pulak tu, kalau menunggu kat sana kemain mengantuk! Geram plak Sis ko..

Kali ni Sis servis meter dah sampai 120 ribu km. Baru 3 tahun pakai Jazz tu, tapi kilometer perghh dasyat kan hahaha. Mana taknya, masa amik Jazz ni, anak bujang Sis masih bersekolah tingkatan 4, dan bersekolah di Aminuddin Baki area Hutan Bandar sana, yang Sis pulak dah berpindah di Pasir Gudang. Bayangkan 2 tahun hantar anak sek ulang alik dari bandar ke Pasir Gudang, tak ke jauh, pheww.. Tahan lasak oii Jazz ni. Tak padan kecik!


Jauh juga dah perginya, sampai Sis ko bawak ke hulur ke hilir ke Paka dan KL juga. Jimat minyak pun ya. Kalau isi penuh rm70, kalau sampai KL atau Paka, hanya jalan separuh aje minyaknya. Jimat ke tak tu?

Dan sekarang pun Jazz tu dah di ambil alih si kakak pulak, esok dia dah nak balik ke Shah Alam sambung Masternya. Makanya selamat tinggallah Jazz huhuhu. Tu yang harini kena hantar servis juga. Tak kisahlah menunggu lama ke tidak. Lepas ni Maknya bawak kereta Ayahnya laa pulak, adeii bercinta nak parking!!.


Tadi pun masa adik Sis hantar semula ke Honda, menunggu lagi Sis 2 jam, kereta tak siap lagi, ingat le siap dah awal sikit, rupa..menunggu lagi..Nasib baik ada karipap hahaha. Siap aje kereta, terus pecut balik, nak elak jem orang balik kerja, kalau lambat kang, ada naya pulak sangkut jem, selamat semuanya dipermudahkan.

Sampai rumah, perut lapar giler, nasib ingat, harini ada order Laksa Penang dengan kawan Sis. Terus singgah rumahnya amik Laksanya. Sampai rumah terus makan, lapar kedaung! Tapi dalam pada makan Laksa, dah siap nasi goreng kampung dan juga ayam goreng dalam kuali untuk anak-anak makam malam, jadi laaa ye. Mak letih benor nak masak beiyer. Makan aje lah apa ada.

Malam ni nak tidur awal. Esok lagi banyak urusannya. Mana Kakak nak balik dah, Si bujang pun nak balik juga. So kena bangun awal Sesubuh nak masak untuk anak-anak.

Lepas ni sunyilah rumah huhuhu.

Okaylah, nanti sambung lagi ya.
OkBai. Good nite.


P/S: Kereta nak bagus? baik? Rajin-rajinlah servis. Tak kisah jenama kereta apa pun sekalipun.

6 comments:

  1. Betul tu, Lin. Kereta kalau dijaga dgn baik & servis on time, insyaAllah, lama jasanya. Mcm Hyundai Matrix kita sbelum ni, miligue nya dah 500km++, tapi dah smpi masa agaknya jodoh telah berakhir, terpaksa dilepaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak @Seri, Lin suami isteri memang menjaga betul servis kereta, beli memahal, takkan nak bior je, pepandai le nak menabung servis kereta...nak pakai lama nuu...

      Delete
  2. Itu lah. Teringat masa pergi Gambang. Memang jimat minyak lerrr Jazz ni..lepas ni bole riki2 kot nak pakai Jazz je..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa @Sunah pakai cakap jawo laaa hahahaha..
      Boleh Sun, moga ada rezekinya nanti..aamiinn

      Delete
  3. Dah jauh perjalanan (mileage) si Jazz ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta tahan lasak ni @Wak, walaupun kecil tapi jauh dah perginya hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.