SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1440H/2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1440H/2019 | Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakyat Malaysia dan khususnya pembaca blog @akusislin. Kepada yang lain-lain Sis ucapkan selamat bercuti.

Dan Sis juga mengucapkan Selamat Menunaikan ibadah haji dan ibadah qurban. Semoga ibadah yang dikerjakan diterima Allah s.w.t.

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Semoga kisah pengorbanan Nabi Ibrahim masih segar dalam ingatan.

Apa sahaja yang kita korbankan keranaNya, semoga diterima dan mendapat ganjaran daripadaNya, inshaaAllah.


Korang raya di mana tu?

Sis pagi nanti macam biasa, ke rumah Emak, Suami semua solat hari raya mesjid depan rumah Emak aja, then petang nak ke rumah adik menjamu masakan daging kurbannya. Katanya nak masak sup tulang power! Perghh sedapnya..

Sis masak tak? Of course le masak, rendang daging, ayam masak merah semua dah siap dah masak tu. Cuma Subuh nanti nak masak sayur lodeh. Tahun ni Suami kata tak payahlah masak kambing, nanti dapat daging kurban, banyak sangat makan daging katanya.

Betul juga kann, so masak apa seadanya ajelah kali ni.
Dan terima kasih buat Suami, tak sangka raya haji pun dapat hadiah ek hehehe ..

So, korang...enjoy the hari raya ya!
Makan daging tu beringat-ingat tau!..



P/S: Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga takbir yang bergema membawa seribu keberkatan bersama-sama erti pegorbanan sebenar.

10 comments:

  1. Salam Aidiladha Sis sekeluarga. Betul.. Daging fresh ni lain macam sedapnya tapi kena berpada maknanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hari Raya Haji buat @PC juga...
      Kann PC, dapat terus masak sup, sedapnyaaa

      Delete
  2. Salam Aidiladha 1440H
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Haji juga buat @Wak..
      Maaf salah silap ya Wak ..

      Delete
  3. Salam Aidil Adha sis..weii dapat hadiah apa haaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya @Sunah ...
      Dapat hadiah jam tangan lor hahahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Selamat hari raya haji juga buat @Uyul ..

      Delete
  5. Selamat hari raya Aidiladha Sis...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.