USIA BLOG AKU DAH CECAH 11 TAHUN

USIA BLOG AKU DAH CECAH 11 TAHUN | Yaa bulan Ogos adalah bulan kelahiran blog Sis, dari tahun 2008 sehinggalah kini 2019, sudah mencecah 11 tahun kini usia blog Sis. Mula dari blogspot, dan sekarang dah jadi dot com. Alhamdulilah, blog masih wujud dan Sis pun masih lagi di gelar blogger dan masih lagi menulis dan membebel entah apa-apa aje di sini hehehehe.

Lama gilerr kann, dah 11 tahun, kalau ada anak, dah darjah 5 dah hehehe. Pernah stop sekejap menulis 2 tahun, masa tu sibuk baru berpindah rumah dan juga Sis sakit. Bermacam kisah bermacam ragam orang, berjenis manusia yang Sis kenal sejak menulis blog ni. Ada yang sehingga sekarang masih lagi Sis berkawan dan ada juga pun hilang entah ke mana.

Bermula dari kotak MsjBox, kemudian terus ke facebook, dan kini instagram juga twitter, dan akhirnya masuk team JDT Blogger dan juga JOCOM, Sis terus dan terus menambah ilmu dari mereka yang Sis kenal dan ianya menjadikan blog Sis semakin ramai pembaca dan juga semakin orang tau siapa 'Sis Lin' ๐Ÿ˜‡


Aku Menulis Bukan Kerna Nama 

Yaa Sis menulis bukan kerna nama, tapi kerna minat. Banyak yang Sis kongsikan di sini sekadar apa yang #SisSharing. Suka bila dengar orang suka penulisan kita dan komen sebagai tanda sokongon. Post-post di blog tu ada juga Sis google, tapi banyaknya Sis membebel ajer. Takde cite lain, kalau tak cite masak, cite pasal anak dan family, cite pasal aktiviti harian dan cite cuti-cuti jalan-jalan cari makan, tu jer.

No isu politik, no gossip artis dan tiada isu hangat, melainkan kalau cite makan #Viral hehehe.

Buat apa menulis kerna nama kalau penulisan kita ni saje nak buat gempak! Nak publisiti murahan? Tak payah tulis blog, pergi je viral di laman sosial lain, kat blog ni kalau ko buat hal macam tu, sedikit sebanyak, semua blogger dapat tempiasnya tau! Tak memasal mereka menuduh blogger ni menulis sebab nak cari nama je, nak suruh orang baca artikel..huhuhu sedih tau cmni.

Jana Pendapatan 

Yang ini ya, tak macam dulu mula menulis, takde terfikir nak buat duit dengan blog, dulu kami menulis bersaing-saing, memasing menunggu cite memasing update. 24jam asyik le refresh blog kawan tu, nak jadi pembaca pertama, tapi sekarang? Hurmmm..orang sampai malas nak masuk blog kita, sebab, baca je tajuk, orang dah tau dah, mesti cite pasal produk review atau events..

Tapi mereka tak tau, itulah cara 'kerja' kami untuk dapat duit, huhuhu

Bagi Sis, Sis tau di mana letaknya kekuatan dan genre blog Sis, kadang ada dapat dari PR yang nak collaboration, tapi sebab macam tak sesuai dengan blog Sis, so Sis tolak aje. Dan syarat yang dikenakan pun nak kena buat video, oh! Sis memang tak buat video, amik video boleh hehehe.

Buat masa sekarang jana pendapatan dari Google Adsense je, Ni iklan adsense dalam blog Sis kena hold, Sis tengah tunggu no pin code dari adsense. Nuffnang? Lama tak masukkan dalam blog, macam sendu je sekarang, tak macam dulu..tak tau kenapa Nuff tu..

Misi Seterusnya ...

Ni bukan misi jururawat ye, ni misi atau matlamat blog. InsyaAllah nak perbaiki lagi cara menulis, cara perkongsian cerita, dan sekarang pun memang sentiasa baca dan terus membaca dari sifu-sifu SEO yang berkongsi di blog mereka cara nak naikkan PV blog, alhamdulilah juga sekarang banyak perubahannya pada blog Sis. Mia dan Sunah banyak juga membantu.

Apa-apa pun Sis masih lagi belajar dan masih lagi di tahap blogger sendu sendi jer, banyak lagi nak kena belajar dan banyak lagi nak kena perbaiki.

Terima kasih buat semua SAHABAT yang sentiasa menyokong Sis, terutama Suami. Sebab Suami izinkan Sis menulis dan berkongsi di sini, kalau Suami tak izinkan, ermmm senyap lenyap aje lah blog ni hehehehe..

Okaylah panjang pulak membebel, nanti sambung lagi ya. Sis nak berkemas sementara Suami settlekan BUBU dia. Kejap lagi nak gerak ke Kuala Lumpur. Tak sabar nak menunggu hari esok.

Esok ada apa? Tunggu post seterusnya ya..
OkBai.



P/S: Special penghargaan buat Mat Gebu yang banyak sekali memberi sokongan dalam bab menulis blog ni. i love u Mat! #JanganKecamSis

26 comments:

  1. wowww.. tahniah sis dah 11 tahun berblogging.. tp betul tu sis, zaman dulu lain kan.. masing2 update blog cerita pasal life diorang.. tak sabar nak tunggu kawan2 update.. walaupun x pernah jumpa tapi mcm dah kenal lama bila baca blog kawan2.. tp skrg ni kalau blogger baru pun ramai yg update sbb review jer.. mcm boring sikit.. biar la campur2 review dan jugak lifestyle kita.. baru la tak boring nak membaca.. haha.. tu pendapat dilah la.. sori terpanjang pulak komennya.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr kan @Dilah, duduk depan laptop refesh menunggu kawan siap update..teruja gitu..
      Sekarang kadang tengok tajuk je dah malas nak klik, sebab sama je semua review benda yang sama...So memang kena pelbagaikan kan...
      Tapi terpulanglah pada masing-masing kan...

      Delete
  2. wahhh syabas kak, lama dh blog akak ye... blog dana dh nk masuk 10 tahun, tak sangka panjang umur blog dana ni hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa tahnia juha buat @Norhidana, lama juga tu 10 tahun. Kipidab dan dongibab Dana..teruskan menulis...

      Delete
  3. tahniah.. baya anak dara saya.
    and I've been blogging since Apr 2006 (baru check tadi hehehe). Tapi jumlah post suam-suam kuku je sebab mood menaip pasang surut.

    anyway keep on writing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kannn nak upsr dah...
      Tak apa, janji ada juga menulis sebulan sekali seminggu sekali pun jadi le. paling bagus 1 hari sekali...
      Kipidab dongibab ya @Sheila ...

      Delete
  4. alhamdulillah tahniah sis,,, lama tuu .. keep blogging. and writing.. jadi digital nomad. hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh @Wani...Wani juga tau..teruskan berkongsi resepi ya!!!

      Delete
  5. Tahun depan dah boleh amek upsr Lin, hehehhe. Tahniah Lin, samalah kita menulis bukan kerana nama. Tapi pencapaian Lin amat membanggakan. Kita masih bertahan dengan blogspot, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee kan Kak @Seri...
      Sama-samalah kita Kak..Akak pun banyak nasihat dan bagi sokongan pada Lin..makaseh Kak...

      Delete
  6. tahniah sis... kita pun bulan ogos gak..hahaha

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.Syukur.Bukan mudah nak mempertahankan dan terus menghidupkan blog ni Sis.Nak hidupkan blog jangan kata 11 tahun...nak bertahan setahun pun sakit sebenarnya ada pasang surut mood dan idea pun ya juga..Moga Sis terus dilimpahkan idea untuk berkongsi ceritera di bloh Sis ni..moga juga setiap apa yang Sis sampai dan kongsikan menjadi saham terbaik kelak.Teruskan berkarya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @PC, idea tu kadang buntu gak, tapi sebab minat nak share pada semua di blog, kadang up juga apa yang sekadar boleh walaupun copy dari website lain, janji blog update...
      Makaseh PC ...

      Delete
  8. Tahniah kerana masih Menulis dalam blog..

    Ramai geng blogger dah bersara juga ..

    Saya belum tahu lagi bila nak bersara kerana blog is my passion

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Tuan @Hanafi, ada seangkatan saya dulu semua blog dah terkubur dah heheheh..tapi saya tetap teruskan sebab dah minat...

      Delete
  9. syabas dan tahniah Sis Lin..
    memang lama betul bertahan tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh @Padin...
      Kerna minat ku teruskan juga menulis ,..

      Delete
  10. yang penting bukan 'Sis Lin Bengkung'..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha adeiii sampai dapat nama Sis Lin Bengkung ek @Sunah hahahaha

      Delete
  11. Alhamdulillah Tahniah , kak ana baru sempat mai follow sini #1643 teruskan perkongsian yang baik2 naa :)

    ReplyDelete
  12. Assalam.wah dah 11 tahun kita baru je nak start ber blog.Nanti jemput datang blog kita yea https://shiraarahim.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...woww teruskan Shira, kipidab, menulis dengan penuh minat ya...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.