LAMA TAK MASAK ASAM PEDAS AYAM LETAK KENTANG

LAMA TAK MASAK ASAM PEDAS AYAM LETAK KENTANG | Dua tiga hari ni asyik lalu lalang kat timeline menu daging aje, mentang-mentanglah dapat daging korban kan, asyik kejenya makan daging aje ek korang. Hehehe moga-moga beringatlah selalu ye kepada mereka yang berkenaan.

Untuk Sis, masih belum masak lagi menu daging korbannya. Nanti-nantilah ek, kita layankan anak tekak yang nak asam pedas. Ikutkan nak masak asam pedas ikan siakap. Suami balik raya haritu bawak ikan siakap sampai 4 ekor besar. Dan juga beraneka jenis ikan sebesen, tapi sebab Sis kelupaan nak keluarkan ikan tu pada malam sebelumnya, so kejung ikan tu, tak jadi laa nak masak ikan, kita masak ayam ye sudah.

Ayam memang Sis dah keluarkan sebab konon nak amik sikit isinya nak buat rencah sayur dan goreng kunyit. Ikan yang lupa di keluarkan huhuhu.

Tapi tak apalah janji menunya tetap asam pedas. Asam Pedas Ayam Letak Kentang.


Mulanya nak letak bendi, tapi anak kata jangan letak bendi, dia tak suka, nanti jadi lendir kuahnya, ermmm. So fikir punya fikir, macam tak best takde bahan lain sebagai 'jodoh' si ayam tu, makanya Sis letak aje laa kentang. Pun sedap. Anak-anak pun suka. Sebab pernah buat sebelum ni juga.

Percaya atau tidak, kalau rumah Sis masak ayam, kalau semua anak ada dirumah, Sis akan masak seekor ayam, yee seekor! Kalau masak kurang seekor, kompom tak cukup punya hehehe. Memang dah tau dan faham sangat bagaimana anak-anak makan nanti. Paling tak kang, sorang makan 2 atau 3 ketul. So memang kena masak seekor.

Mula dulu masa Sis bagitau Ayahnya, Ayahnya tak percaya hahaha, sekali ada sekali tu Ayahnya ada dirumah seharian tak bekerja, Sis masak kari ayam, masak seekor juga, tak sampai petang, licinnn, tinggal kentang dan kuahnya aje, barulah Suami percaya sampai geleng kepala hahaha.


Biasanya kalau masak asam pedas, Sis lawankan dengan sayur kubis, tapi kubis takde, yang ada kacang panjang, lobak, dan brocoli, so Sis campurkan aje sekali semua, senang nak kosongkan peti sayur. Simpan lama-lama kang jadi tak elok kan. Tumiskan dengan telur, licin juga dek makan anak-anak hehehe.

Anak-anak Sis ni jenis tak cerewet, apa masak makan aje. Janji masak, kalau tak masak, haaa Sis juga yang kena kang, ada je diaorang order pizza la, mcD laa, kfc laa, siapa bayar, Sis ko juga!! Baik Sis ko masak, jimat duit hakakk dikkkk hahahaha.

Resepi asam pedas? Alaaa resepi biasa-biasa aje, cuma lainnya masak dalam kuali DIY jerr hahahaha..

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2018/09/asam-pedas-ayam-tanpa-belacan-untuk-si.html

Okay tu resepinya.
Pagi ni Sis ke Honda, nak servis kereta Jazz, lusa anak Sis, Kakak nak balik Shah Alam dah sambung Masternya, dia akan bawa kete Jazz tu. Sebelum apa-apa, kita kasi servis dulu.

Melangukklaaa Sis ko menunggu kereta siap. Ada sapa nak belanja ajak lunch tak? Mai amik Sis sini.
Honda Kampung Pasir hehehehe.
Whatsapp-wahtsapp yee..



P/S: Bubur lambuk letak daging kurban sedap ek..yumsss macam nak buatlah..

17 comments:

  1. salam kak'
    sedap tengok asam pedas tu
    belum pernah makan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam @JMbelog...
      Yerr sedap, cubalah nanti ya..

      Delete
  2. LZ pun suka masak asam pedas ayam instead of ikan tapi belum pernah letak kentang selalu letak bendi. Boleh cuba juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa kalau ikan Sis tak pernah letak, kalau masak ayam aje Sis letak @LZ ..

      Delete
  3. Kat rumah SA x laku la asam pedas ayam..diorang macam x suka...tapi kalau kat rumah sewa SA buat je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo betul juga, ada orang tak makan asam pedas ayam, Suami Sis pun sama @Suria..katanya pelik heheheh

      Delete
  4. lama pulak tak makan asam pedas ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe apalagi, silalah buat ye @Rohaida..

      Delete
  5. Aduh sedapnya asam pedas ayam, bestnya kan anak2 suka makan tapi taklah pulak gemuk. Iman tu sekali makan seketul aje, memang dia tak boleh makan dua ketul kecuali kalau ayamnya potong kecik. Dia mmg jenis makan cubit2 tak meratah, huhu.

    Kita kalau masak asan pedas jarang taruk kentang, sedap ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha masak sekali sekor Kak @Seri, licin sekuali...Nanti cubalah Kak letak kentang, sedap...

      Delete
  6. Tak pernah asam pedas letak kentang... lepas ni nak try la...

    ReplyDelete
  7. ayam jodoh ngan bendi macam tak masyuk je. ngan kentang cun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, nanti kuahnya berlendir kata anak @Sheila, so letak laa kentang..

      Delete
  8. Laaaa baru baca P/S tu...hahhahaha..tapi tadi tengahari bizi gak tukar paip sinki dapur ha..jadi plumber tak bertauliah aku hari ni..kalo tak, boleh lunch date 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. *sebelum P/S

      ni la kalo malas nak scroll atas balik bila komen pakai phone..hahahha

      Delete
    2. Hahahaha engko...weiii nanti jd plumber uma Sis ko pulak ek hahahaha...teror ko yerrr

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.