KORANG SUKA LEPAK, MAKAN DAN BER-OOTD? JOM KE MIYAKORI COFFEE!

KORANG SUKA LEPAK, MAKAN DAN BER-OOTD? JOM KE MIYAKORI COFFEE! | Haaa sebab apa tajuknya macam tu? Sebab di Miyakori Coffee tempatnya cantik giler! Senang kata sangat 'Instagrammable' ..Ini adalah pertama kalinya Sis datang ke Ecoflora ni yang terletak di Palladium Eco area belakang Mount Austin Johor Bahru sana.

Sebelum nak sampai ke Miyakori Coffee, mata dah nampak woww dah, bila nampak design deretan kedai-kedai yang sangat cantik! Bangunan-bangunan putih yang tersergam indah sangat cantik luas mata memandang. Dah macam kat negara omputih! Sampaikan ada pengantin pun datang buat photoshoot wedding mereka di sana. Indehhh sangat!

Tapi yang menarik perhatian Sis, konsep cafenya Miyakori Coffee ni. Ianya seperti konsep cafe tapi dalam rumah kecil. Dan bila masuk ke dalam cafenya, ternyata memang ruang agak terhad di dalamnya. Kira boleh masuk dalam 10 hingga 15 orang aje, lebih dari tu, agak sempit le. Ada juga ruang di luar, tapi kalau waktu siang, panas gilee, takkan ko nak duduk di luar pulak.

Menu dia pun sama macam kedai roti yang lain juga, ada pelbagai jenis roti dan minuman yang di sediakan. Dan antara yang menjadi perhatian dan yang jadi pilihan pengunjung adalah set hidangan waffle.


Yang ini namanya Chocolate Browmies Waffle. Memang ramai yang kesini akan order yang ini. Kadang tu bila dah order, tangkap gambar, sampai aiskrim dia cair ko hahahaha kesian waffle tu...siapo le tu hahahaha.

Rasa dia sedap. Sebab makan waffle dengan brownies dan aiskrim cokelat , maunya tak sedapkan..korang cubalah .


Yang ni pula Shibuya Honey Waffle. Yang ni kalau yang sukakan rasa waffle kosong dan makan dengan aiskrim vanilla, haaa boleh cuba yang ni. Sesedap tekak laaa bila makan. Kombinasi waffle dengan vanilla dan madu tu, kira menjadi manisnya.

Maaf sesangat, harga Sis lupalah. Tapi tak berapa mahai harganya, sangat berpatutan dan berbaloi. Boleh share 3/4 orang kot. Melainkan kalau ko gelojoh nak makan sorang hahaha.


Kan Sis kata di Miyakori Coffee juga ada jual beraneka roti. So memang banyak jenis roti ada. Untuk pengetahuan korang, roti yang di jual di sini adalah limited. Bila roti datang pagi dalam kuantiti tersedia, dan jika habis di jual, maka tidak ada lagi 'topup' ya.

So kalau korang suka akan roti tu, haa beli bebanyak dan lebih, sebab bila dah habis, takde lagi tambahan hehehe.


Kalau seketul Sunah tu apalagi, pantang nampak benda hijau, dia suka sangat makan/minum Matcha (green tea), apa je le yang ada matcha, mesti dia suka. Nasib baik time marah tak jadi Mak Ko Ijo! Hahahahaha..

Ececece kami fefeling macam influencer plak masa ni 😆


Korang nengok tu...macam-macam ado, nak cite dan tunjuk semua pun jenuh Sis ko nak upload, so jadilah Sis ko takat tunjuk gambar ni je hehehehe. Tu pun korang terliur pulak kang hehehe. Sampaikan si Farah tu pun tidur kekeyangan amik gambar, tu belum makan lagi hahahaha.

Kat sini Sis try juga Caffee Latte dia tanpa sugar tu, perghhh sedap juga, nak telan pun seksa jiwa raga ku, mana taknya, mereka yang lain tu sesajee je minum air sesedap hahaha. Nasib Sis ko ni kuat iman di mulut tak order lain hahahaha...




Korang nampakkan tahap kepanasan masa tu, perghhh panas gilee!! Kalau tak panas, dah berOOTD Sis ko di situ...

Di mana Miyakori Coffee ni?

Miyakori Coffee x PanKobo 
焼きたてパンの面包工房

Alamatnya : 
K01-09, Eco Palladium,
Jalan Ekoflora, 7, Johor Bahru, Johor

Di buka dari jam : 8am to 8pm
Google Maps: https://goo.gl/maps/ZztUR66Q18NAGpqTA .

Korang silalah pergi ya ..
Nak pergi meh ajak Sis hahahaha ..korang belanjer!



P/S: Dia punya panas masa ni cecah 34'c oiii...kalau tidak, habis Sis ko gan Sumah berOOTD sakan di luar kedai..phewww.. rentunG!

12 comments:

  1. Eco Palladium ni konsep bangunan dia macam kat Batu Pahat tapi bangunan2 utk café tu memang cantic. Miyakori ada kat City Square jugakkan, ngopi2 memang best sambal tengok bawah sebab café nya kat lobi tepi, eh, gayat plak kita cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat BP tu tak pernah pergi lagi Kak @Seri, tapi memang sama bangunannya putih gitu..Yerr betul kat CS pun ada Miyakori ni, menu dia pun berbeza juga.
      Nanti bolehlah cuba di CS plak...

      Delete
  2. cantik area luar kedai tu. lenkali kalau gi JB bolehlah singgah. Mount Austin ni dekat dengan Taman Daya kan? SIL sy duduk situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat canti, kalau berOOTD memang lawa...
      Betul, masuk ikut Mount Austin, Ecoflora area belakang dalam sana ..

      Delete
  3. cantiknya sis tempat ni.. x penah sampai lagi.. geramnya tengok waffle tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bawak anak-anak buat photoshoot @Dilah, tempatnya pun lapang, suka anak-anak kalau nak berlari bagai..

      Delete
  4. cantik tempat ni..ingatkan kat mana la kan...sambil makan sambil berootd...OOTD je lebih kang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, macam kat negeri omputih kan @Rohaida, padahal Johor aje..hehehehe

      Delete
  5. cantiklah tempat ni. tak pernah sampai lagi. makanan kat situ nampak.sedap-sedap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup tempat cantik, makanan pun sedap, dan banyak juga Cafe sebelah-sebelahnya tu @Mar ...

      Delete
  6. roti dengan cip coklat tu sedap okayyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ko makan sesuap kot @Sunah, lepas tu hilang dek sambar gan lelain hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.