SOTONG ASIN MASAK TUMIS CILI BELACAN

SOTONG ASIN MASAK TUMIS CILI BELACAN | Pernah makan dan beli sotong asin? Sis panggil sotong asin, kalau korang tak taulah panggil apa. Asin sebab ye masin hahaha. Sotongnya kecil-kecil aje, orang kata kalau kecil macam ni dipanggil 'Cumi-cumi', ye ke?

Beli dan nampak sotong ni masa Sis dan Suami belanja barang dapur di Econsave baru-baru ni. Nampak elok dan gedebab-gedebab sotongnya. Sis pun cekut dan beli sikit, memang dah masuk dalam kepala nak di masak tumis cili belacan, sedapnya..bak kata Suami.

Yerr dulu pernah beli dan masak juga. Yang makan Sis dan Suami aje, anak-anak tak reti makan, siap cakap lagi, 'kenapalah sotong kecik ni ditangkap, baru nak hidup' kata anak hahahaha. adeii susah nak menjawab persoalan itu.

Di masak lain Sis tak pernah, yang selalu buat masak tumis cili belacan ni aje, memang sedap tak tau nak kata hahahaha.


Nampak macam sotong biasa aje kan, tapi kecik seconet aje sotongnya hehehe. Sis rasa amik dalam 3 genggam kot, harga dalam rm9 lebih kurang gitulaa, dah lupa.

Cuma kadang kalau kena dapat yang besar sikit untunglah, kalau kena memang halus kecik-kecik, jenuh gak nak rendam tunggu dia punya pasir dan asin hilang di celah-celah tu.



Yerr korang kena rendam dulu sotongnya. Kasi hilang asin dan juga pasir sotongnya. Dah nama pun asin, macam juga ikan asin kurau tu, kenalah rendam sekejap untuk bagi ilang asinnya sikit. Kalau tak, mau naik darah tinggi korang!

Lagi satu rendam bagi dia kembang sikit, nanti dari color dia cokelat hitam tu, bertukar jadi cerah dan putih sikit dan isinya jadi lembut sikit. Masa dia kering tu keras. Haa masa tu cuci-cuci dan tapis, dah elok laa tu, dah boleh di masak.


Sis nak bagi resepi Sis tak tau nak menaip apa. Sebab bahan yang Sis guna biasa aje. Hanya cili padi, lada merah, bawang besar, bawang putih, belacan dan juga asam keping. Cuma nak bagi anggaran tu tak tau. Sis ikut sukahati aje letak bahan-bahan tu ikut keadaan banyaknya sotong tu.

Nak pedas korang tambah le cili bebanyak. Belacan kena ada, kalau tak, bukan nama tumis cili balacan namanya ye. hahahaha. Bahan-bahan tu semua Sis blender, tapi jangan halus sangat, nanti kurang sedap. Dah blend, korang tumis sampai garang pecah minyak. Kemudian masuk sotong dan masak sampai kering.

Ingat!! JANGAN letak garam sebelum korang rasa dulu. Kotlah dah masin tak payah tambah lagi, cuma tambah gula dan asam aje. Kang masin mampos tak boleh makan hahahaha.

Bila masak je, makan terus dengan nasi panas, perghhh Suami Sis makan masa tu sampai 2x tambah nasi sepinggan penuh kekekeke. Siap cakap, 'Mana tak gemuk' hahaha.. Tak apalah Suamiku, gemuk Isteri sayang hehehe.

So korang kalau nak cuba, silalah mencari sotong tu ya.
Tempat Sis Econsave Permas yang ada jual. Pergi bahagian ikan asin tu, mesti ada.

Okay nanti sambung lagi. Harini pun banyak urusan nak settle. Petang ada hi-tea gan #GengBasSekolah. Malam ada meeting JOCOM plak. Bizinya kan, Kalah menteri pasola 😆
OkBai.


P/S: Tekak dah mula nak menu daging kurban 'Daging Bakar Cecah Sos Mentah", sedapnyaaaa..

10 comments:

  1. Replies
    1. Aah sedap, cubalah beli dan masaknya, mesti nanti tersuka @Ilya hehehe

      Delete
  2. Selalu gak nampak sotong ni...nampak menarik la nak cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, Sis pun kawan yang ajar makan,s ekali dah cuba, sedap plak @Suria..

      Delete
  3. sama la masa makan baby crab kat melaka ri tu, kakak tanya "nape la makan ketam tu, kesian dia baru nak hidup..." hhahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Sunah, memang tak le anak Sis nak makan hahahaha

      Delete
  4. geram nengok sotong nih... nk try cari jgk lah...

    kalau kt kampung mak suka masak tumis cili hijau, pedas2 mmg layan betul...
    suka tgk kt ig mukbang indonesia, banyak jual sotong ni ... geram lak nengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal Hijau pun boleh @norhidana, pun sedap, janji pedas sebab sotongnya asin kan...

      Delete
  5. apsal sedap sangat tu. ish.. nak sikit sis

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.