TAKBIR HARI RAYA

TAKBIR HARI RAYA | Takbir adalah bertujuan untuk membesarkan dan mengagungkan Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Nya. Ianya adalah cara yang dianjurkan oleh Islam untuk menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan kita di atas ibadah wajib dan sunat yang kita lakukan pada Aidil Fitri dan Aidil Adha serta hari Tasyriq.

Ianya dilafazkan dengan suara yang nyaring sama ada di rumah, di jalan-jalan dan di tempat-tempat awam.

Perlu difahami bahawa cara melakukan takbir hari raya tidak sama dengan cara melaksanakan azan. Dalam syariat azan, seseorang dianjurkan untuk melantangkan suaranya sekeras mungkin. Oleh kerana itu, para juru azan di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Bilal, dan Abdullah bin Umi Maktum ketika hendak azan mereka naik, mencari tempat yang tinggi. Tujuannya adalah agar azan didengar oleh banyak orang.

Namun ketika melakukan takbir hari raya, tidak terdapat satupun riwayat bahawa Bilal naik mencari tempat yang tinggi dalam rangka melakukan takbir. Beliau melakukan takbir di bawah dengan suara keras yang hanya didengari oleh beberapa orang di sekelilingnya saja.

Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan takbir hari raya tidak sebagaimana azan. Ini kerana dua syariat ini adalah syariat yang berbeza.

Perbezaan Takbir Hari Raya AIDILFITRI Dan AIDILADHA

Ulama membahagikan takbir raya kepada dua jenis; Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.

1. Takbir Mursal: Ia juga disebut Takbir Mutlak, kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Justeru, apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfiri sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa. Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.

2. Takbir Muqayyad: Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu). Oleh itu, apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu. Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri

Rujuk artikel penuh: https://bit.ly/2JUeL6X


 Takbir dilafaz dan dilaungkan pada empat keadaan:

Sebelum solat hari raya. 
Iaitu setelah terbenam matahari pada malam hari raya hinggalah sebelum imam menunaikan solat hari raya.

Dalam solat hari raya. 
Di mana pada rakaat pertama kita akan melakukan 7 kali takbir dan diselangi dengan tasbih dan pada rakaat kedua 5 kali takbir dan diselangi dengan tasbih.

Dalam khutbah. 
Iaitu pada khutbah pertama khatib akan bertakbir 9 kali takbir dan pada khutbah kedua sebanyak 7 kali takbir.

Selepas solat (bagi Aidil Adha).
Semasa Aidil Adha semua orang Islam sama ada yang mengerjakan haji atau pun tidak, sunat bertakbir selepas setiap solat fardhu atau solat sunat. Ini bermula dari solat subuh hari Arafah (subuh 9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar hari Tasyriq yang terakhir.

Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah 185,

وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Yang bermaksud, …dan juga supaya kamu cukup bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.[1]

Dan hadith Nabi saw,

 أَنَّ النَّـبِيَّ (ص) ضَحَّى بِكِبَـشَيْنِ أَمْـلَـحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّـرَ
Yang bermaksud, Nabi saw menyembelih dua ekor kibasy yang bertanduk besar sebagai qurban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah dan bertakbir…

Lafaz Takbir Raya 


Erti Bacaan Takbir Raya

Allah maha besar (3X)
Tiada Tuhan selain Allah
Allah maha besar
Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

Allah maha besar lagi maha sempurna kebesarannya,
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Dan maha suci Allah sepanjang pagi dan sore.
Tiada Tuhan selain Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya, walaupun orang-orang kafir membenci.
Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri; Benar janjinya, menolong hambanya, memulihkan tentaranya, dan mengusir musuh-musuh (Nabi)nya sendirian.
Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.



P/S: Sayu hati mendengar takbir raya ... Allahuakbar!

4 comments:

  1. Terima kasih Sis perkongsian. Syahdu sangat bila dengar takbir raya. Allahu.
    Salam Aidiladha untuk Sis sekeluarga ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama @PC, moga semua amalan kita diterima oleh Allah ..aamiinn
      Salam Aidiladha buat PC juga ..

      Delete
  2. Masih lagi bergema takbir raya pada solat subuh tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Wak, takbir sehingga akhir hari tasyrik ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.