HARI TASYRIK ADALAH HARI MAKAN DAN MINUM - HARAM BERPUASA

HARI TASYRIK ADALAH HARI MAKAN DAN MINUM - HARAM BERPUASA | Ingat ya korang, jangan semua hari kita nak puasa, ada juga hari yang dalam bulan Zulhijjah ni kita diharamkan untuk berpuasa. Sis sendiri pun kena alert dan ulangkali rujuk balik dan membaca, takut nanti TERbuat, kita tak tau, lagi pulak takde yang menegur, so kena banyak membaca untuk pengetahuan dan peringatan diri sendiri.

Di sini Sis kongsikan untuk perkongsian di blog Sis. Tak pasti pulak sebelum ni ada share ke tak, tapi takpe, share banyak kali pun takpekan, janji kita 'sharing is caring'. Kalau yang dah tau takpe, kalau yang tak tau dan tak ingat, haaa Sis kongsikan serba ringkas. Tak faham, silalah rajin membaca dan mengoogle ya.

Hari Disunatkan Berpuasa 
Dan perbanyakkan amal ibadah.

1 Dzulhijjah = 2 Ogos  2019
2 Dzulhijjah = 3 Ogos 2019
3 Dzulhijjah = 4 Ogos 2019
4 Dzulhijjah = 5 Ogos 2019
5 Dzulhijjah = 6 Ogos 2019
6 Dzulhijjah = 7 Ogos 2019
7 Dzulhijjah = 8 Ogos 2019

8 Dzulhijjah = 9 Ogos 2019 - Hari Tarwiyah
9 Dzulhijjah = 10 Ogos  2019 - Hari Arafah

Hari Yang HARAM BERPUASA 

10 Dzulhijjah = 11 Ogos  2019 - Hari Aidul-Adha (Hari Raya Haji)

11 Dzulhijjah = 12 Ogos 2019
12 Dzulhijjah = 13 Ogos 2019
13 Dzulhijjah = 14 Ogos 2019

Ketiga-tiga tarikh ini adalah Hari Tasyrik


Hari tasyrik ialah hari 11, 12 dan 13 Zulhijah.
Ianya juga dikenali sebagai Hari Makan & Minum .
Dinamakan demikian kerana umat Islam menyembelih binatang korban dan menjemurnya supaya tahan lama dengan sebab lebihan daging korban untuk disimpan. Juga dimasak dan dihidangkan kepada tetamu pada hari raya haji.

Dengan tanggungjawab keagamaan dan menguatkan jasmani dalam melaksanakannya, tambahan pula orang Islam baru menyelesaikan kegembiraan menyambut hari raya. Justeru, diharamkan puasa sama ada fardu, sunat mahupun nazar. 

#SisSharing
Sumber: Pelbagai



P/S: 3 hari Tasyrik tu duk rumah kejenya makan daging aje, kan. Ermm sedapnyaa sup kambing!

6 comments:

  1. Apa niat sekalipun memang tak boleh berpuasa pada ketiga2 hari tersebut, tq Lin atas ingatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Kak @Seri, di haramkan berpuasa pada hari tersebut...

      Delete
  2. Masih ada beberapa hari untuk berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan kita dapat berpuasa ya @Wak ..

      Delete
  3. Kalau terpuasa macam mana ye ? Tak perasan hari tasyrik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terpuasa, tiada dapat apa-apa, cuma kalau benar-benar niat puasanya tu, tak silap pemahaman Sis, jika tersedar, cepat-cepat berbuka..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.