KETAM MASAK LADA HITAM PEDAS PES MAGGI

KETAM MASAK LADA HITAM PEDAS | Rasa macam lama benar tak up cerita memasak dari dapur uma Sis kan hehehe. Bukannya tak masak tapi asyiklah takde kat rumah, macam mana nak masak. Kejap di Paka, kejap di KL, kadang tu ada event pulak, then ada masa makan di luar, so memang takde laa cerita memasaknya hehehe.

So harini Sis nak kasi korang terliur dan mengences, Sis nak kongsi menu Ketam Lada Hitam Pedas Pes Maggi Sis yang Sis masak kelmarin hehehe. Memang tak nyempat nak up itu jam, sebab banyak urusan nak settle, harini baru sempat nak kongsi dalam blog.

Korang dah masak ke? Masak apa?

Kot kalau takde idea, bolehlah try menu ketam lada hitam pedas ni ya. Yerr pedas, sampai pijor bibir ko makan hahaha. Tapi yang itulah anak-anak suka, lagi pedas lagi sedap katanya. Dapat pulak ketam banyak isi, puas giler makan!


Nak masak jangan susah-susah, ikut aje macam Sis, kalau ada pes, ko guna aje pes hahaha.
Yer untuk resepi ketam lada hitam ni, Sis guna pes lada hitam cap Maggi tu. Lupa nak tangkap gambar pesnya, tapi korang mesti tau laa. Memang pes dia sedap dan lada hitamnya berbiji-biji, kalau masak dan makan, akan rasa lada hitam tu.

Sis masak 3 ekor ketam, kerat dua, dan guna 2 paket pes lada hitam maggi tu. Kalau guna satu pun boleh, tapi nanti kurang pekatlah. Sis dan anak-anak suka pekat-pekat gitu, baru sedap!

Bahan untuk tumis pun macam biasa aje. Bawang besar hiris dan korang cincang bawang putih agak 2/3 bijik. Sebagai bahan rasa wangi geli-geli gitu. Lada merah tu ikutlah suka kalau nak, kalau taknak tak payah letak.

Dan daun bawang pun sama, korang tak suka, tak payah letak. Buat apa susah-susah, kalau benda boleh jadi senang kan kan...


Alamak, terlebih lighting pulak gambar ni, malas nak edit hahaha. Jenis Sis ko snap, terus up je..janji korang nampak dan tau itu ketam, bukan sotong hahaha .

Oh! Nak masaknya pun senang. Korang tumis aje bawang-bawang tu semua, then bila dah wangi, korang masukkan pes lada hitam Maggi (yang telah di bancuh dengan air) ke dalam kuali. then kacau-kacau sikit. Lepas tu masukkan ketam (yang telah di kukus) dan gaul-gaul sebati bersama kuah lada hitam tu.

Kalau korang suka cair, tambah air lagi, kalau suka pekat, korang masuk air, tutup kuali tu dan biarkan dia mereneh dan pekat. Pastikan guna kuali tak melekat, kalau tak, hangit laaa ketam ko hahaha .

Macam Sis suka pekat, so begitulah rupanya hehehe. Kalau ketam dah di kukus, korang tak payah risau takut tak masak, cuma nak bagi kuah aje pekat dan pastikan gaul rata supaya kuah lada hitam tu resap dalam ketam..Ermmm sedapnya!

So yang nak cuba, silalah..awas ya..pedas okay!

Okaylah nanti sambung, nak melipat kain baju dan mengosok baju raya hahaha. Kan nak raya ni, esok-esok dah bizi di dapur pulak. Nanti takde masa nak buat semua kerja.
Petang ni ada jemputan makan pulak, balik tentu dah malam..so chow dulu..

OkBai.


P/S: Subuh tadi Suami call, nanti dia balik bawak ikan dari 'Bubu'..kita tengok dan lihat..

18 comments:

  1. Kejam la..tengah kita pantang seafood ni Sis pi tayang plak..dah terbayang- bayang plak ha...adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe opsss...tunggu nanti sebulan sekali apa salagnya kalau nak makan kan @Suria, jaga pemakanan tau, dengar cakap Doktor tu hehehe

      Delete
  2. Wow, sedapnya ketammmmm. Kita pun kalau msk ketam black pepper guna oes, Linnn.

    Kita nak raya ek, lupa la Lin. Langsung tak pk pasal raya, hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee kannn Kak @Seri, mesti guna pes baru sedap hehehehe..
      Hahaha ini kepala macam-macam fikir nak raya ni, sebab Suami balik, nak masak macam-macam permintaan dia hahahaha

      Delete
  3. Uish.. sedapnya.. mengancam betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, sedap, cubalah @Sha hehehe

      Delete
  4. dah lama nak makan ketam..tp tak jumpa ketam nipah kat pasar area rumah ni. Kalau ketam bunga tu tak reti sangat nak beli...sebab kang kosong je takde isi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Sheila, ketam kalaunak beli, memang takut takde isi aje, kali ni Sis beli alhamdulilah isi padat gilerrr...tapi berat dan harga mahal lerr jadinya..

      Delete
  5. assalamualaikum lin..wah!! sedapnya menu...leh la cuba nanti utk anak2 mkn sygnya mama x leh mkn sbb allegik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...yerr Ma sedap, guna aje pes lada hitam Maggi tu hehehe senang cepat dan mudah...

      Delete
  6. Saya suka je ketam...dan takde pantang. Suami pula alergik seafood. Takpe...bagi dia ambim bau je lah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha @Azian bijak bijak, janji hilang kempunan nak makan ketam kan heheheh

      Delete
  7. Betul kuah pekat lagi sedap. PC suka kuah pekat. Nasi panas pulak tu. Tapi kalau ada yang tak kuat pedas..masuk sikit.. Nak pekat kuah masuk tepung jagung.. Kikikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo yee @PC guna tepung jagung untuk memekatkannya, tapi Sis tak suka, apa-apa masakan Sis tak suka letak tepung jagung huhuhu

      Delete
  8. hantar semangkuk ke GP.. ramai peminat ketam ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe itu mau sekilo ketam pun tak cukup tu nak hantarnya @Hernee hahahaha

      Delete
  9. Replies
    1. Hehehehe silalah mencubanya ye @Lisa ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.