LET'S GO TRAVEL AND ENJOY MOTHER!

LET'S GO TRAVEL AND ENJOY MOTHER! | Yaaa jom kita bercuti, tak pergi jauh pun, cuti dalam Malaysia pun boleh, janji bercuti. So masa post ini korang baca, Sis dah pun keluar bercuti, kemana? Syyhh rahasia, tunggu aje update di IGs dan IG Sis juga nantikan post entri di blog Sis.

Tak pergi mana pun, last minit plan anak ajak bercuti, so Sis pun ON aje. Katanya anak, sian nengok Mak kebuhsanan duk rumah, Ayahnya pun bizi kerja, memang tak dapat nak balik...rindu Suamiku..huhuhu tapi apa nak buat, tanggungjawab pada kerja mencari rezeki kena utamakan. Sis ko dah biasa dah dengan keadaan kesibukan Suami.

Sebab itu juga, tak nak ganggu kerja dia, Sis pun takde nak ke Paka. Nanti takut menyusahkan Suami, mana terkejar-kejar dengan kerjanya, mana nak melayan Sis lagi, so bersabar ajelah dulu.

Maka sebab itulah anak-anak plan last minit malam kelmarin dan ajak pergi bercuti. Mulanya Sis tak nak pergi juga, tapi anak-anak pujuk suruh ikut, katanya nanti Ayah dah habis kerja, kita bercuti lagi ya.

So Sis follow ajelah.


Terima kasihlah pada anak-anak Sis yang fahami dan melayan Emaknya ni. Anak-anak tau Emaknya buhsan dan sunyi ketika Ayahnya takde, sebab Sis memang tak pernah pisah lama-lama dengan Suami. Mana aje ada Suami di situ ada Sis kecuali kalau kerja luar.

Bagitau Suami, dia pun minta maaf sebab memang bizi, tak dapat nak balik, selagi kerja tak settle, selagi tu ler kelam kabut sana. Pergi awal pagi, balik tengah malam, kesian kalau dengar ceritanya.

Moga Suamiku sihat di sana. Tuhan tolong jaga dia untukku.

So 3 hari 2 malam ni kita happy-happy okay! No more stress dan jangan bersedih.
Anak kata, let's go travel and enjoy Mother!! 😆


P/S Syukur alhamdulilah, bilamana ada lebih rezeki Allah berikan, anak tak lupa pada orang tuanya. Alhamdulilah.

4 comments:

  1. Huhu bercuti la rehat kan minda.. Stress2 sgt ni nanti cepat tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu...selagi ada peluang, rebutlah peluang yang ada, rehatkan minda kann @AZ ...

      Delete
  2. hahaha...ok lerr tu, hilang buhsan bila gi travel walau hanya short vacay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn walaupun sekejap, tapi cukup tinggalkan kenangan yang paduuu @Sunah hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.